Wednesday, 26 September 2012

Gugu-Gaga September

Lama sungguh aku tak update blog ini. Dua minggu ada? Kerja aku ni ada masa rilek, rilek sangat (sampai sempat khatam baca blog baru). Tapi ada masanya 8-5 itu terasa terlalu singkat. Balik rumah pun terpaksa buat kerja opis. Not good tau. Jadi, sekarang ni adalah masa yang sibuk itu. Tahap weekend pun otaknya masih terfikirkan kerja yang belum siap. Tak best langsung.

Dalam pada sibuk2 itu, aktiviti hari raya tak ditinggalkan. Tahun ni merekodkan aku berhari raya hingga ke titisan terakhir. Hari last raya pun masih ada jemputan. In fact, last week dah bulan zulkaedah pun aku masih pergi ke 'jamuan makan2' di rumah kawan encik suami. Dia nak buat open house saing dengan rumah aku itu hari, tapi postponed. Sudahnya, raya dah habis baru lah sempat. Rezeki jangan ditolak kekdahnya ya.

Maka entry ini kira rangkuman kejadian2 di bulan september. Selepas open house yang tak berapa nak open pada 1hb september, aku telah jatuh sakit. Tak jatuh la tapi. Memula selsema biasa jer. Tiba2 bila selsema dah nak baik batuk pulak. Sekarang ni, selsema dah baik, batuk masih bersisa. Kalau selalunya, sakit sikit jek aku dah pergi klinik, tapi kali ni aku malas nak pergi. Akibatnya, ubat pun tak makan, nak baik cemana? Ingat minggu ni baru nak pergi klinik. Ada doktor (lain bidang) suruh x-ray. Tengok lah nanti. Takde lah batuk teruk sangat. Sekali sekala jek. Ni pun aku dah telan madu sehari dua kali. Dah nak baik lah kot.

Ini bukan event apa2, cuma nak menunjukkan baju kami yang sedondon hehe. Aku suka beli kain batik corak abstrak untuk dibuat cenggini. Bahagian baju aku buat baju aku, bahagian kain aku buat kemeja encik suami. Kain aku pulak guna kain satin.
Minggu terakhir raya, start hari khamis, aku makan tak berenti. Khamis malam jumaat tu, ada jamuan ex-jabatan encik suami.

Marhaban

Mereka masak secara potluck. Aku bawak perut je. Tak bagitau pun...

Mereka2 yang telah menjadi ex di jabatan ini. Ewahhh macam potong kek pengantin pulak dia...
Esoknya, hari jumaat, tengahari tu ada jamuan raya student bahagian aku pulak. Makan ketupat rendang dan macam2. Dah habis jamuan ni, time jumaat tu, aku ke rumah kawan pulak. Makan nasi jagung dan spageti. Balik kerja pulak, aku ke rumah kawan aku yang baru masuk rumah. Makan nasi hujan panas. Malamnya, ada jamuan opis lagik. Giler banyak makanan yang masuk dalam perut aku pada satu hari.

Ini jamuan student. Sedap2 semua.

Menu rendang ayam yang dimasak oleh emak student. Sedap!

Sayur capcai kot namanya

Sambal kacang dan juga sate.

Ketupat ni student yang masak sendiri. Aku tukang anyam je lah.

Banyak juga makanan lebih. Ada nasi goreng, mihun goreng.

Semuanya sedap! Ku suka makan.

Kebanyakan student kami yang non-muslim

Barisan mamat.

Dan mamat lagi.

Ni pulak nak pergi jamuan raya opis di b&shotel.

Pergi dengan harapan menang ekon cabutan bertuah. Tapi, habuk pun tak dapat.

Sebelum bermula majlis

Majoriti staf hadir.

Jamuan raya merangkap family day. Cut cost kekdahnya. Tu yang boleh bagi hadiah besar2 tu.

Takde keje, tengok lampu.
 

Comel :)

Ucapan pengerusi.

Ucapan penaung. Memetik ucapan beliau, setiap tahun menyaksikan, yang bujang dah kawin, yang kawin dah menambah anak :) . Tapi memang tahun ni nampak ramai sangat budak2.

