BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 4 September 2012

Aidilfitri 1433H - 3 Syawal Di Parit*Yusof

Tertinggal pulak. Semalam sebelum sampai ke parit yusof, kami singgah di rumah tok asrok. Bapa saudara fil. 

Hari raya ketiga bermula di rumah nenek. Lepas sarapan, kami semua bergerak ke kuburan. Ni first time aku pergi kubur belah encik suami. Pernah lah jugak aku terfikir, kenapa kita tak pernah pergi kubur ek? Datuk (abah mil) mereka dah meninggal lama. Persoalan terjawab pada hari ini. Tak perlu lah aku detail kan apa. Cuma dalam hati aku berkata, patut lah kita tak pernah pergi. Hmmm...

Dari kubur, kami terus ke rumah mak long lagi. Pagi ni ada baraan kat rumah mak long. Sebab tu kami pergi malam tadi. Tapi ni kami datang, baraan dah selesai. Dapat lah makan sedap. Soto ayam masakan abang ani (cikgunizam). Beliau memang handal memasak. Sebelum tengahari, bil sampai dari balakong. Pepagi subuh sepie lagi sil dah call, suh balik cecepat. Kalau tak, pergi beraya sendiri hihi (aku pun kalau beraya belah aku, pergi beraya ke sini sendiri je tau).

Kemudian kami ke rumah kak long idah. Sepelaung je dari rumah mak long.

Gula2 sofea pelangi kasih!


Kak long idah dan mil-yang-tak-boleh-dipisahkan-dengan-pokok-punga. Raya2 pun cari pokok bunga. Ni tengah kemaruk pokok orkid dan puding.

Pokok bunga raya pun boleh. Semua kaler luna mesti ada.

Kami dan kak long idah and suami

Perasan tak? Sebenarnya baju aku dan mil adalah sama. Warna ajer lain. Bukan kebetulan. Aku yang pilih hihihi. Memula jumpa yang mil punya. Pastu tengok yang aku punya, macam cantik gak. Terus beli sama. Konon rumah lain2, tak jumpa. Sekali...

Family abang noi (adik or abang cikgunizam)

PIL, mak long dan ngah udin (ni komfem abang sebab lepas long, ngah kan)

Kami dalam pink!


Baby terkini, cik siti humairah

Dari rumah kak long idah, kami terus beraya ngan family mak long. Memula ke rumah errr dah lupa lah. Pak sedara mil kot.

Kak lin dan kak pah. Kalau nak running number cecantik boleh contact kak pah ya.

Masa kat sini, ngah ngan kak long kami sampai.






Eh, sepatutnya gambar ni dulu. Tapi, eh, lantak lah. Rumahnya sebelah2 jer.

Biler nak balik ni... 
Rumah yang unik. Rumahnya tak unik, tapi ada benda yang unik. Basikal di atas dan...
Gendang2 kuda kepang
Dan replika kuda kepang juga.
Serta wau kuda kepang. 











Lepas tu, kami serang rumah sepupu mil.

Sebahagian rombongan kami.

Encik suami sibuk mencatit salasilah keluarga. Penat2 catit, buku tu pun tinggal dalam kereta ari tu.

3 pupu dan 2 pupu setengah

Lepas tu kami ke rumah tokman di semerah. Takde gambar pula. Sebelah rumah tokman ni ada sebuah masjid kayu yang unik. Solat asar di sini.

Dari rumah tokman, kembali ke rumah mak long lagi. Kemudian baru ke rumah nenek. Malam, lepas isyak, kami semua balik ke rumah kami di parit raja. Letih.


 Sekian hari raya ketiga.

2 komen:

Irfa said...

bagus husband ko..
rajin mencari sedara mara ;)

AyunasiA said...

tetiap tahun pergi rumah derang tapi setiap kali tu nak kena perkenalkan. baru tahun ni nak rekodkan, senang tahun depan datang beraya bawak carta salasilah keluarga hihi