Monday, 8 October 2012

Nak Raya Semulalah!

Hari jumaat minggu lepas, aku cakap kat encik suami, besok kiter duduk rumah je la ek? Ingat nak jahit langsir. Apakah? Sebenarnya nak bagitau yang aku baru beli langsir hahaha. Pada hari terakhir hari raya itu hari, aku sajer lah pergi mkcurtain tu. Selama ni lalu je, tak pernah singgah. Dah, dia jual langsir je kot. Takkan nak beli langsir hari2 pulak? Tapi kan raya aritu boleh beli langsir, cuma aku adalah malas nak jahit. Tetiba bila masuk tu, boleh terbeli la pulak. Memula aku masuk tingkat bawah je. Macam tak menarik jek. Sekali masa nak melangkah keluar, ternampak tangga. Aku pun tanya la kat budak kedai tu, kat atas ada apa? Langsir, kak. Oh, nak tengok lah. Ah sudah! Ini salah diri sendiri ok. Saper suruh ramah sangat bertanya (padahal selama ni tak ramah pun). Maka aku pun dah terberkenan kat satu langsir yang sedang tergantung di dinding (sample). Simple je pun. Takde kepala, tapi atas bawah dia sambung.

Tapi, langsir tu warna hitam putih. Tak masuk lak ngan tema rumah ku. Pastu terjumpa pulak roman blind yang kainnya jenis positif-negatif. Kiranya depan belakang boleh guna dan warnanya kontra. Terus tersuka! Lantas aku pun mengimagine kan kain itu dalam bentuk langsir yang mula2 aku berkenan itu. Wow! Cantik cantik! (dalam imaginasi itu memang nampak cantik ok). Lalu aku pun membeli kain langsir itu. Tapi, rajin ke aku nak jahit? Jahit tu ok lagi, tapi rajin ke aku nak potong? Sebabnya kalau ikut design sambung2 tu, leceh ok nak potong. Yang night curtain mesti lebih dari day curtain kat tengah2 dan hujung2. Eh, confuse lah. Dan, memang betul pun. Masa aku potong langsir tu pada hari ahad minggu lepas, memang fenin al fusing kepala ku. Memula aku potong ikut imaginasi je. Dah separuh jalan, eh tak boleh jadi ni. Kena lukis jugak. Haaa dah lukis baru lah clear. Yang bestnya, encik suami turut menyumbang tenaga beliau  ke atas projek ini. Dia yang offer diri nak jahit tepi (kat tempat cantum2 tu). Nak tumpang nama lah tu! Nanti bila mak beliau tanya, mesti beliau akan cakap, 'ayun pun ada tolong jahit jugak'. Ceh!

Ok, sebenarnya tadi nak cakap bahawa aku berniat takmo keluar ke mana2 pada hari sabtu lepas. Tiap2 minggu ok, aku keluar. Asalnya nak keluar makan je, tapi kalau dah sampai ke bp tu, takde maknanya nak makan semata2. Nanti keluar lah ayat, dah terlanjur sampai kat bp ni, kita singgah la k4 ke, samit ke, bpmol ke. Dah sampai situ, tak sah lah kalau tak berkongsi rezeki di sana. Ada je benda yang terbeli. Tu yang aku berniat takmo keluar tu. Kengkonon nak berjimat cermat la kan. Tapi, encik suami ajak jugak keluar. Apa kes duduk rumah hujung2 minggu cenggini? Adoiii... boleh pulak gitu. Sesekali nak jugak lah aku tengok citer hindustan. Aritu ada citer om shanti om tu pun aku tak dapat tengok. Mencik tau.

Maka, ini lah dia langsir itu. Baru je gantung semalam (ahad). Siap jer terus aku iron dan pasang. Eee tak sabarnya nak raya! Raya haji lah pulak.


Kain ni dua2 side boleh guna sebab dia tampal positif-negatif tu depan belakang. So, untuk day curtain, aku sambung atas dan bawahnya dengan side yang putih. Untuk night curtain pulak aku guna yang gelap dan sambung atas dan bawahnya dengan day curtain. Yang tambah mencabar tu ialah kerana kedua2 kain ni lerang 120. Dah lah rumah aku dah takde tempat nak memotong kain. Terkepot2 lah sambil memotong tu. 

Day curtain tu sebenarnya berjalur, tapi dari jauh nampak polos je lah.

Kali ni aku jahit cermat sikit. Sebelum jahit atas bawah tu aku cucuk jarum dulu. So takde lah dia senget2 dan lari2. Syabas bethi!

Day curtain.


Bahagian bawahnya.


Aku terberkenan selepas melihat bunga2 kecil di dalam bulatan ini. Comel kot.

Positif-negatif. Teringat masa tahun 1996/1997 dulu, zaman baju positif-negatif ni lah. Aku ada satu baju warna oren yang aku suka sangat. Eh, tetiba rasa macam nak bongkar kotak cari baju tu.

Bahagian atasnya night curtain.

Bahagian bawah night curtain.

Ok, eksaited nak selak langsir ini dipagi hari. Monday 'blue'es!

Sebenarnya aku buat langsir untuk sliding door ni jek hihi. Untuk bilik tengok lah bila ada duit lebih nanti. Mahal ok... Beli yang ni pun dah sama rege dengan langsir yang aku beli satu rumah tahun lepas. 

Sekian tayangan langsir baru saya. Dibuka unutk tempahan ekekek (pengsan!)

Oh, lupa nak cerita. Dulu, masa mencari rumah untuk disewa/beli, aku cari yang ada sliding door cenggini sebab aku nak kan langsir besar cenggini. Boleh berfesyen2. Kalau pintu kayu dah tak boleh berlangsir2 bagai. Rugi jek. Sekarang aku dah tau, kalau nak beli/buat rumah lagi nanti, aku nak ada sliding door dan pintu kayu sekali. Ada pro and con nya. Ada dua parameter yang diukur. Satu bunyi, dua cahaya. Kalau pintu kayu, bila kita tutup pintu, cahaya tak boleh masuk dan ia kalis bunyi. Kalau pintu sliding pulak, bila kita tutup pintu, cahaya masih boleh masuk dan ia juga kalis bunyi. Kiranya, ia bergantung pada kehendak pelanggan (tiba2 macam kedai pintu wat promotion pulak). Nak bergelap ke, nak sentiasa cerah. Kalau takmo cahaya masuk dengan pintu sliding, masih boleh pasang night curtain. Pakai yang black out punya, komfem tak tembus cahaya langsung. Kalau pintu kayu, nak terang kena bukak pintu. Errr apa yang cuba aku sampai kan sebenarnya? Fikir2kan dan selamat beramal.

0 komen: