Friday, 28 September 2012

Darah & Air, AH (bukan avanzahijau) dan Sirrun


Menung sekejap aku malam tadi membaca status seorang kawan aku. Katanya,

Badan kita terdiri daripada air, tapi kenapa bila kulit kita terluka, yang mengalir adalah darah?
Hati kita pula terdiri daripada darah, tapi kenapa bila hati kita terluka yang mengalir adalah air... mata?

Ok, aku nak suruh korang pula termenung sekejap.

****************************************************************************************************************

Sudah kah korang ter'adam & hawa'? Aku sudah hehehe. Tapi tidak lah sampai aku melanggan mustika. Eh, ada tak aku bagitau yang aku dah terminate mustika? Lama dah. 2-3 bulan je aku melanggan.

Selain adam&hawa, aku juga mengikuti drama sirrun. Aku tak tengok dari mula. Ada la dengar iklan dia yang...

"kalau orang baik sangat ngan kita, maknanya dia nak sorok jahat dia...".

Tapi, tengah2 aku mendonlod AH, terjumpa lak link sirrun ni. Tengok2, eh, ada bet0 lah! Maka aku pun terus lah mendonlodnya dan terus menontonnya di tv. Tapi tak puas la, seminggu 2 kali je. Cuma dia tayang sejam, so, ok lah sikit (kalau nak banding ngan AH yang baru sekejap dah abis). Baca kat forum dan fb bet0, ramai tak puas ati sebab sampai separuh citer tu, bet0 nya tak muncul2. Ada muncul sekali, tak sampai 5 minit. Rupa2nya, last2 baru dia muncul.


Tapi, emosi tauuu citer tu. Episod pertama lagi aku dah melalak. Apa ke sedih beno citer nih? Tengah2 tu dah tak sedih la. Tapi bila muncul si bet0 tu, geram pulak aku. Emo sekali lagi. Hechiu bet0!

Isnin depan ni dah episod akhir. Hopefully happy ending, tapi aku tetap tak setuju dengan tindakan bet0 itu. Maybe sebab macam ada kena mengena dengan diri aku kot. Tu yang emo terlebih. '


Berbalik kepada AH, aku suka citer tu bukan sebab eren ajis. Novelnya pun aku tak pernah baca dan takkan baca selagi belum abis citer tu. Nanti dah tak seprais lagi dah. Tapi dah boleh agak dah citer nya macam mana. Novel kiter ni lebih kurang sama jek. Tapi aku suka dan menyokong sangat novel2 yang didramakan sebab bila baca novel selalunya aku nak sangat ia divisualkan.

Dah lama sebenarnya aku tak baca novel. Last rasanya masa zaman2 aku kat mersing dulu. Lepas tu macam aku dah malas membaca pulak. Ada jugak yang aku tak habis baca. Tiap2 bulan beli majalah pun aku tak sempat nak baca. Apa sudah jadi eh?

Eh cop cop cop! Aku ada berita gembira! Whoopee! Budak yang menyesakkan dada aku tu dah kena tindakan tata tertib. Ada dua kes sebenarnya. Satu, ponteng kelas. Dua, sexual harrassment. Apakah? Tapi belum ada black and white lagi. Tapi dengar citer dia dah balik. Harap2 dah kena kick la. Or at least kena gantung 2 semester (tak nak la 1 semester je sebab nanti sem depan kena ngadap muka dia lagi). Fuh! Lega.

3 komen:

Irfa said...

sirrun?
apa maknanya tu?

budak tu betul ke buat sexsual harassment?ke kena fitnah?hehe

AyunasiA said...

Entah, bahasa arab kot.

Sexual harrassment lisan, bukan fizikal. Psiko ah budak tu.

AyunasiA said...

sirrun=rahsia