Wednesday, 5 December 2012

Ter'makan'

Minggu lepas aku cuti hari jumaat. Sambung sampai hari isnin. Seperti biasa lah, kalau keluar kawasan, aku mesti ambik cuti extra sehari untuk tune balik ke keadaan asal. Cuti kali ni sangat mengujakan kerana kami akan ke... Shah Alam! Hek eleh... ingat nak pergi korea makan kimchi ke. Eh, bercakap pasal korea ni, aku baru terfikir beberapa hari yang lalu bahawa aku langsung tak terpengaruh dengan drama2 korea. Satu pun aku tak pernah tengok. Tak terpikir langsung. Even masa orang sibuk2 pasal gangnam pun, aku adalah takde perasaan nak tau apa ke benda. Aku tau lah sikit2 sebab tertengok kat kedai. Tapi sampai sekarang aku tak tengok lagi video klip lagu tu kat utube. Tak terpikir jugak. 

Okeh berbalik kepada cuti. Dalam keterujaan aku nak ke shah alam itu, tiba2 pada pagi jumaat itu, beberapa jam sebelum bertolak, encik suami bagitau yang pil akan ikut kami pergi, tapi tak sampai shah alam la, sampai balakong jek. Terus hilang semangat aku. Pa'kal aku dah memang cuti hari tu. Kalau tidak memang aku tak ikut dah. Heee geram nya aku! Dia memang dah tau aku tak suka kekdah tersebut, boleh pulak buat seprais cenggitu. Ye lah, kalau dibagitau awal2 komfem aku dah cancel cuti tu dah. Aku rela tak ikut. Tapi, nak buat camaner? Ikut jer lah. Kang kalo tetiba aku tak jadi ikut, nak bagi alasan apa pulak, kan. Takde makna lah aku ambik cuti hari isnin. Grrr...

Okeh, abaikan. Lenkali kena fikirkan alasan terbaik jika ia berlaku lagi. So, lepas jumaat, kami pun bertolak. Sampai balakong dalam pukul 6 gitu. 6.30 kami terus ke shah alam. 

Check in di hotel area worldwide seksyen 13.

Lepas maghrib, kami keluar mencari makan. Tak tau nak makan kat mana. Redah je lah seksyen 13. Rasanya ada macam2 kedai makan kat situ. Lalu tersinggah lah kami ke kedai ini. Nampak dari luar macam cantik. Kira berkonsep la. Konsep kapal kot. Tengok gambar macam ownernya seorang navy.

Tetiba masa nak order, datang sorang pompuan kasi leaflet nih. Oh, ini ke burger bakar yang orang sebut2 itu? Ingat ada kat satu kedai je. Rupanya dah ada 9 jajahan dah. Aku rasa konsepnya dia menumpang kat kedai2 makan kot.
Tak terpikir pun nak makan benda ni, tapi dah terjumpa ni, kiter try je lah. 


Hiasan di kedai tersebut.

Dan encik suami order burger ni. Lamb turkey ke haper tah. Burger kambing dengan turkey slice. Ok lah. Apa2 yang kambing adalah sedap. Tapi harganya? Ok, sebulan sekali boleh la kot. Kalau nak tetiap hari boleh bengkok!




Dah habis makan. Ekceli nak ambik gambar kaunter dia tu.

Aku lak makan nasi kukus ayam goreng berempah. Sebenarnya nampak menu ni yang terus singgah kedai ni. Tapi rasanya biasa2 jek.

4 komen:

:: CIKVIVA :: said...

burger abg burn ni kat nilai pun ade rasenya.. tapi saya lum try lagi..tapi i like burger kecuali beger mekdi..wah!!

#save GAZA :)

Alub said...

nasi kukus tu cam lembik sikit ek?

AyunasiA said...

cik viva: nilai kat mana eh?

AyunasiA said...

alub: ok je. wangi lagi. yang tak berapa feelnya ayam tu bahagian dada.