... they must have a minimum masters degree to teach first degree program, while those teaching masters must be PhD holders...
Ni bukan quote of the day ke haper. Tapi merupakan sebaris berita yang aku hafal dan aku ingat sampai hari ini. Masa tu kelas bahasa inggeris part 2 diploma (1998). Lecturer yang ajar tu part timer, cikgu sekolah berbangsa india. Tah saper tah nama dia. Lupa. Hari itu, kami ditugaskan untuk membaca berita ala2 berita kat tivi. Oleh kerana kiter takde la benda alah prompter ke haper nama benda yang tulisan berita bergerak tu, maka kami kena lah menghafalnya. Tak ingat pulak, berita tu kami yang pilih sendiri kerrr cikgu yang pilihkan. Tapi ayat di atas ni lah antara yang aku hafal tu. Kenapa aku masih ingat sehingga kini? Mungkin kerana ia ada kaitan dengan hidup aku pada hari ini. Dan aku rasa ayat tu sedap.
Sebenarnya dah laaama sangat aku nak cerita pasal uitm, tapi tak berkesempatan. Bila dah sempat pulak, aku dah lupa. Tak lah penting sangat kot. Dan takde musim pun. Bila2 masa pun aku boleh cerita, tu pun kalau ada orang nak baca. Kalau tak, syok sendiri sudehhh.
Kenapa aku mesti cerita tentang uitm? Orang belajar kat uni lain tak kisah pun nak cerita pasal uni derang. Eh, saper suruh tak citer? Aku rasa ramai orang tahu uitm. Ye lah, dia ada banyak cawangan kat seluruh malaysia. Walau pun reputasi nya tidak lah segah um,usm,ukm or uia (sekadar menyebutkan beberapa nama), tapi ia ada keistimewaannya tersendiri.
1. Program
Aku rasa kat uitm ni, ia ada semua program pengajian yang ada dalam dunia ini. Over je statement. Masa baru2 masuk, kawan sebilik aku terdiri dari pelbagai kursus. Rasanya memang derang nak campur2. Baik aku senaraikan (tapi tak pasti ni senarai first semester ke semester lain pun sekali. lupa dah) :
i. aku & kak aza (senior 1 sem) - ee
ii. kak miza & kak leez - dip. kesetiausahaan
iii. kak liza - dip. sains makanan (food sc.)
iv. kak ika - dip. pengurusan hotel
v. kak reen - dip. chef
v. kak ema - dip. textile / furniture (lupa, tapi applied science la)
vi. hani - bac. fine art
vii. kak siti - bac library sc.
Ni baru yang sebilik, kalau masuk bilik2 lain, macam2 ada. Kekadang macam tak sangka ada course tu. Antara fakulti yang aku ingat (dulu 'kajian' atau dipanggil school) :
i. fke, fka, fkm
ii. hotel and catering (hotcat. pssst bet0 pernah amik course ni, tapi kantoi hihi)
iii. applied science
iv. perancangan dan ukur (kspu)
v. art and design (AD)
vi. business studies
vii. accountancy
viii. teknologi maklumat dan sains komputer (tmsk. dulu rasanya dia combine dengan matematik ke haper tah, ada course statistik, actuary sc. dll)
viii. sains sukan dan rekreasi
ix. mass comm. (pssst ni pun bet0 pernah amik. kalau baca biodata dia, dia tak sebut tang hotcat tu, tapi dia kenal wife dia masa kat hotcat. eh, tiba2 masuk citer beto plak)
x. library science
xi. sains kesihatan
xii. pentadbiran awam
xiii. dll.
Yang baru2 pulak (kira selepas aku habis) :
i. medic
ii. dentistary (tak tau eja)
iii. chemical eng.
Ni baru fakulti, belum program2 di dalamnya. Sebab tu lah konvo uitm biasanya makan minggu lah jugak. Takde maknanya sempat nak buat 2-3 hari. Cawangan lagi. Ada juga program2 pra-u seperti pre-dip (nak masuk course secretary), pre-science (nak masuk course2 sains seperti engineering), matriks (law, mass comm and library sc). Dan dulu juga derang tak ambik budak dari kolej matriks. Kalau degree memang dia ambik dari diploma. Diploma pulak ada yang masuk dari pre-dip atau sijil poli, ikm atau ilp. Pernah juga derang ambik budak fast-track. Dia cilok kat program degree campur diploma sekali. Tapi program dia degree terus. Ni set2 budak2 persediaan gi oversea (ncuk, ppp/intec) tapi tak jadi pergi. Batch2 aku jugak lah, spm 1996.
2. Bumiputera
Teringat aku masa minggu silaturrahim yang aku ikuti ketika menjejakkan kaki ke uitm. Pada tahun itu, buat pertama kalinya mereka mengambil pelajar dari indonesia. Seorang budak perempuan, fakulti TMSK. Dia ambik course sains aktuari kalau tak salah. Glemer ar dia time minggu silaturrahim tu. Selepas itu aku tak pasti, ada ke tidak lagi derang ambik student foreigner. Ye lah, uitm kan dibuka untuk bumi je kan. Tak tau lah atas dasar apa derang menganggap budak tu sebagai bumi malaysia.
Masa masuk uitm, aku tak tau pun yang uitm hanya untuk bumi. Dan aku pun tak perasan yang takde budak ciner atau indiea dalam tu. Bila ntah baru aku tau. Mungkin sebab aku dah biasa dikelilingi oleh orang melayu sahaja, so tak perasan la. Tapi budak sabahsarawak ramai. Tu pun baru aku tau yang bangsa derang tu dikira bumi jugak.