Duit raya.

Pemenang anugerah lelaki meletup. Meletup ker...

Ni pulak wanita meletup. Tang mana yang meletup tu yer?

Hari sabtunya pulak, aku pergi ke open house kawan encik suami. Isterinya pula ex-student di @tec (bukan course aku). Sekarang ni pergi mana2 rumah kawan encik suami, aku dah ada geng gossipping.  Takde lah tersipu2 di situ. Dari situ, kami terus ke kenduri kawen di peserai. Makan kambing!!! Saper eh yang kawen?  Luper.

Makanan jua sedap2.
Besoknya, hari ahad, aku balik kampung. Tapi bukan nak balik rumah, pergi rumah mak sedara di bukitwaha, sepupu kawen. Kami ikut hiway desaru. Aku rasa ni lah first time aku sampai ke rumah beliau. Ceruk rupanya bukitwaha tu ek? Aku ingat kampung aku dah ceruk dah. Rupanya dia lagi ceruk.

Menu di rumah makcik. Ayam golek!!!

Banyak giler aku makan. Siap tambah ayam lagik!

Pengantin ialah nak perempuan tunggal.
Lepas bersanding, aku pun balik. Tak boleh terus balik! Kena hantar mak abah balik dulu. Pukul 4 baru balik betul2. Tak balik betul2, singgah jasko dulu. Oh, kan besok cuti, tu yang boleh singgah2 lagi tu.

Hari khamis lepas pula, kami telah menganjurkan sebuah seminar. First time aku jadi mak pengantin tau. Punya lah debor. Akhirnya terrealisasi jua akhirnya. 5 sekolah dijemput termasuk tigs. Ada najwalatip tak? Memang tak la kan. Sitinajwa ada lah.

Koleksi gambar blur. Nebes ke haper tah, semua gambar gigil.

Budak2 sekolah sedang melihat r0b0t.

Budak sekolah lagik.

Lagik.

Ok, takde gambar lain. Memang gambar budak sekolah jek.


Encikcytron sedang mendemo toyrobot yang bakal memasuki pasaran tak lama lagi.

Ni je yang aku kenal, sekolahvokay.

Team r0b0c0n kami. Kena bagitau, yang telah mengalahkan team mmu (yang selalu juara).

Human0id r0b0t. Pelapis asim0 hehe.
Dan akhir sekali, sabtu lepas aku ke jamuan makan2 bos baru encik suami. Sampai je di rumah beliau, sebelum dia bukak pintu, aku...

Errr gambar ni takde makna apa2 :-p

Hari ahad pulak, pergi kenduri maklong-nak-pergi-haji. Ramai adik beradik yang balik, termasuk yang kat kedah nun. Oh, kan hari sabtu aritu dalam majalah3 ada citer pasal budak2 tahfiz yang kutip derma tu kan. Haaa abang yang kat kedah tu duduk kat yan tu lah. Dan pusat tahfiz yang dimaksudkan dalam majalah3 tu ialah di yan itu lah. Memang ada satu tu je. Kata biras ku, dah banyak kali kena saman dah, tapi dia macam kebal gitu. Kerajaan negeri pun dah tak kosser nak layan. Dan ia bukanlah pusat tahfiz sebenarnya. Dia ala2 rumah anak yatim jek. Takde belajar2 pun kat situ. Memang derang dihantar kutip derma jek. Dan bos dia adalah seorang yang kebal. Ya, kebal yang cucuk pisau tak lut tu. Jadi, pasni takyah la derma kat Pusat Tahfiz Amal itu kerana mereka bukan lah bakal2 hafiz  (tapi anak yatim, kesian pulak ek?) dan entah2 duit2 tu digunakan untuk membiayai kehidupan encikbos-cucuk-pisau-tak-lut itu. Tapi kalau nak derma jugak, sila lah.

2 komen:

Irfa said...

dh lepas raya.tgk gambar raya telan air liur pulak ;)

AyunasiA said...

Raya haji dah dekat...