BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 19 December 2012

Salam


Aritu aku tengok program bicarakifayah kat tivi. Tah tivi berapa tah. Dia cakap pasal salam.

Kisahnya, satu hari, seseorang ni jumpa Rasulullah. Dia bagi salam. Assalamu'alaika ya Rasulullah. Rasulullah jawab, 'alaikumussalam warahmatullah. 2 perkataan balas 4 perkataan.

Kemudian datang sorang lagi (ke orang yang sama tapi hari lain?). Dia bagi salam. Assalamu'alaikum warahmatullah ya Rasulullah. Rasulullah jawab, Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. 4 perkataan balas 6 perkataan.

Kendian datang sorang lagi. Dia bagi salam. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ya Rasulullah. Rasulullah jawab, Wa'alaikum. 6 perkataan balas 1 perkataan jer.

Maksudnya nak menyampaikan di sini, 2 perkara;

1. Jawab salam yang lebih baik dari pemberi salam
2. Tiada tambahan ta'ala dalam salam seperti yang selalu kita dengar. Macam kes ketiga tu, dia bagi salam yang terpanjang, tak pula Rasulullah jawab lebih panjang lagi.

Wallahua'lam.

0 komen: