Monday 15 October 2012

Drama, Telemovie dan Filem Mutakhir Ini

Malam jumaat lepas aku tengok program 9 soalan di tivi9. Minggu lepas tetamu dia shilamzah. Kali ni pandalelarinong pulak. Ada 3 perkara lawak yang berlaku dan diperkatakan semasa temuramah itu. Satu, masa tu ada soalan dari orang luar. Tak ingat dia tanya apa, tapi lepas dia tanya tu, si syed host tu cakap, tu soalan dari seorang pelakon. Mungkin dia ingat pandalela ni tak kenal la kan. Sekali pandalela tu cakap, eh, tu penyanyi, kan? Eh, kenal ke? Tu penyanyi kumpulan ruffedge kan? Hahaha aku rasa si syed tu mesti malu. Memang la zain tu pelakon, tapi dia lebih popular sebagai penyanyi kot huhuhu.

Yang kedua pulak masa pandalela jawab soalan tentang perasaan dia masa disambut dengan meriah di epot kuching kot. Pastu syed tu tanya, macamana pulak dengan sambutan di kampung pulak? Dia jawab, ramai sangat yang sambut dia. Dan dia tak sangka yang rupanya orang kampung dia adalah ramai hahaha. Faham tak? Ker aku je yang rasa benda ni lawak?

Yang ketiga pulak soalan terakhir rasanya. Apa perancangan dia selepas bersara kelak. Memang lah lama lagi, tapi adakah lela dah ada perancangan? Dia jawab, banyak perancangan dia. Tapi salah satu daripadanya ialah dia nak jadi aktivis. Aktivis apa? Aktivis anti pembunuhan ikan lumba2, yeah! Tak sangka dengan jawapan dia tu hihihi. Yang tak tahan tu, siap ada yeah! kat belakang tu (siap gaya lagik). Ok, tu je kisah pandalelarinong.

Akhir2 ini, banyak juga program tivi yang menarik yang aku tengok. Antaranya ialah drama dan telemovie. Yang bestnya, kalau cerita tu best, aku  boleh download terus dan boleh ulang tengok bila2 masa sesuka hati aku. Terima kasih kepada estrobiyond! Tak, aku belum bertukar kepada estrobiyond, tapi pengupload2 tu mesti download dari estrobiyond kot, kan?  Ke dia pakai tv card kat pc tu eh? Dulu aku dah nak terbeli dah benda alah tu, tapi bila estro memperkenalkan biyon, terus tak jadik. Apa kaitannya tah.

Sirrun

Dah habis dah. Aku sempat tengok kat tv sampai episod terakhir tu. Ending yang hampeh. Boleh pulak bet0 mati? Tak patut betul. Tapi cerita tu memang pelik. Kenapa anzalna mesti pakai tudung semasa di rumah? Siap dalam bilik dengan laki dia pun tak bukak tudung. Nak kata dia dah bertudung di alam nyata, tak jugak, ek? Pelik betul. Dan kesimpulan aku untuk citer ni ialah, cerita yang mantul2. Sekejap zarina buat hal, sekejap anzalna buat hal,  pastu pusing balik ke zarina, eh, mantul2 lah! Pastu last tu aku nampak, anzalna pun ada parut cikenpox yang hampir sama dengan aku, aaronaziz, mayakarin, lisasurihani dan fashasandha! Hahaha. Dan sekejap tadi baru aku tengok ada sorang pelakon oramputih pun sama. Lupa lak saper.

Adam dan Hawa

Bermula episod 23 hingga 28 ialah episod di tanah suci. Owh, sungguh menyentuh hati. Terbayang2 saat aku berada di sana. Tempat2 yang ditunjukkan dalam scene tu semua sama seperti yang aku lalui. Kecuali laluan hotel ke masjidilharam la. Best nyaaa macam nak pergi lagi. Tapi, alahaiii lambatnya cerita ni... Jenuh nak tengok perubahan. Dalam seminggu tu, rasanya masih dalam scene yang sama jugak. Tak banyak perkembangan. Dan aku masih tak berpuas hati dengan lontaran dialog oleh aaron. Intonasinya macam tak sesuai dengan apa yang dicakapkan. Entah laaa... Tapi ekspresi muka dia bagus.

Aku Dia dan Tong Sampah ( Download )

Ini telemovie terbaru lakonan bet0. Sibbaik dia mention dalam fb, kalo tak mesti aku tak tengok. Cerita yang comel. Lakonan sitisaleha pun best. Sesuai sangat! Ke bet0 memang sesuai dipasangkan dengan sesiapa jer kot? Tapi aku tak pernah tengok dia dipasangkan dengan heroin yang tonjang2. Tak tau macamana agaknya. Sekarang ni aku nak tunggu gandingan dia dengan fazura ke, mayakarin ke, lisa ke (8 nov ni dalam istanbulakudatang), fashasandha ke, atau sesiapa lah. Entah bila la dia nak jadi hero pilem ek?

Taken 2

Kesinambungan dari taken. Citer ni baru kuar minggu lepas. 2 minggu lepas aku dah tau yang citer ni nak kuar, maka aku pun buat la revision dulu. Sebelum nak tengok minggu lepas pun aku tengok sekali lagi. Macam lah tak paham2 ceritanya. Padahal dah naik hapal dah skrip dia. Cerita kedua ni lebih kepada membalas dendam. Aku mengharapkan dia buat kes yang lebih kurang sama ker. Dan cerita ni agak extreme dalam menggambarkan sikap orang islam. Tak berapa bagus di situ. Keseluruhannya, cerita ni tak membuatkan aku memperkatakannya sampai balik rumah. Selalunya kalau cerita best aku akan komen sampai berhari2. Maknanya biasa2 je lah kot.

The curious case of Benjamin Button

Ni memang cerita lama. Tak lah lama sangat. 2008 je. Tapi aku baru tengok sebab baru perasan yang aku ada simpan dalam harddisk. Rasanya aku dapat dari kawan encik suami. Aku suka cerita jenis2 macam ni. Yang flashback ke zaman 30-an, 40-an. Kan banyak citer oramputih yang flashback2 ni kan. Macam the notebook, the reader dll. Dan cerita ni panjang, dekat 3 jam rasanya. Aku suka citer yang panjang2. Cerita ni mengenai seorang lelaki yang lahir muka tua, dan semakin lama dia semakin muda dan akhirnya jadi bayi dan mati. Tu yang panjang tu. Masa muda tu tetiba dia jadi bratpit hihihi. Lain lah sikit citer ni. Tetiba aku teringat citer 29februari. Sampai sekarang aku belum tengok lagi citer tu.

Bournes Trilogy

Selama ni tv asik tayang yang ultimatum tu je. Dah 2 kali aku tengok kat tv. Baru ni aku dapat tengok yang pertama dan kedua. Ketinggalan sungguh. Citer ni pun sama, aku baru perasan dia ada dalam hard disk aku. Rasanya aku tak tengok citer ni sebab tv aku tak boleh baca format mp4 kot. Aku ingat file tu yang rosak. Bila dah tengok dari mula, baru lah faham jalan cerita nya. Ooo... Ni aku tengah download bourne yang terbaru, legacy. Tu pun aku tak perasan dia keluar panggung sebab bulan puasa kot. Ke sebab hero dia dah tukar?

Ok dah.



3 komen:

AtieYusof said...

Sy suka citer Adam & Hawa.. touching gilerr.. :)
Klu sudi follow lah blog sy ye.. :)

Lub said...

nak jugak citer benjamin button tu..dh lama aku cari nak download...

Irfa said...

ko mmg peminat Beto ;)

luna..
aku dah tgk citer benjamin button ;)tp tgk wayang,takde cd