Wednesday, 5 September 2012

Rumah Terbuka 2012

Mungkir. Tapi aku tak pernah berjanji untuk tak membuat open house tahun ini. Cuma aku kata aku malas nak buat. Kan? Tapi kalau aku rajin? Bukan lah rajin sebenarnya. Cuma melepaskan niat. Sebelum misi CSI mencari kereta itu hari, aku berniat di dalam hati, kalau jumpa balik kereta ni, aku nak buat makan2. Tak cakap pun kat encik suami. Jadi bila beliau propose untuk buat open house, aku on aje. Tapi, tak nak jemput ramai2. 30 orang je cukup. Kawan2 aku pun aku tak jemput sangat. Mengikut trend beberapa tahun ni, orang yang sama je yang datang. So, kali ni aku jemput yang pernah datang jer.

Seperti biasa, sebelum beropen house, aku akan membuat persiapan awal. Tapi oleh kerana kesuntukan masa, aku mulakan pada hari Khamis. Hari rabu tu, balik kerja aku terus masak spageti. Percubaan. Sebab malam tu jiran2 nak datang beraya. Perayaan itu berakhir dengan licin semua spageti ku. Boleh tahan la sedap hahaha (perasan). So, aku decided untuk buat spageti sebagai salah satu menu open house ku itu nanti. Hari khamis tu pulak aku suh encik suami beli kelapa parut 2 bijik. Nak buat kerisik. Settle satu tugasan. Malamnya kami sambung beraya rumah jejiran. 

Hari Jumaat tu, aku dipaksa pergi perbarisan statik di stadiumbp. Aku pergi macam pergi kerja, pukul 7.30. Sampai sana, belum start pun. Nyampah. Sementara tu, encik suami pergi ke pasar membeli bahan2 mentah untuk open house tersebut. Habis tu baru pukul 9.30. Terus kami ke k4 untuk membeli barang kering pula. Terjumpa kak ita di situ. Paginya beliau ke k4. 

Balik tu, pergi pula ke pekanparitraja, mencari benda2 yang takde di k4. Kendian balik rumah. Langsung aku bentang tikar kat dapur dan mula memotong daging 3 kilo. Ngantuk betul. Tengah waktu jumaat, mil datang. Singgah sekejap untuk pergi ke balakong. Ada jemputan kawen kat sabakbernam. Lega, tak payah ikut. Puas juga memikirkan alasan takmo ikut huhuhu. Sibbaik ada openhouse hehe. Bukan apa, aku pernah ikut sekali dan serik. 

Lepas potong daging, aku masak dadih pula. Kali ni buat 2 bungkus je. Sedang2, tak kurang dan tak lebih banyak sangat. Ada la dalam 10 bekas kecik tu kot lebihnya. Lepas tu, aku terus tido. Ya, tido. Bangun tido, aku kopek bawang pula. 

Malam, kami masak nasi impit (ketupat mini). Nampak macam sikit, rupanya ada lebih pun. Tak banyak sangat la. Aku bajet sorang makan 2 ketul hihi. Sambil2 tu aku buat kek. Kek gula hangus. Siap adun, simpan dalam oven. 

Pagi sabtu, aku bangun macam biasa. Rasa macam tak banyak kerja kot. Encik suami terus pergi kedai santan. Kami dah order 4 bungkus santan semalam. Ambik pepegi ni fresh lagi. Sementara aku pula terus on oven dan membakar kek. Kendian aku memblend bahan2 rendang dan terus ku memasak rendang daging. Sambil2 tu, aku masak kari ayam. Ah sudah. Bila time rendang tu dah nak kering, kari pun aku dah masukkan santan. Berlari2 lah aku tak tau nak kacau yang mana dulu huhuhu. Mujur ada encik suami yang rajin 'mengacau'. Siap kedua2nya, aku sambung pulak dengan masak spageti. Best lah! Semua menu aku jenis yang senang dimasak. Sambil2 tu pulak, aku rebus air untuk celur spageti. Siap kuah spageti, aku membuat roti jala pula. Ya, roti jala memang menu yang senang tapi leceh. Tapi aku suka makan. Caner? Maka, 2 jam lah aku mengadap roti jala tu. Dahlah tak boleh tinggal sekejap pun, kan. Masa pula amat mencemburui ku. Dah pukul 1 tengahari, baru separuh roti jala yang siap. Pung pang pung pang, tepat pukul 2 petang (sepatutnya dah boleh bukak rumah), baru aku siap menjala roti. 

Tengah kemas2 dapur, dengar pulak suara budak bagi salam. Ah sudah! Budak semalam ker? Semalam memang ada budak2 berbasikal nak beraya, tapi kami tak bagi hahaha. Boleh? Sebabnya kami tengah sibuk menyiang ayam. Aku pun panggil lah encik suami. Siapa??? Kak Yus lah! Alamak! Orang tak mandi lagi. Maka aku pun berlari masuk bilik campak apron dan mandi. Memalukan betul la.

Siap2 sumer, kawan2 encik suami pun mula datang. Ok, dah bersedia.

Mereka datang serentak pula. Sibbaik sempat siap masak.

Antara tetamu yang datang

Suasana ini lah yang aku suka. Banyak kereta di luar rumah hehehe. Petang tu ada juga sebiiji teana putih datang huhuhu. Jangan tengok lama2...


Kali pertama kak yus datang, tak disambut pula di muka pintu. Sorry eh kak...

Bersama kanak2 riang
Okeh, jadi, menu aku hari itu ialah...

Kek gula hangus rebah namanya. (1 1/2). Aku terlupa sapu butter kat loyang tu. Maka, dia melekat la kat bawah. Takde orang perasan kot, kan.

Roti jala (10), kari ayam (2).

Spageti (7 + 4)

Keputat (2) dan rendang daging (3)

Jiran2 pun kami jemput.
Selain itu, kawan2 aku yang datang ialah kak ita, rafi, eddy dan l0b0.

Sementara tunggu eddy datang, kami pun makan. Ermmm sedap jugak aku masak hehehe (masuk bakul angkat sendiri). Sampai encik suami pun makan spageti itu tau. Itu adalah keajaiban ok. Sebenarnya encik suami tak suka makan spageti sebab masam katanya. Kan aku pernah cerita yang masakan pertama aku sebagai isteri ialah spageti ni. Dan ialah gagal huhuhu. Belum tau lagi selera suami masa tu. Rupanya dia tak suka. Penat je.

Tetamu terakhir kami ialah jiran selang sebuah rumah. Sampai maghrib baru dia balik.

Orang dah balik baru sempat makan


Ok, jumpa lagi 4 tahun lagi. Eh?

9 komen:

Irfa said...

kagumnya aku baca kehebatan ko memasak semua mena sorang diri ;)


kak yus beraya umah ko?wah bestnya

Unknown said...

tetamu dah balik baru dapat makan ya asia....biasa macam tu kan.

memang sedap spagetti tu, tp akak jamah sikit je sbb dah kenyang makan di dua rumah pengantin sebelum tu.

Tulah, kanak2 riang dah masuk rumah asia yang bersih je, susahlah. Minta maaf sampai tumpah air strawberry yang manis sungguh mulanya tu kat karpet awak ya asia. Dah nampak kan kelincahan anak2 akak especially Arif yang memang tak reti duduk diam...huhu.

Apa pun terima kasih menjemput, tertarik dengan set queen anne asia tu..hehe.

Akak pun memang kagum asia boleh masak semua sorang2 dengan bantuan Hairul je. Thumbs up lah, roti jala tu terutamanya. Akak ada buat masa marhaban taman tahun lepas, buat 3 adunan hampir 3 jam baru siap...huhu, lamanya rasa. Tu buat satu menu je, asia boleh siap dgn rendang spagetti semua....mmg terbaik!

AyunasiA said...

irfa: tu pun kira sikit masaknya dan masakan yang senang2. kami mengambil iktibar dari setiap tahun buat open house. kiranya tahun ni paling cool dan sedang2 la.

blogger je yang ambik gambar bersama bila berjumpa huhuhu...

AyunasiA said...

kak yus, saya baru cakap kat hairul, kalau orang yang dah pernah duduk uk pun cakap benda tu queen anne, maknanya ada iras2 lah tu kan hehehe. Ala2 queen anne je tu kak. langkawi mari jer hehehe. Rege sebijik queen anne kat sini boleh dapat semua set saya tu huhuhu

Unknown said...

memang iras2 lah, akak tak tgk betul2, tp dari pandangan mata kasar mmg dah nampak mcm queen anne....

akak pun takde borong satu set masa duduk sana, ada dua je kot, itu pun beli di carboot, ...:)

Acik Erna said...

assalam ayu..memang ayu cekap..boleh buat semua tu..terutama roti jala..acik kari dah siap..tapi tak menjala pun..sampai kesudah..

nazayiena said...

Salam kenal dr blog Yus,
Ramainya tetamu yg dtg beraya.....

AyunasiA said...

acik erna: masak sikit2 je boleh la. kalau sampai berkilo2, surrender lah jugak. ye lah, kita ada banyak lagi benda nak buat, tapi takleh tinggal jala tu pulak. masa tu dah terpikir, alangkah best nya kalau ada yang membantu.

AyunasiA said...

nazayiena: salam perkenalan juga.