Dah lama tak membaca tulisan norhayatiberahim, aku hampir terlupa kenapa aku suka membaca tulisan beliau. Begitu juga dengan ramleeawangmursyid. In fact bila aku mula membaca novel seperti tajuk di atas, aku masih belum bertemu jawapan kepada persoalan itu. Sehingga lah aku berada di pertengahan bacaan.
Kalau lah seseorang tu membaca kulit belakang novel itu, belum tentu orang tu akan membeli. Takde sinopsis, cuma petikan. Petikan yang tak menarik langsung kot. Aku beli pun sebab jenama norhayatiberahim itu. Rupanya sekarang beliau menerbitkan buku sendiri. Cuma tajuknya mungkin lah sedikit menarik. Milan. Apa yang aku bayangkan? Tak lain tak bukan, milan paris newyork. Kota fesyen. Eceh. Perasan fashion designer la tuh.
Rupa2nya, selama ni aku suka membaca tulisan beliau kerana beliau menulis cerita kehidupan. Ada unsur cinta, tapi bukan novel cinta. Remaja mungkin tak minat kot cerita begini. Kisah kehidupan macam ni belum masuk dalam jiwa remaja. Patut lah aku boleh masuk. Faktor usia. Tak sangka pula yang aku semakin matang. Wah!
Cerita ni ada unsur politik, sosial, cinta, agama dan keluarga. Aku suka. Nampak penulisnya sangat luas pengalaman dan membuat research. Ada juga unsur lucu di dalamnya. Seperti...
Kambing sharmin si kiki hilang. Sharmin tanya mak dia, mak nampak kiki tak? Mak dia cakap, pagi tadi masa mak lepaskan kambing2 tu, mak nampak kiki. Tapi mak tak lepaskan kiki pagi tu sebab aritu pernah kiki hilang, rupanya dia menyorok kat semak. So, mak denda dia. Hihihi.
Ok, tak best lah kalau tulis semua kan. Nak tau, kena lah baca. Tebal ok buku ni. 2 kali adamdanhawa tebalnya. Maknanya kalau buat drama boleh sampai 160 episod hehe.
Ok bai!
0 komen:
Post a Comment