BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 27 September 2012

Cukup, Cukup Sudah...

Ok, semalam balik kerja, aku terus pergi klinik. Kami pergi berdua sebab kami batuk berduet. Cumanya encik suami dah kurang sikit. Masuk jumpa doktor, tiba2 je batuk aku keluar dengan teruknya. Eee macam berlakon pulak aku rasa. Padahal masa kat opis tadi, takde pun batuk sangat. Depan doktor lak dia menunjuk2. Akibatnya, doktor sudah kasi aku antibiotik besarrr punya. Rasanya sama macam tahun lepas, yang aku batuk+muntah2 balik dari umrah tu.

Yang besar aku punya, yang kecik encik suami punya. Errr tapi pil tu takde lah sebesar kelongsongnya. Takat saiz panadolactifast je. Tapi still, kena sediakan air segelas penuh untuk menelannya. Merana selama 5 hari.





Hari selasa (kelmarin), aku ambil cuti. Sempat pergi ke jaskotebrau. Bukan sajer2 cuti sebab nak pergi jasko tebrau. Singgah setulang.

*Iklan, slot akasia baru tu lagu temanya cukup2 sudah ek? Suka! Pastu semalam sajer je dia buat scene kat bus stop yang ada tulis gangnam street ke haper tah. Sajer nak menunjuk unsur gangnam di situ.

Sambung balik. Dah sampai jasko tu, aku pun mensopingkan diri lah. Minggu lepas kan aku ada pergi-jasko-masa-balik-dari-rumah-makcik-yang-anak-dia-kawen-tu kan. Time tu ada promo beli rm100 dapat voucher rm5. So, ku dapat lah rm20. Tapi tak boleh redeem masa tu. Start 18hb baru boleh. Sebenarnya 18hb tu dah habis sale. Tak pasal2 la kiter terpaksa soping kalau nak guna voucher tu. Nyampah! Ye lah! Semata2 nak guna voucher doploh hengget, ko terpaksa soping sampai tige ratos hengget. Eh? Terbaik ar marketing strategy!

Sebelum masuk jasko tu, aku terlalu lah kat centre court mall itu. Eh eh eh, edaran tan chong motor ada promosi lah. Jom tengok! Ada 3 model yang dia promo kan ari tu. Silphy, Livina Autech (baru) dan T_ _ _ _. Satu pe'el encik suami ialah, dia suka je tanya banyak2 pasal kete dan aku pulak selalunya eyyy takyah la beriya2 sangat. Tapi yang bagusnya, banyak ilmu tentang kete kita boleh dapat. Selalunya sebelum saleman tu ajak duduk kira2, aku dah ajak blah dah. Tapi yang ini, aku ikut jek sampai ke meja bulat.

Apakah hasilnya?

Ni kalau yang paling murah. Takde lah mahal sangat installment nyer. Yang ada kat situ yang versi leather seat.Santekkk sangat... steering dia. Eh?
Ok, tidak sepatutnya aku melangkah lebih jauh lagi. Sudah, cukup2 sudah... Kang si dia merajuk lagi. Tak la, i lap you lagi la....

0 komen: