Thursday, 4 October 2012

Problem Solved!


Syukur Allahamdulillah... Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tak dapat digambarkan betapa leganya perasaanku. Hidup terasa kembali ceria, kerja terasa kembali bersemangat. Kalau korang nak bayangkan, sila bayangkan riang ria baby dalam iklan diapers whoopee tu. W-H-O-O-P-E-E WHOOPEE! (takde contoh lain ke woi!? iklan tu kuar kat radio je pun, kat tv kuar sebulan sekali je kot). Tak kisah lah. Yang penting nak menyatakan perasaan happy teramat sangat tu. Macamana bayangan orang terhadapnya, sila tolak tepi. 

Semalam aku mendengar berita gembira. Siap dengan black and white nya sekali. 

... dengan ini anda didapati bersalah atas tuduhan melakukan gangguan seksual dan dijatuhkan hukuman DISINGKIRKAN DARI INSTITUT.

Yes!

Kalau aritu aku lah yang paling MENYAMPAH, BENCI, MELUAT DAN BENGKEK kat dia, kali ini, aku juga lah yang paling LEGA! (macam LEGOland pulak :) Nak nangis rasa terharunya.

Aku dah terfikir, mungkin kah 3 tahun lagi aku akan menderita? Rupanya 5 bulan jek dah bahagia hahaha. 

Ya lah, Allah tu Maha Mendengar, kan. Dia mendengar keluhan hati ku. Kalau budak tu masih ada kat sini, mungkin aku akan jadi tak ikhlas dalam kerja aku. Ya lah, aku akan masuk kelas kerana terpaksa. Mengamuk, marah,  menengking, orang yang tak bersalah, semua tu akan membawa kepada kurangnya keberkatan kerja aku. Haihhh satu masalah hidup aku dah selesai. Alhamdulillah...

Yang lebih melegakan aku ialah, penyingkiran itu bukanlah berkaitan dengan aku secara langsung. Ye lah, kalau sebelum ni dia dibuang kerana fail dalam kebanyakan subjek, termasuk subjek aku. Bermakna aku turut  menyumbang ke arah tindakan itu. Kali ini, dia buat kerja sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung la kan. Dan berkenaan kes kedua, iaitu ponteng kelas tu pulak, memang kami dah report ke jawatankuasatindakantatatertib, cuma kalau setakat ponteng kelas, dia masuk dalam kategori jenayah kecil la. Kalau kat jabatan aku dipanggil jtp-dua yang setaraf mahkamah rendah la kot huhuhu. Tetapi untuk kes sexual harrassment tu masuk jtp-satu yang setaraf mahkamah tinggi. Fuh! Sibbaik dia menyingkirkan diri dia sendiri huhuhu.

Hari ni aku dah masuk kelas tu. Hmmm kurang sikit kerut di dahi ku.


0 komen: