Friday, 5 October 2012

Saya Yang Busy Tetapi Tenang heheh

Minggu lepas kengkonon semua orang sibuk macam lebah. Tapi aku, sempat lagi cuti satu hari. Bukan cuti saja2, ada appointment. Tapi jangan risau, kerja memang banyak, tapi semuanya dapat aku selesaikan pada masanya dan sempat juga aku tidur pabila matahari naik atas kepala huhuhu. Tak tau kenapa, tapi sejak bulan puasa, setiap hari aku mesti nak tidur waktu tengahari. Tidur pulak bukan lelap atau tidur2 ayam ker. Kekadang tu rasa macam tidur malam. Rasa lama nyer aku tido, gitu. Sekarang aku prefer tidur kat surau (bilik solat) berbanding di bawah meja. Satu, sebab kat bawah meja ni terlalu sejuk. Kalau tutup ekon, panas la pulak dan takut kurang oksigen (macamlah ko duduk dalam kotak kasut). Dua, kat surau aku tidur atas kusyen (kusyen kerusi tu), kira macam tilam la... phew! Sungguh selesa. Kalau kat bawah meja ni aku terpaksa mengereng sebab kalo tak sakit pinggang. Tiga, ni kira sebab utama la. Kat surau tu takde orang. Dan aku boleh tidur dengan aman. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas siling yang berputar pada kelajuan 3 (macam ayat novel tak?). Kalau kat bawah meja ni, adaaa je orang yang bercakap2, bersembang2. Susah aku nak tidur. Kat surau tu, aku letak je kepala, terus lalala. Alaaa... tapi minggu ni aku tak boleh tidur kat surau lagi dah. Tetiba ada pulak burung membuang najisnya di dalam surau itu. Boleh je tidur, tapi memikirkan ada najis di situ, tak selera aku nak tidur. Lagi pun bau najis tu tak elok kan. Dah lah imunisasi pneumococal (apa2 la ejaan pun) aku dah expired. Eh, ni citer pasal tidur ke haper? Tetiba masuk citer najis burung pulak.

Weekend lepas kami pergi menjenguk ke rumah yang sedang di bina dekat 'rumah' kami. Takde koje lah tu kan. Kalau pergi kerja tetiap hari, aku jeling2 lah jugak (nak toleh lelebih takut tersasar plak kete tu). Aritu nampak dia dah pasang bumbung, tapi belum ikat bata. Ni tengok dah ikat bata dah.

Hari ni takde orang kerja. Dari depan nampak macam simetri, tapi kat dalam tak semetri pun. Sebelah kiri tu bilik, sebelah lagi living hall. Dia buat rumah ni lebar kot. Kiri kanan ada lebih kurang 10 kaki each jek.Tapi takde beranda. 

Living hall dia. Banyak sungguh socket and switch outlet dia. Rasanya derang tengah tarik cable ni. Bumbung nya pulak tinggi dan dipasang kertas/aluminium sheet untuk mantulkan haba. 

Gambar2 lain tak perlu lah aku tepek kat sini, ya. Bukan rumah aku pun. Kang tuan rumah tu jumpa blog aku ni kang, tak pepasal kena saman atas tuduhan menceroboh.

Hari isnin lepas pulak, aku dengar sinar pagi. Ada tetamu jemputan, bincang pasal pengurusan kewangan. Salah satu yang dibincangkan ialah pengiraan beberapa ratio, untuk diagnose kedudukan kewangan. Sambil2 tu aku pun mengira lah juga. Meh kita kira bersama-sama.

Pertama:

Wealth ratio = jumlah simpanan dan pelaburan bahagi jumlah hutang/ansuran bulanan


Contoh (bukan diriku):

Wealth ratio = RM100,000 / RM1000

                    = 100 (maknanya, kalau tetiba kiter berenti keje ke, kena buang keje ke, simpanan kiter tu boleh menampung hutang/ansuran bulanan kiter selama 100 bulan. Wow! 8 tahun? Nak berenti keje lah!)

Nisbah hutang (ke haper tah namanya) = jumlah hutang/ansuran bulanan bahagi jumlah pendapatan

Contoh (bukan diriku):

Nisbah hutang (ke haper tah namanya) = RM1000 / RM4000

                                                           = 0.25 = 25% (50% adalah normal. jadi, kalau 25% maknanya, elok sangat lah tu, kan? Wow!)

Errr itu je yang sempat aku dengar sebelum tiba ke destinasi. Ada juga dia cakap, dia tak berapa setuju lah kalau kiter meminjam untuk melabur.

Ekceli aku dengar radio ni dalam perjalanan ke polijb. Ada pertandingan in0vasi. Memula hari jumaat tu aku ingat aku tak dapat masuk. Fuh! Lega (dah tau tak nak masuk, takyah lah hantar ek?) Sekali hari sabtu malam tu, dapat sms dari pihak penganjur. Lorrr dapat lah pulak. Malas betul la nak pergi. 2 hari pulak tu. Tapi kalau aku tak pergi, siapa nak pergi? Adoiyai. Maka nak tak nak, aku pergi lah juga. Ok, takyah lah detail sangat. Tengok gambar je lah.


Pameran poster. Sebenarnya kami dah tersilap. Ingat pertandingan produk inovasi, rupanya dia nak konsep jek. Kalau berjaya di peringkat ini, dapat geran, baru lah boleh buat produk. Laaa cakap lah mintak proposal.... hmmm...

