Tiba2 aku terfikir, berapa banyakkah masakan yang aku masak mengikut resepi buku/internet berbanding yang aku masak dari resepi yang diperturunkan dari mak? Kalau boleh aku senaraikan masakan yang aku belajar dari mak...
1. Asam Pedas
2. Kari Pandai dan Bodoh
3. Nasi Goreng
4. Sambal Tumis Ikan Bilis termasuk ikan masak sambal
5. Rendang
6. Sayur Lodeh
7. Puri
8. Singgang
9. Jemput2 dengan sambal hihi (lada kering+bawang putih+gula+cuka+air)
10. Lempeng Keras
11. Sambal Menjeng aka sambal tumbuk
12. Goreng Sayur
13. ...
Masa zaman sekolah (sebelum masuk asrama), mak selalu ikut abah potong buah (nyawit). Tinggal kat rumah, aku, yayu, ina, mala, along dan farah. Jadi, bila time weekend atau cuti sekolah, kami lah yang akan memasak time2 tersebut. Selalunya aku ngan ina lah. Yang paling kami expert selalu masak ialah sambal ikan atau sambal tumis bilis. Sebab kenapa kami suka masak lauk tu ialah sebab lepas masak tu nanti, kami akan tinggalkan sikit sambal tu dalam kuali dan tuang nasik dalam tu, dan buat nasi goreng. Pastu berebut2 nak makan nasi goreng tu, instead of nasi lauk sambal ikan tu. Baik masak nasi goreng je dari tadi, ek?
Masa duduk kat rumah busu temah pulak, asal weekend jek, mesti kak te'ah (anak busu temah) buat jemput2 bilis. Cicah ngan sambal. Dah lama aku tak buat sambal tu. Kekdahnya senang je. Tumbuk cili kering (yang dah direndam) dalam 5-6 batang, pastu tumbuk sekali bawang putih sebiji dua. Pastu masukkan gula sesudu dua, genyeh2kan (orang kata takleh tumbuk, nanti pijar), pastu titiskan cuka dan tambah air ikut kepekatan. Boleh juga ganti cuka ngan air asam jawa (tapi aku tak pernah buat). Biasanya air tu pakai air panas/suam kengkonon macam masak la sambal tu. Mungkin boleh juga kita masak sekejap, kot la takut sakit perut ke kan. Tapi memang best cicah sambal ni. Sekarang, kalau buat jemput2, aku cicah sos cili je.
Masa tu, takut sangat kalau tak pandai masak. Macamana nak kawen??? Siap pikir, kalau setakat pandai masak sambal ikan je, boleh kawen ke ek? huhuhu...
Ini pula yang aku belajar dari MIL...
1. Sayur Bening hahahahahahahaha
2. Rendang Cili Api
Tak banyak yang dapat dipelajari dari beliau, sebab seperti yang aku cakap la, selalu yang memasak ialah adik atau kakak ipar. Belajar dengan derang je lah.
Selain dari ini, semuanya aku belajar sendiri. Dan ada juga yang aku reka sendiri hihihi. Sejarahnya cenggini.
Masa belajar dulu kan aku duduk luar kan. Kalau makan kat kedai, sehari kurang2 7-8 hengget. Tu baru sorang. Kalau berdua? Eh? Memang lah kami sama2 dapat ptptpu, tapi, banyak mana lah sangat kan. Dengan sewa rumah lagi, tambang teksi (class kau jah, pergi kelas naik teksi. dah, bas tak lalu intekmaresort tu, caner?), nota2, alatulis dan sebagainya, mana lah cukup. Bukan macam budak sekarang, tiap2 weekend, balik rumah, pastu mintak duit mak bapak, tak pun abang kakak. Taunya topup laptop berukband. Aku ada telefon rumah fix line tu pun dah cukup bersyukur. Kalau tengok adik aku yang tengah belajar kat kolej swasta tu, hmmm makan ati jer. Duit abah banyak2 nak buat apa? Baik lah bagi kat dia. Boleh? Hmmm rezeki dia. Husnuzon kekdahnya ya...
Teringat aku akan kelas aku kat intekmaresort tu. Bilik studio dijadikan kelas. Dah lah takde cafe kat situ. Kebuluran aku kalau ada kelas pagi petang. Pernah aku, konon nak jimat, jalan kaki je pergi situ dari rumah. Bayangkan, dari yunisel ke intekmaresort, aku lalu rumah2 banglo seksyen7 tu sensorang. Dah lah tak banyak lagi rumah kat situ, ada pulak yang tengah dalam pembinaan, menakutkan betul. Ye lah kan, pekerja pembinaan tu dah semestinya lah ind0n kan. Kalau nasib baik, sama2 ada kelas waktu yang sama. Boleh lah beliau hantarkan. Okeh, dah melalut pula.
Jadi, untuk menjimatkan kos sara hidup tersebut, maka aku decided untuk memasak untuk kami berdua. Ceh! Bila dah kawen tak pulak aku rajin memasak ek? Errr sekarang dah ada duit hehe. Biasanya aku masak untuk lunch merangkap dinner sekali lah.
Tapi, 'vocab' aku dalam memasak adalah terhad setakat yang aku belajar dari mak tu je. Takkan hari2 nak masak kari dan asam pedas je, kan? Pastu, kebetulan masa tu kakshila ngan abangtp baru je pindah rumah. Dan aku ternampak buku resepi kat rumah derang. Aku pun pinjam buku tu dan potostet. Maka bermula la siri mari belajar memasak dalam diari hidup ku.
Yang aku ingat, antara masakan pertama yang aku masak ialah kurma ayam. Eh, baru aku teringat, aku tak pernah masak kurma sejak berkahwin. Selalu lah jugak aku masak kurma, selain kari sebab ini yang paling senang di dunia. Pastu aku belajar buat ayam masak lemak cili api, kueytiow kerang, ayam masak merah (susahnya resepi tu? sekali je aku pernah try), ayam masak kicap, eh, macam2 lah. Hampir khatam lah jugak aku dengan buku resepi tu. Oh, ada satu resepi yang kami gemari, termasuk housemate beliau juga, iaitu sate goreng. Yang tu resepi dari sotkabo. Masa tu jugak, aku ada pinjam blender eita. Memang senang lah. Haaa masa ni jugak aku belajar masak nasi atas api hahaha. Kebetulan housemate aku bukan jenis yang rajin sangat masak hari2. Ada yang masak, tapi tak bertembung la. Yang bestnya, kat bawah rumah aku tu ada kedai runcit basah. Senang, balik kelas, terus beli ikan dan sayur di situ.
Maka selama 2 tahun itu lah aku memasak untuk kami. Tengahari kami makan berdua di tepi tasik shahalam, malamnya aku tapau siap2. Kadang2 aku tapaukan lebih, beliau kongsi dengan housemate sekali. Kalau tak makan kat tasik, encik suami akan datang ding dong rumah kami dan ambil lauk untuk hari itu. Sekali dengan pulangkan bekas makanan semalam hehehe. So sweet loh. Sebagai balasan, hihihi malu nak cakap. Kadang2 beliau tolong basuhkan baju aku sebab kat rumah dia ada wadhing machine. Tapi tak selalu lah. Sampai ke sudah beliau rajin membasuh baju rupanya. Ada sekali tu, tengah musim welkap 2002, beliau datang rumah nak ambik nasi, sekali, tergezzzut aku tengok dia dah botakkan rambut, pastu belah belakang tu dia buat bentuk huruf A. Sabo je aku. Masa tu zaman2 beckem ngan ronaldo hihi.
Bila habis belajar, aku stop memasak masa mula2 bekerja sebab rumah sewa aku takde kemudahan dapur yang lengkap. Aku mula balik selepas berpindah ke rumah teres. Tapi masa tu encik suami dah habis belajar dan balik kampung. Dah tinggal sensorang, rugi pulak kalau masak kat rumah. So, selalunya aku beli jer. Bila pindah terengganu, lagi lah aku jarang masak. Boleh dikira dengan jari kot. Sehingga lah aku berumahtangga, barulah skill memasak itu diasah semula. Setahun lebih menanam anggur, puas jugak lah memasak. Itu pun masa tu dah zaman2 internet kan. Nak masak apa2, gugel jek, ramai yang sukarela berkongsi ilmu masakan dan resepi.
