BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 18 December 2012

Kopi, Coffee, Cafe


Aku jumpa ramai orang yang suka minum kopi. Ada yang suka kopi hitam. Yang dalam tin macam tin biskut tu. Bila nak beli baru dia kisar. Banyak kat pagihitghaja ni. Ada yang suka kopi set2 nescafe. Apa beza kopi dengan nescafe ek? Tak, maksud aku, adakah ia berasal dari biji kopi? Ke nescafe dari buah lain? Tapi kenapa kopi hitam, nescafe ceklat. Ada beza ke coffee ngan cafe? Yang pasti semua ada kaffein ek.

Masa kecik2 aku pernah mengutip biji kopi. Kat kebun cikmail. Pernah la, musim orang eto5 tanam pokok kopi. Musim tanam koko pon pernah. Tapi aku tak suka minum kopi. Masa kecik2. Aku hanya pandai minum teh. Kalau pergi rumah orang yang hidang kopi, siap request nak air teh. Tak tau lah kenapa. Abah pun tak berapa minum kopi kot. Tu yang takde kopi di rumah. Tapi kalau teh memang wajib ada. Sejak ada mak, kami dah disogokkan dengan chaiyak setiap kali sarapan. Tak main teh o teh o ni. Sekarang jek dah jarang minum chaiyak. Faktor usia kot. Tapi yang aku tak sukanya minum teh ni sebab angin. Bulan puasa yang lalu aku tak minum air teh sebab susah kalau banyak angin time terawih. Agak berkesan lah.

Berbalik kepada kopi. Tapi bila masuk asrama, aku mula mengenal kopi. Biasalah, kat dewan makan tu selalu sangat buat air kopi. Terpaksa gak belajar minum. Tapi tu lah. Aku kalau minum kopi jek, komfem tak boleh tido punya. Time2 nak stay up je baru aku minum. Masa duduk kolej seroja, ada kedai koop. Dia ada jual kopi instant. Aku paling suka jenama mr. cafe. Tah, tak pernah aku jumpa di mana2 sekarang ni.

Walau pun dah pandai minum kopi, tidak lah sampai aku ketagih. Ada minum, takde tak mintak. Sehinggalah aku mula bekerja di @tec ni. Masa tu kj aku suka bungkus nescafe ais. Aku pun curious. Sedap ke? Sebab tetiap ari kot dia beli. So, aku pun cuba. A'ah lah, memang sedap. Sejak itu, aku pun dah sama ngan kj aku tu. Tetiap ari bungkus nescafe ais. Sehingga lah pada suatu hari...

Takde cerita pun. Cuma pada suatu hari, aku diserang sakit kepala yang tahap bengap punya. Satu hari tak jadi kerja. Aku suspek nescafe itu. Dan sejak itu aku telah berazam untuk menjauhi nescafe. Ada minum, takde tak mintak semula. Cuma kali ni kalau ada pun aku cuba elak jugak. Serik.

2 komen:

Alub said...

petua dia, lepas minum, cepat2 minum air suam segelas.

AyunasiA said...

nanti datang penyakit lain pulak, asik nak terkucil jek la pulak. tak boleh tido jugak.