Wednesday, 5 September 2012

Aidilfitri 1433H - 4 Syawal Kembali Ke Kota via Kulai

Oh alangkah malasnya nak sambung cerita raya. Raya aku macam dah habis la. Jadi aku tulis kontot2 je lah ek. Janji ada.

Raya ke-4, kami di paritraja lagi. Kali ni lebih meriah sebab ada tambahan ngah, kakzela dan in sekeluarga. Kak long je takde sebab dia dah balik semalam. Maka dapatlah kami bergambar keluarga sekali lagi di lokasi yang sama.

Aku lah yang tukang ambik gambarnya. Timer aku ada 2 dan 10 saat je. Berlari2 nak menyelit di situ.

Sekali lagi.
Lepas semua siap, kami teruskan misi berhari raya. Mula2 pergi ke rumah sepupu kak ngah (birasku). Sebenarnya bukan rumah sepupu tu, tapi rumah mertua sepupu. Laaa rupanya rumah dia betul2 kat simpang masuk taman aku ni. Kalau opismate aku rumah belah kiri, rumah dia belah kanan. Situ sumer rumah keluarga derang juga. Yang opismate aku nama bapak nya esm0n, yang ni esman huhuhu. Adik-beradik. Kat situ, makan spageti. Tu yang datang ilham nak masak spageti tu.

Semasa di situ, hujan turun. Gerimis je. Lepas tu kami nak ke kulai. Takut jem di ayerhitam, maka kami ikut jalan rejosari ke simpangrenggam. Ok je jalan tu, takde jem. Dari simpangrenggam, kami terus ke layang2. Ooo ada pekan layang2 rupanya. Baru aku tau. Di layang2, kami ke rumah nyai kusen di f3lda bukitpermai (dah macam nama bapak bos aku plak hihi). Sebenarnya nama dia hussein, tapi panggilan nya kusen. Beliau ialah adik beradik nenek (mak mil). Beliau cerita, masa mil kekecik, beliau lah yang membela mil. Bukan setakat jaga, tetapi siap dukung pergi sekolah lagik. Beliau juga pergi haji bersama2 nenek.

Jumpa pokok pisang berjantung 4. Pelik, kan?


Nyai kusen dan isteri serta kami. Menurut cerita fil, isteri beliau ni ialah isteri ke-3 selepas 2 kali isteri nya meninggal. Yang mula2 namanya Cantik, yang kedua Buruk (lupa cantik dulu ke buruk dulu) dan yang ketiga ni Jelita. Pandai, kan, beliau pilih isteri?



Nampak tak nama Jelita itu?

Dari rumah beliau, kami singah solat dulu di masjid feldabukitpermai. Best lah masjid mereka. Ada ekon, tempat wudhuk di dalam. Sangat selesa. Selepas itu, kami berpisah dengan ngah sebab mereka nak balik kontan dah.

Dari situ, kami terus ke kulai. Seperti biasa, pergi ke rumah cik man (adik fil) di kampungpertanian. Langkah kanan, ada mee dan mihun sup. Sedapnya la hai...

Pa'kal sumer orang dah habis makan, kalau tak memang aku tambah lagi (tapi memang dah tambah pun sebelum tu). Sayangnya aku jenis makan slow. First in last out kekdahnya. Caner nak makan cecepat eh?

Beriya menyuap mihun.
Dah kenyang di situ, kami ke rumah pak andak lagi. Ingat, malam raya pertama yang kami datang dalam gelap black out itu? Rumah yang sama, cuma aritu konon sebab nak jumpa mokteh. Ni baru beraya. Makanan pun banyak, tapi sayangnya kami sumer dah kenyang. Jamah2 je murtabak singapore. Sedapnya! (ada ke benda tak sedap aku ni?)

Bersama mak andak

 

Lepas maghrib, kami pun balik ke semencu. Aku, terus tido. Penatnya rayaaa!!!

2 komen:

Irfa said...

cantik,buruk dan jelita?
nama betul ke rekaan tu?

aku pun sama..asal makanan sume sedap je

AyunasiA said...

nama betul laaa. betul la tu, yang 1st cantik, 2nd buruk dan yg skrg jelita.