3. Tolong Melayu - Gratis!
Masa aku masuk uitm, dia belum mendapat status universiti. Masuk pun tak melalui upu. Dia sendiri2 jek. Maknanya boleh dapat tawaran bertindih. Kiranya dulu itm ni kira last choice la bagi kebanyakan orang, dah tak layak masuk u, masuk la itm. Tempat melambakkan stok2 melayu lah kiranya. Nama pun Institut Tolong Melayu kan.Tapi rasanya stok2 ni lah juga yang telah turut sama membangunkan negara hari ini, dak?
Dan kerana ingin menolong bangsa bumi tanpa mengira latar belakang ekonomi, yuran uitm juga adalah bukan antara, tapi memang yang terendah dalam dunia. Eh, betul ke sampai tahap dunia? Ntah. Exaggerate kena lebih hehehe. Masa aku masuk dip, yuran untuk setiap semester ialah rm200 sahaja. Campur asrama rm10 jek. Dan tah apa2 lagi tah, tak sampai pun rm300. Dengan yuran asrama sebanyak rm10 itu, bukan sahaja aku dapat menginap di asrama, tetapi juga dapat mengabihkan boreh jua. Dapat makan 3 kali sehari (sarap, lunch and dinner) yang sedap2 belaka. Kira kalau tahap miskin tegar pun tak mati lah masuk itm ni. Pastu kalau betul2 tak mampu, kiter boleh buat rayuan untuk pengurangan yuran. Aku pernah gak apply, tapi tak lepas pun. Eita boleh pulak dapat. Pengurangan tu boleh sampai ke minimum rm90 je satu semester. Yuran tadika pun tak dapat segitu ek?
Pastu kalau kiter duduk luar, time degree ker, kiter boleh apply kad makan di asrama. Rasanya untuk lunch je kot, lupa. Masa aku duduk seroja, time tengahari tu berdoyon la 'abang2' engine makan kat dewan makan kitorang sebab lelaki dibagi makan kat seroja, pempuan kat cempaka/kenanga. Masa aku pulak duduk luar, part one tu aku pernah mintak kad makan jugak. Dapat, kat cempaka/kenanga. Tapi, masa tu kelas aku banyak kat stadium, maka memang tak dan lah nak ke sana, kan. Saper pulak la nak hantar. Rumah sewa aku kat sek2. Selepas2 tu aku terus melupakan hal ehwal makan free ni.
4. BI
Dulu (dulu ya...), itm lah antara uni di malaysia yang mengamalkan sepenuhnya bahasa perantaraan bahasa inggeris dalam semua kursusnya. Tapi aku tak pun fluent bi ek? huhuhu. Masa mula2 aku takut jugak. Buatnya aku tak faham apa yang diajar, habis lah.
5. Keluar Asrama
Masa tahun pertama aku duduk asrama, peraturannya agak ketat. Nak keluar kena pakai kad. Sama la macam kat @tec ni. Nak balik kampung pun sama. Kena mintak sign resident staff/penggawa lagik. Memang kami dipelihara sungguh lah. Tapi selepas berstatus universiti, semuanya tinggal sejarah. Pak guard kat pintu pagar asrama tu pun dah tak wujud dah.
6. Hotel
Satu2nya ipta yang ada hotel sendiri kot ek? Oleh kerana adanya course hotcat, maka hotel ni lah tempat derang memprektiskan diri. Rasanya masa tu budak2 hotcat ni lah yang paling sibuk (ke budak AD lagi sibuk aka menyibuk?). Kalau tiba giliran, derang akan bertugas di front desk. Pastu kalau masak2, memang betul2 hidang kat hotel (2nd year onwards kot sebab 1st year derang belajo masak pastri je kot. Selalunya derang akan jual kek2 dan pastry tu kat hotcat lama. Memang laluan budak2 engine. So petang2 balik kelas tu, boleh la beli. Kat uitm dungun pun ada hotel jugak. Tapi aku tak pernah la pulak pergi ke situ. Selain hotel, ada jugak sebuah resort. intekmaresort and convention centre di sek7. Tapi bukan resort tepi pantai la. Tepi hutan jek. Masa aku kursus pedagogi kat cia5t, kami pernah buat jamuan perpisahan kat sini. Oh, lupa. Malam pra-graduan degree pun kami buat di sini.
Tu jer lah kot yang aku nak citer. Kalau ada lagi kang aku sambung lain kali. Akhir kata, walau di mana daku berada, uitm tetap di hatiku. Terima lah...
Wednesday, 10 October 2012
UiTM Di Hatiku
Lagu ITM Di Hatiku
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku ku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku
Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya... demi bangsa
Watikah yang kumiliki kan kusemat di hati
Janjiku kepada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bondaku untuk semua
ITM… usaha jaya MARA... (sekarang, UiTM usaha taqwa mulia)
Hasil karya AyunasiA pada 11:23 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
uum pun ada hotel tp x femes sgt ..hehe
oh, kiranya aku kena tukar lah, bukan 'satu2'nya, tapi 'salah satu'.
lately aku selalu pi uitm. and last week aku dijemput jadi juri IID fakulti letrik..seronok pulak mak..
hehhehehe..
tapi ada student uitm panggil aku 'makcikkk'...chehhhhhhhhhhhhhhhh....
:(
catz, seronok jadi juri ke seronok pi uitm? best, kan, uitm? hehehe kitorang ada join iid gak tuari, tapi kat segamat.
dak uitm memang panggil orang yang dihormati sebagai makcik ekekek (sedap tak ati?)
Post a Comment