Dan satu lagi yang silap ialah kami ingat apa2 inovasi pun boleh. Rupanya dia ada tema kemasyarakatan Memasyaarakatkan inovasi ke haper tah. Projek kami lebih kepada industry.

Hari pertama sesi penilaian poster jer. Petang ada ceramah oleh innovator. Macam pernah tengok je slide presentation dia hehehe (macam encikdirektor punya) sebab katanya dia pun  baru pergi korea.

Poster encikboskecik. Mesinmelipatbaju automatik. Perempuan2 mesti suka benda ni, kan?

Ekceli kami pun tak pasti samada kami layak ke tidak masuk pertandingan ni sebab dia kata ipta/ipts,kolejkomuniti/poli jek.

Student kami sedang present. Supervisor tak boleh buat apa2. Mencelah pun tak boleh.

Finally, majlis penutup. Dirasmikan oleh encik DO johor bahru. Suara beliau adalah sedap hahaha. Keputusannya, kedua2 projek kami gagal ke peringkat nasional. Kiciwa.

Hari kedua tu, lepas presentation, dah takde mende. Nak tunggu penutup je pukul 4 petang nanti. Maka, aku pun melencong lah, apa lagik. Memula aku pergi kipmartmasai. Aku tak tau korang, tapi aku suka kipmart. Tak kira lah kipmart mana2 pun. Bila laaa bp nak ada kipmart. Baru2 ni segamat pun dah ada kipmart. Kipmart ni kira semua benda ada jual, mak bapak je takde jual. Dari pakaian, barang letrik, barang runcit (ada kedai runcit dan pasaraya), kosmetik, kitab2, telur, ayam, ikan, daging, sayur, buah, henfon, kasut, coolblog, makan2 (ada foodcourt), cd pirate hehehe eh, pendek kata semua benda lah. Yang aku suka sekali masa pergi kipmartmasai ni ialah ketika lalu di area pasar basah. Dah lah aku pergi tu pagi, baru bukak, ikan2nya kelihatan tersangat lah segar dan menggiurkan. Macam nak beli semua! Kalau lalu kat area ayam pulak, alahai... putih mulus je kulit ayam tu. Disusun pulak berderet2 macam mereka sedang berkawad kaki. Isy, apa ke hey ko tergoda dengan ayam pula ni? Pastu kat situ juga (semua cawangan kipmart pun) mesti ada satu kedai menjual peralatan rumah yang ala2 saakanilai tu. Alaaa yang jual periuk kuali dan segala peralatan dapur tu. Ada buffet set yang besar2 ala hotel tu, blender yang powerful macam coolblog tu, gelas2 kaca yang menarik, pinggan2 putih dan sebagainya. Aku suka masuk kedai cenggitu. Errr tapi aku tak beli apa2 la kali ni.

Dah penat pusing satu kipmart (sampai sesat2 cari pintu keluar dan langsung teringat kes enciksuami terlupa park kete kat mana), aku pun meneruskan misi ke jasko, yeay! Kat kipmart tu aku beli tudung jek. Aku ni asal lepas raya je, mesti meroyan nak beli tudung. Tak tau kenapa. Oleh kerana macam baru je aku pergi jaskotebrau tu (3 kali dalam masa sebulan), aku decided untuk pergi jaskopermasjaya jek. Tapi aku tak tau pun jalan ke sana. Cuma yang aku ingat, jalan dia tu tiba2 je boleh keluar kat hiway pasir gudang. Pernah pergi, dulu, tah tahun 2006 kot, masa aku tak kerja dulu. Aku pun redah je lah. Akhirnya sampai juga aku di situ.

Sampai2 je, terus cari surau. Tak ramai orang, tapi toilet dan surau dia sangat selesa. Errr ke memang semua jasko selesa kot. Tapi takleh lawan kebestan surau angsana la kot. Dah la cantik, selesa pula tu (selesa di sini bermaksud tempat wudhuk dia kat dalam dan bersih dan ada tempat letak/sangkut beg). Ada tempat2 ni, memang lah tempat wudhuk dia kat dalam, tapi 'bersih sangat' dan aku tak tau nak sangkut beg kat mana. Dah lah aku ni paranoid. Semua orang aku anggap pencopet hihi.

Pastu aku pun pusing2 jasko sensorang. Perut dah lapar, tapi nak makan sensorang macam kesian pulak. Kesian kat diri sendiri. Macam sebatang kara jek. Maka aku pun tak makan hahaha (sanggup lapar demi tak nak kesian, tah pape). Dah dekat pukul 4, aku pun balik semula ke poli. Masa nak keluar dari jasko tu, sekali lagi, aku sesat. Dah keluar dah, tapi tengok sekeliling, eh, macam lain jek. Tadi masa masuk macam mesin bayar parking tu kat belah kanan pintu? Ni belah kiri pulak? Pastu ada banyak motor pulak? Rupa2nya memang salah pun. Aku masuk tadi kat hujung sini, yang aku keluar ni hujung sinun. Masa aku masuk balik tu, pak guard tanya, kenapa kak? Errr salah pintu hihihi. Oh, Allah sengaja nak tunjuk kot. Aritu asik sindir2 encik suami yang cepat lupa. Sekarang, rasain loh!

Dah, habis.

0 komen: