Semalam aku tak duduk opis. Oh, rindunyer dekat mouse. Apakah? Sebenarnya lebih rindu kat earphone ekekek. Sejak bila aku berearphone ek? Rasanya macam baru jek. Semuanya gara2 berkecil hati lepas kena sound ngan opismate hahaha. Ok, i memang sensitif dan berhati kecil. Masa tu aku tengah layan cd maher zain, tetiba kena sound, boleh tak ko bukak lagu tu slow2? Pening kepala aku. Eh, lagu maher zain kot. Soothing apa. Ok, tak sepatutnya aku kecik ati sebab memang lah adat berkongsi opis, kena memahami hasrat setempat. Lain lah opis ko macam kat uitm dulu. Nak letak home theatre pon takde orang nak bising. Tapi, damage have been done. Terimalah kritikan membina itu. Tak susah pun kan. Pakai je earphone, nak pasamg lagu on the floor sambil joget2 ikut video clip pun orang tak marah (macam selalu buat jek?) Cuma mungkin dicop bengong je lah kot. Ko apehal terkinja2 tak tentu pasal?
Ok itu bukan masalah dah. Bukan juga apa yang aku nak cerita sebenarnya. Sebenarnya aku nak cerita pasal semalam dan kelmarin. Hari isnin, balik kerja aku terus pergi bandar. Targetnya nak cari pasar malam. Nak beli jagung! Aduhai... jagung lagi. Hari isnin ialah pasar malam bukitpasir. Pernah lah aku pergi sekali, tapi dah tak pegi lagi dah sebab dia lebih kepada untuk orang ciner. Macam pasar yang kat k4 hari jumaat tu. Cuma ada lah sikit2 gerai melayu. Besar jugak pasar ni. Last2 jumpa jagung kat gerai hujung sekali. Adeh, sakit tangan ku menjinjing jagung. Dah terlanjur sampai tu, aku teruskan je lah sampai habis. Terjumpa gerai nasi kerabu yang biasa ada kat pasar malam pesta. Terus beli 2. Ye lah, sampai rumah kang dah dekat pukul 7, bila pula aku nak masak. Kalau masak pun, akan siap selepas pukul 8 dan aku memang elakkan makan selepas isyak. Kalau lepas maghrib ok lagi. Selepas hepi dengan belian hebat itu, aku pun balik.
Semalam, sekali lagi aku ke bandar sebelum balik. Encik suami ajak pergi klinik lagi. Ya, batuk aku belum baik lagi. Sebenarnya dah nak baik. Batuk pun time mandi je. Tapi lepas encik suami call ajak gi klinik tu, terus batuk aku menyerang balik. Pelik oh. Dia macam tau je aku nak gi klinik. Maka ke klinik lah aku. Tapi oleh kerana aku datang dah petang, tak boleh buat screening. Dia suh datang lagi 3 hari. Datang waktu pagi sebab dia nak ambik darah dan x-ray. Holoh... memang lah aku nak buat test tu, tapi aku terpaksa outstation pulak besok sampai hari isnin. Kiranya selasa minggu depan lah baru aku boleh wat screening tu. Hopefully masa tu dah baik lah batuk tu. Ni dia kasi ubat batuk lagi. Antibiotik lagi. Dan ubat demam. Demam ker? 37.5 degree je kot. Sajer je klinik ni pow uthm tau.
Lepas tu, kami pergi makan. Sejak lepas raya lagi aku dah teringin nak makan supsitam. Tapi kena tunggu sup nya sampai. Dekat nak maghrib kot baru sampai. Takleh nak makan santai2. Lepas makan kami terus balik. Singgah masjid besar.
Masa aku sampai tu, kereta banyak. Nampak orang perempuan bertelekung. Mungkin ada apa2 acara. Masuk masjid, derang tengah baca doa. Memula dia baca la doa, untuk budak2 nak ambik exam spm. Pastu untuk sponsor makanan hari tersebut, semoga perniagaan bertambah maju, dijauhkan dari sihir. Pastu macam2 lah lagi doa yang diaminkan beramai2. Yang aku tak tahan tu, ada doa dari seseorang, semoga dipenuhi hajat diberi kenaikan pangkat. Pastu ada satu lagi, semoga dipermudahkan urusan temuduga dengan majlisperbandaranbatupahat. Semoga dilembutkan hati penemuduga itu untuk menerima dia bekerja hihihihi. Adoi... dah lah masa tu aku tengah sembahyang. Tak khusyuk dibuatnya. Ada lagi lah macam2 hajat. Semuanya disebut nama penuh. Ada yang tengah nak exam diploma, ada yang sakit kanser, ada yang mintak ditemukan jodoh wanita yang solehah, eh, macam2 lah. Tak pernah pulak aku menyertai mana2 solat hajat macam gitu. Macam best pulak.
Sebenarnya aku nak cerita pasal solat hajat tu jer hehe, tapi kena lah cerita dari awal supaya nampak kesinambungan jalan cerita.
Semalam sembang2 dengan rakan sekerja pasal zaman belajar masing2. Baru lah ku tahu rupanya dalam ramai2 kawan tu yang belajar di beberapa universiti berasingan, uitm lah yang paling tinggi credit hour yang perlu dibawak setiap sem. Ye lah, sejak dah faham tentang credit hour, learning time, clo, plo, segala bagai tu, baru lah aku sedar bahawa betapa terbeban nya aku memikul credit hour masa belajar dulu. Bila tanya kawan2, semua bawak dalam 15-18 credit je, tapi aku kat uitm, pernah sampai 25! Mak oi! Tu bukannya ada repeat paper ke aper tau. Semua clear. Patut lah aku kurus masa belaja dulu (ada kaitan tak?).
Tapi memang betul tau. Aku sungguh slim masa belajar dulu. Kalau naik penimbang bercakap tu, sokmo lah 'anda sebenarnya anda kurus.' Sampai ada kawan tu menggelarkan aku smeagol. Cis! Tau tak smeagol tu apa? Alaaa makhluk yang dalam citer lotr tu. Punya lah tak vouge. Cuba lah compare ngan posh bekem ke kan? Tapi kini, tiada lagi smeagol. Tapi orang dah kata aku gemuk. Hey, kat mana point sederhananya? Takkan dari kurus terus ke gemuk? At least ada lah time yang ok sekejap ke kan? Ini tidak adil tidak adil tidak adil...
Ok bai. Peace yo!
Wednesday, 17 October 2012
Jagung, Batuk, Hajat dan Gemuk
Hasil karya AyunasiA pada 2:10 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
smeagol?
yg leher panjang tu ker?
aku pun dah lupa citer lotr ;)
haaa yg my precious my precious tu la
Post a Comment