Thursday, 6 September 2012

Hilang Di Dalam Hilang



Satu perkara yang menjadi kerisauan aku semasa kehilangan kereta itu hari ialah menunaikan satu amanah. Semasa kami sibuk berhari raya, abang long (biras ku) telah menjumpai sebuah wallet di tengah jalan semasa dalam perjalanan balik kampung. Wallet itu dijumpai di jalan kulai-simpangrenggam. Katanya, dia ternampak wallet tu terbukak di tengah jalan lalu berhenti untuk melihatnya. Bila dilihat ke dalamnya, kelihatan ic dan lesen memandu seorang budak lepasan spm beserta sedikit duit. Alamatnya di batupahat. Tanjunglabuh lagik!

Jadi, kami ambil lah wallet tu untuk dipulangkan kepada tuannya. Cuba bayangkan, orang yang jumpa tu orang kota, jumpa di kulai, tuan nya orang batu pahat. Kalau ikut logik mudah, toksah harap lah nak jumpa balik. Paling kuat pun penjumpa boleh hantar ke balai polis dan polis akan melakukan nothing. Kenapa aku cakap begitu? Sebab semasa encik suami membuat report tarik balik report itu hari, polis tu boleh cakap, oh, YB ada call sini bagitau kereta awak ada di jalanlambang, bukan di jalananugerah. Maknanya? Maknanya polis dah tau bahawa kereta tu tak hilang dan dia tak melakukan apa2. At least dalam tempoh tersebut la. Padahal dia ada jer nombor handphone aku. Satu lagi yang memperkukuhkan hujah ini ialah, semasa report dengan sarjan, beliau ada call balai polis majidee untuk menyuruh mereka menghantar patrolcar. Kalau dia ada meronda, tidakkah dalam sekelip mata jer dia boleh jumpa kereta tu? Sebab kawasan keliling masjid tu takde lah besar mana. Nak lagi kuat, sebelum bas ekspress jalan kan kami ada call sarjan tu menyatakan bahawa menurut rekod selkom, handphone encik suami masih berada di sekitar kgkurnia dan tamansuria (mungkin berdasarkan base station/antena terdekat). Dan encik sarjan juga kata, beliau akan hantar peronda ke situ. Tapi  kami fikir positif, polis banyak kes lebih berat lagi di musim perayaan ini. Kot. Setakat hilang kereta. So what?

Ok, dah habis mengutuk orang (tak insaf2 jugak ek).

Jadi, dipendekkan cerita (dah panjang baru nak pendekkan ya), bila kereta kami hilang, aku menganggap, wallet itu hilang lah juga. Maka tak dapat lah kami beramal di hari raya. Tak tau lah, adakah kami telah pecah amanah? Erk...

Tapi, bila kereta tu telah jumpa balik, kami pun meneruskan lah niat untuk memulangkan wallet itu kepada tuannya. Kalau ikut alamat, takde nombor rumah. Cuma nama kampung. Memang gitu ek? Kalau kampung2, selalu takde nombor. Kira posmen kenal la semua orang kampung tu. Ada kampung guna nombor pos. Kira ok la kan. Ini, just nama kampung jek. Maknanya jugak, semua penduduk kampung kenal penduduk kampung yang lain. Very good!

Maka, pada hari ahad itu, kami pun pergilah. Pukul 12.30 tengahari kami keluar. Singgah minum cendolmakenot sat. Aritu pernah try cendol tu kat open house ybjakpor. Cendol sagu rumbia. Aku tak suka cendol madu. Pelik rasanya. Tapi cendol sagu rumbia ni sedap. My type. Dan cendol dia kaler pink.

Memula aku ingat kampung tu dekat dengan opis aku. Sebab opis aku ni km8. Dia km9. Tak ke sepelaung je tuh? Sekali dah dekat, baru aku terfikir, selalunya kampung2 tak guna km, tetapi batu. Kan? Sekali aku tengok balik ic dia, opsss betul lah, batu9. Maknanya jauh la kan. Area tanjunglabuh. Jadi, kami decided untuk singgah solat di masjid tanjunglabuh dan tanya lah kat orang kat masjid tu nanti. Sampai di masjid itu, ternampak dua orang budak lelaki tengah tunggu bas. Nampak gaya macam baya2 lepas spm jugak. Kalau area sini mesti lah sekolah pun sama kot. Mungkin derang kenal budak tu.

Lalu encik suami pun tanya. Tak tanya kenal tak budak tu. Tanya kampung tu kat mana jer.

Ooo kat depan tu. Ada warung kat simpang kampung tu...

Aku pun, laaa baru ku tau ada kampung kat situ. Selama ni selalu lalu je (kekadang menyumpah jugak kat lori yang tetiba nak belok ke warong tersebut). Lepas solat, kami terus masuk ke kampungmuhibahjaya tersebut. Suasana jalan masuk dia macam jalan masuk eto1. Dekat jek nak jumpa rumah. Kiri kanan kelapa sawit. Tiba di tepi sebuah rumah, ternampak seorang budak lelaki naik basikal. Kami pun tanya.

Assalamualaikum, dik, tau tak rumah encik aziz?

Ha??? Errr...

Ermmm kenal tak orang ni.

Ooo safik (bukan nama sebenar). Rumah dia kat depan tu. Abang terus ni, kat selekoh tu ada simpang kiri. Masuk simpang tu. Rumah dia warna pink.

Ok, terima kasih.

Kami pun mengikut panduan budak itu. Encik suami pun pergi lah. Bla bla bla dah. Baru kami nak gerak, tuan rumah tu panggil. Singgah lah dulu. Tadi encik suami jumpa mak budak tu. Ni bapak dia yang panggil.





Pung pang pung pang, selesai lah sudah kerja kami. Semoga budak itu lebih berhati2 di lain kali. Sebenarnya budak tu dah patah balik, cari wallet dia kat jalan, tapi tak jumpa. Lalu dia terus membuat report di balai berhampiran. Cuma ic dan lesen tu dia belum buat lagi la. Mujur dalam poket dia ada duit raya untuk anak2 buah katanya. Terpaksa korek sampul untuk isi minyak hihi. Budak tu pulak tak dapat ditemui kerana bekerja. Di kilang roti depan bpmol katanya.

Akhir kata sebelum pulang, encik suami kata kat bapak budak tu, 'hari ni hari dia, mana tau esok lusa hari kami pulak.' (dia tak tau semalam dah 'hari kita' dah hihihi).








6 komen:

Yayu said...

Raya br ni pun Najib terjumpa lesen memandu beralamat blok 15 felda air tawar 5..jumpanya kat stesen minyak petronas Pekan Pahang.akak pos jer ke alamat tersebut

Irfa said...

terharunya aku baca kisah ko ni.moga baik dibalas baik ;).

AyunasiA said...

yayu: lorrr siapa lah tu agaknya. dekat jer ngan rumah kiter ek. kemain jauh lagi jumpanya.

AyunasiA said...

irfa: hari raya paling bersejarah la katakan. macam2.

Lub said...

haha sepatutnya kisah ni berlaku dulu baru ko jumpa blk kete ko. barulah kena dgn kata2 'bila kita mudahkan urusan org, Allah akan mudahkan urusan kita' hehehe. oh tp mungkin jugak budak tu yg penah mudahkan urusan org lain pulak. thanks kpd 'kehilangan' sbentar kete ko, dptlah ko berbuat amal.

AyunasiA said...

Lub, ni kira prepaid la hehe