Cumanya aku ni selalu hangat2 chicken shit. Memula je rajin nak cuba resepi. Dah 2-3 kali cuba, dah stop. Sebab kadang2 benda tu tak kena dengan selera aku huhuhu. Samada memang sebenarnya makanan tu tak sedap, atau masakan aku yang tak sedap. Maybe orang lain masak sedap kot. Kadang2 tu pulak, bila dah masak, tak de saper nak habiskan dan terbuang. Langsung merudum mood aku nak masak lagi dah.
Terkini, menu yang baru aku cuba ialah bakso sapi. Dulu pernah buat sekali, tapi tak ingat macamana rasanya. Aku pun tak pernah makan bakso kat kedai2. Jadi, tak tau samada bakso yang aku buat tu mencapai standard minimum bakso. Aku rasa macam sedap jek? hehehe. Cuma takde lah aku menggentel bebola daging tu sendirik. Kat kedai banyak.
Apa pula menu yang aku reka sendiri? Ada dua je yang aku rasa originally aku inovate, eceh. Pertama ialah sambal ayam thai. Fuh! Macam import ayam dari thailand pula bunyinya. Takde lah. Aku cuma guna sos thai jer. Sos ni pun aku kenal melalui kakshila. Kekdahnya, tumbukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumiskan ia. Masukkan cili blend. Alaaa macam nak buat sambal tumis. Lepas dah pecah minyak, masukkan hayam. Gaul2, tambah air jika perlu dan masukkan sos mae pranom itu barang 2-3 sudu. Kendian perasakan dengan garam dan perisa. Sos tu dah manis, so takyah letak gula dah. Pastu kalau nak masam sikit, taruk asam jawa. Tapi sos tu dah ada cuka kot. Masak lah sampai ayam masak atau kering. Macam masak ayam masak merah je, tapi guna sos yang lain dan hayam itu tak payah digoreng.
Yang kedua pulak ayam paprik. Ok, ni tak macam original resepi aku sangat. Ada lah pengaruh dari luar sikit. Paprik aku ni pun gunakan sos mae pranom itu. Kekdahnya lebih kurang sama, cuma yang ni tak pakai cili giling, sebaliknya gantikan dengan cili api yang diketuk sahaja. Kalau nak tambah bawang holland pon boleh (macam paprik kat kedai tu). Lelain lebih kurang sama ngan resepi di atas. Tapi yang ni boleh tambah sos cili dan sos tomato sikit. Nak letak sos tiram pun boleh, tapi aku tak suka bau dia bila letak sos tiram. Oh, kedua2 nya kalau letak daun limau purut akan lagi sedap baunya. Pastu, nak menyenangkan hidup, campakkan lah kacang panjang, keret, kubis bunga dan baby jagung ke dalamnya. Dah, takyah masak sayur lagi dah hehehe.
Dah caca marba dah entry ni. Sekejap nostalgia, sekejap resepi, sekejap belajar masak. Lantak ler...
Apa sebenarnya yang aku nak sampai kan eh?
Wednesday, 12 September 2012
Belajar Memasak
Hasil karya AyunasiA pada 10:21 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
aku agak skeptikal dgn masakan2 yg ada kunyit. kalau terlebih kunyit, aku x leh telan..sbb tu gulai lemak bkn makanan kegemaran kecuali yg mak aku masak je. dan sbb tu aku x belajar masak gulai lemak. hehe.
aku masak jugak..tapi yg simple2 je
anak sulung jadi mestilah kena tahu masak.dulu mak aku tukang jahit,takat mulut adik2 mmg aku jelah yg masak.dh kawen,laki keje shift..hari dia cuti dan aku cuti je aku masak spesel..kalau mulut aku dan hero,nasi goreng jelah yg dia suka.lagi senang hidup uminya
lub, Sedapnya gulai lemak... Ruginyer tak makan.
Irfa: nak ajar anak makan, kena la rajin masak, ok.
Post a Comment