Friday, 7 December 2012

Nostalgia De Campus

Belum pergi lagi, aku dah plan nak buat apa kat sana. Nak pergi sini, nak pergi sana. Dari sudut kerjaya, memang lah aku merajuk ngan uitm ni. Tapi jauh di sudut hati, uitm tetap di hatiku. Ditambah pulak dengan  beberapa scene2 adamdanhawa kat situ, kan. Lagi lah teruja nak kembali ke sana.

So, pepagi sabtu tu, kami pun pergi ke sana. Tujuannya nak ke dewan annexe sebelah DSB. Sekarang juga tengah musim konvo. Masuk uitm, kami terus menuju ke dewan. Eh, kenapa lengang jek? Kata konvo? Ooo rupanya konvo sekarang dah pakai dewan baru. So, memang senyap sunyi je lah kat dsb tu. 

Dari tempat parking.

Jalan menuju balik ke kolej seroja. Kenangan paling tak boleh lupa ialah ketika minggu silaturrahim di mana di sinilah kami dipekik orang fasi, 'PB (pelajar baru) semua, pegang tangan bertiga2. Jalan cepat! Macamana nak hidup kat sini 3 tahun kalau jalan lambat camni?' Woi! Aku gi kelas tak kena berpegangan tangan pon?
Mula2 sekali, aku menjengah ke dalam dsb. Di sini lah lokasi peperiksaanku selama di sini. Kelas pun pernah ada kat sini. Kat belakang dewan nun. Seram je nak pergi situ waktu kelas malam. Pernah ada kelas english kat situ. Lecturer suruh nyanyi lagu lemon tree hihihi. 'I wonder how, i wonder why lalala. Konvo aku pun memang kat sini, dua kali.


Tiba2 rasa macam citer kuchkuchhotahai, time srk gi kolej dia, nak cari anjli. Dah jadi macam dewan tinggal dah.

Holoh! Blur pulak.

Dah tak konvo kat sini pun masih diletak bunga hiasan kat sini. Ini tempat wajib bergambar time konvo ni. Dalam pelangi kasih pun derang ada bergambar di sini.







Next, aku terus ke menara. Di sebelah kiri ada galeri seni. Tutup.

Rasanya ni hasil seni budak2 AD kot.

Di sebelah kanan, ada bsn ATM. Ada ke orang pakai giro lagi?

Tapi BSN nyer dah takde. Dulu aku pernah terfikir yang staf bsn ni mesti kena cantik dan mesti ada at least sorang staf tercantik. Sebab aku dah jumpa beberapa cawangan yang ada staf cantik. Termasuk di sini.

Dulu kat sini pernah ada metro driving academy. Masa zaman aku degree.

Ada seladang! Simboliknya, seladang ni datang dari kampung. So, student kat itm pada suatu masa dulu mengambil 'kekuatan' seladang ni sebagai inspirasi. Gitu la lebih kurang.

Terowong ke library. Dulu tempat ni open air.

Menempatkan foto2. Tah2 ada gambar aku kat sini, tak? 

Dataran menara.

Nun di hujung sana ialah ptar satu yakni library. Ada 2 lagi library; ptar dua dan ptar tiga. Ptar dua kat school bisnes, ptar tiga kat menara 2020 untuk dak engineering.




Aku tengok kat sini banyak tempat dah takde tanah dah. Semua dah ber pavement. Ni tempat parking motor bawah library. Dulu. Sekarang tak tau.

Locker room. Cantik dah sekarang lockernya. Oh, aku perasan sekarang ni pak guard derang adalah polis bantuan.

Kat yuitm je ada course library science. Cer tanya librarian2 kat opis korang, mesti grad dari yuitm, kan?

Seterusnya ku terus menuju ke HEP. Turun tangga, sebelah kanan ni dulu dipanggil Lot 10 (ke lot 10-10 eh?) sebab ada 10 lot kedai di sini. Sekarang dah takde. Ada piramid kaca pulak, tak tau apa purpose nya.

Bilik 24 jam kot. Masih sama, cuma sekarang lagi cantik la kusi mejanya.

Di atas jejantas antara library dan HEP. Sebelah kiri ada parking lot motor untuk gi library. Proper lah sikit sekarang ni. Kemas teratur je. Dulu main park je sesuka ati.

Sebelah kanan ada meja2 tempat lepak (lupa nak ambik gambar)

Jalan menuju ke school bisnes, accountancy and law dan ke kolej cempaka/kenanga.

Ni school Art and Design (AD). Nampak bumbung je la. Tak sempat aku nak pergi. Dulu aku pernah la gi ke sana untuk aktiviti Ko. Aku kan suara sedap, masuk koir hihihi. Belajar do re mi je sampai sebulan. Kelas pertama buat hissing. Menyembur2.

Kebanyakan tempat telah di refurbish termasuk hep ni. 


Kat mana2 ada atm. Ni kat hep.

Nak pergi tengok kafe kat bawah hep ni, tapi dah takde dah.

Toilet yang di 5S kan (tu pun nak ambik gambar).  Sempat aku meninggalkan sesuatu di sini hahaha.

Ok dah,. Balik semula ke menara. Kengkonon ambik shot yang sama ngan scene ain berjalan dengan skirt yang melekap dalam episod baru2 ni jugak (tak ingat episod berapa tapi aku ingat sebab skirt tu melekap tang V area huhuhu malu ah!)

Menara... 

Rasanya kat semua uni ada benda alah ni. First time aku jumpa kat utp. Pastu jumpa kat yuthm. Now kat sini pulak. Kat school applied sc. Sosej kalau orang masak memang sedap. Cuba masak sendiri, tak selera aku.

Kafe.

Mari ke school engine...

Laluan ini dipanggil engine street. 

Lif ke menara.

Masih dengan 3 lif, tapi dah lain la lif nya.

Kafe menara. Kat sini aku suka satu lauk ayam masak sambal tu. Sedap lain macam. Tak dapat nak masuk sebab sabtu tutup.

Okeh, mari kita tinjau apa ada di menara. Jom naik.

Dulu kelas aku selalu di tingkat 7, 8, 9, 10 dan 11. Menara ni 14 tingkat. Tingkat 12-14 school masscomm. Budak engine ngan masscomm memang tak sebulu. Patut lah aku tak pernah jumpa bet0 dulu. Apa kaitannya tah. Oh, sekarang menara ni dah jadi school accountancy kot. Banyak level dia punya.

Semua dah ber tiles dan lebih cantik.

Sebelah kiri bilik lecturer, belah kanan bilik kuliah. Banyak jugak kelas hari2 sabtu cenggini. Student luar kampus kot.

Lebih selesa. Tak perasan plak, ada ekon ker?

Dari tingkat 11, aku naik ke tingkat 12. Ni lif lain. Dulu student tokleh guna lif ni. Spesel untuk staf, terutamanya staf canselori. Sekarang canselori dah dok kat depan pintu masuk tu. Sebelum kat situ, derang duk kat menara 2020. Pun ada lif yang spesel untuk derang. 

Ada lagi radio ni? Tak ingat tingkat berapa.

Depan bilik lecturer. Kotak letak assignment.

Level bawah sikit, ada pusat bahasa. Ni hao ma?

Bila lif rosak, atau ramai sangat tunggu lif, kiter turun tangga lor... Memang kurus kering la zaman uni dulu.

Ada opis it juga di menara ni. 

Okeh, terus ke school engine lama. Kami pindah ke menara 2020 pada tengah tahun 2003. Sempat lah aku mengajar kat sini 1 sem. Kat sini dulu opis fakulti.

Sekarang ni jadi institut sains. Bawah ni dulu makmal2 kitorang. Pintu yang pertama kiri tu dulu makmal komputer. Kat sini lah aku mengenal internet, intranet, telnet. Derang guna sun workstation. So, tak jumpa windows di sini. Teringat, aku pernah telnet dengan mamat dari india. Kemaruk tul berchatting dedulu.

Bilik lecturer dulu dah jadi pejabat bendahari.

Kelas2 dan makmal2 kami. Alahai... nak nangis pulak.

Kat bawah tu dulu workshop mekanikal. Pernah lah aku memotong besi kat situ masa part one. Ohhh dulu kat sini lah institut sains tu tadi. Pernah belajar kimia kat sini. Sub palas tenaga! (lecturer pelat)

Tang ni masih seperti dulu. Tak berubah langsung!

Menjenguk lokasi encik suami present final project beliau.

Sebelah lab ni ada lab fabrikasi. Aku pernah buat etching kat situ. Buat board untuk final project dip yang horror tu. 

Bilik penasihat akademik encik suami. Tempat register subjek (sekali tu je lah jumpa PA)

Mari berlakon. Konon pergi kelas la. Lokasi : Engine street.



Tempat lepak budak engine. Juga tempat mengorat hehe.



Pon tempat parking. Fevret!

Dah, jom balik semula ke menara.

Bye bye engine street!

Bye!


Oh, ada fakulti ni eh? Dia berpisah dari fakulti sains gunaan kot?

School ss. Fevret awek budak engine.

Surau perempuan kat fakulti agro.

Affinbank. Masa zaman aku, ptptpu guna akaun affin. Sekarang bankislam kot.

PO yang banyak berjasa. Zaman tu aku banyak main surat2 ni. Cuma pernah lah duit yang abah kirim guna surat berdaftar, hilang! Sedih gila! Duit kita berdua kan Ta? Kenapa abah tak hantar wang pos masa tu ek? Keadaan po ni masih sama seperti dulu. Sebijik.

Berhenti sekejap membaca ini. Bergenang air mata ku.

Aku pernah dengar cerita ni masa minggu silaturrahim. Beliau dijemput memberi ceramah. Tapi aku tak ingat cerita penuh. Yang aku ingat, dia spm pangkat 3 je. Masa tu dia tnc kot, lupa. Eh, dulu mana ada tnc. Tak ingat apa nama jawatan dia. Masa lum jadi uni, ketua kat sini dipanggil Rektor. Eh, tu maknanya timbalan rektor la kot.

Ni lif yang tadi aku citer dulu untuk staf naik ke canselori tu. Aku rasa macam tak pernah lalu sini. 

Dah... habis tour de campus. Ni baru area menara. Tak sempat nak ke menara 2020. Tu lagi banyak kenangan. Tapi versi dah jadi staf. Tu tak pergi kolej lagi tu. 6 semester duk asrama, 4 kolej aku pernah duduk huhuhu. Nomad.

Tak dapat pergi, ambik gambar model nyer je lah. Menara 2020. Bilik aku dulu tingkat 15. Best!


Ok, itu jer cerita nostalgia di kampus.

2 komen:

eita said...

Wah..engine street dah jadi official eh.Duit ilang...sedih.Smpai skrg ingat peristiwa bersejarah tu.UiTM di hatiku

AyunasiA said...

tapi dah takde engine kat situ. tggl nama je lah.

kesian kiter ek? beriya ambik surat berdaftar tu, bukak kat situ jugak, tgk2 kosong jek.