Aku tak maksudkan tempat lahir, tapi memang darah aku pernah tumpah di situ. Jatuh basikal, kan kuar darah, kan? Apa2 lah. Yang pentingnya, sekali lagi aku nak berpublic speaking pasal f3lda. Cuma kali ni lebih spesifik lagi, mengenai isu f3lda green global venture holding itu. Aku pun bukan tau sangat hehe. Tapi aku tau, orang luar melihat isu ini dari sudut pandang mereka sendiri. Menantu orang f3lda mahu pun ada sedara orang f3lda pun tak sama sudut pandangnya macam orang f3lda dan anak f3lda sendiri. Cucu f3lda maybe boleh la sikit2 (kalau duduk kat f3lda).
Aku pernah baca kat forum, orang ni, bila sebut pasal f3lda je, alah... kolot, kampung, 'jakun', macam rusa masuk kampung (dalam sesetengah perkara yang agak urban) dan sebagainya. Tapi dalam bab benda2 yang menguntungkan, mereka jeles pulak dengan orang f3lda. Ada yang cakap kat aku, untung la orang f3lda, tiap tahun dapat bonus raya, masuk u dapat duit, ada mrsm sendiri, ditaja pengajian di kolej elit (limkokwing) dan sebagainya. Aku hanya mampu berkata di dalam hati, oh... mereka tak tau macamana hidup kami dulu.
Dulu takde bonus raya. Nak raya memang dapat duit, tapi bukan bonus, sebaliknya tabungan. Tetiap bulan gaji dipotong rm30. Cukup time raya, dapat lah lebih kurang rm360. Tu duit penerocker sendiri, bukan bonus. Tapi kiter faham, dulu f3lda lum kaya hihi. Sekarang pun, bonus tu bukannya duit encik najib, tapi memang duit f3lda sendiri. Logik la. Dulu takde pun hadiah istimewa untuk anak2 penerocker yang masuk u. Sekali masuk degree /master dapat rm1k. Biasiswa pun takde. Yang ada pinjaman. Tu pun kena bayar macam beli rumah. Dapat duit, terus bayar bulan2. Caner? Saper nak bayar? Parents la kot. Dulu ada asrama f3lda, sampai sekarang pun ada. Cuma sekarang ada pulak mrsm f3lda khusus untuk anak2 f3lda. Dulu dengar limkokwing, wow! Kolej orang kaya. Kini ramai anak f3lda berpeluang belajar di sana. Semuanya baru ni je berlaku. Dulu takde semua ni.
Sebab tu aku kata, orang f3lda ni sensitif. Ala2 sensitiviti kaum la tahap sensitif nya.
Ni baru intro je hehe. Poyo je. Ok lah, baik aku terus masuk ke tajuk utama iaitu mengenai isu penyenaraian fgvh ke papan utama bursamalaysia (kot? ke papan kedua?). Tapi sebelum tu, aku rasa perlu untuk aku jelaskan sesuatu. Siapa fgvh? Siapa kpf? Siapa f3ldaholding? Siapa penerocker dalam kes ini? Siapa najib (boleh?)? Siapa pula isa? Dan siapakah ANAK? Wah! Banyak nyer yang perlu aku terangkan? Macam lah aku tau semua kehkehkeh. Ehhh aku dah buat research ok. Tak seperti biasa, aku main tulis je apa yang ada dalam minda aku. Kali ni aku kaji dan kumpulkan maklumat dari pelbagai sumber. Kira relevan la kot. Tak paksa pun korang percaya.
Ok, kiter mulakan dari bawah.
ANAK : Persatuan Anak pener0ka F3lda kebangsaan. Dari namanya kita tau, persatuan ini dianggotai oleh anak2 peneroka yang juga dikenali sebagai generasi kedua f3lda. Pengerusi persatuan ini juga merupakan exco P*S pusat. Wah! Patut lah beria membantah kehkehkeh.
Isa : ISA memang lah dah dimansuhkan, tapi isa yang ini tak mansuh lagi hihi. Bekas mbn9 ini yang pernah terlibat dengan rasuah 'dalaman' umn0 telah dilantik oleh najib sebagai pengerusi f3lda menggantikan tansriyusofnoor mulai tahun 2011. Tak tau lah tang mana kualiti beliau yang dilihat oleh najib. Aku takde idea langsung. Oh, selain itu, dia juga dilantik sebagai pengerusi kpf. Apa kena mengena tah. Tiba2.
Najib : Abang ipar aku. Hah? Bukan2. Memang aku ada abang ipar bernama najib, tapi najib yang ni is pm kiter. Beliau juga menteri keuangan kiter. Kenapa aku cakap begini? Ada kaitannya.
KPF : Sebuah koperasi yang dianggotai oleh peneroka dan kakitangan f3lda. Anak peneroka layak menjadi ahli, tapi keanggotaannya di bawah nama bapak derang (eh, derang tu aku lah sekali ek). Koperasi ini melabur ke dalam anak2 syarikat f3lda. Kpf tak melabur ke dalam fgvh, sebaliknya... (baca sampai habis, baru tau).
Penerocker : Terang2 lah, penerocker dalam kes ni ialah pemegang saham2 kpf. Tu satu. Dua pulak, penerocker adalah pemilik tanah2 rancangan. Kalau nak diceritakan pasal tanah ni, panjang ceritanya. Tapi aku pendekkan la ya. Tanah rancangan ni tak sama macam tanah2 lain di dunia ni. Wah! Tak, maksud aku tanah2 di malaysia. Kalau tanah biasa, kiter pegang geran, kiter lah yang empunya tanah. Tak? Kalau kita mati, tanah itu boleh lah dibahagi2kan mengikut hukum faraid. Tapi tanah f3lda atau lebih tepat lagi tanah penerocker ni terikat dengan akta tanah apakebenda tah. Di mana tanah ini, jika penerocker itu mati, tidak boleh dibahagikan mengikut hukum faraid. Satu. Dua, Tanah ni bukan lah dibeli secara terus, tetapi diberi. Tapi, sejak dari mula masuk lagi, penerocker telah dibebani hutang kira rm25k yang dipanggil sebagai bayaran balik (dia pergi mana sampai kena balik?). Entah. Ada yang aku dengar, duit tu ialah tabungan untuk tanam semula. Ada yang aku dengar pulak, itu ialah harga tanah tersebut. Dan ada yang aku dengar juga, jumlah tersebut ialah kos permulaan untuk membuka tanah rancangan, sekaligus menanam pokok2 sawit dan getah sehinggalah ia mengeluarkan hasil. Sebab selain bilut dan tanah2 rancangan awal yang lain, kerja2 meneroka tanah telah dikontrakkan kepada anak syarikat f3lda. Bilut dulu derang buat sendiri.
Tak kira lah apa pun nama duit tu, yang aku tau, selepas habis bayaran tersebut, barulah penerocker diberikan geran. Lebih kurang 25 tahun kemudian.
Bila dah dapat geran, pokok sawit pun dah tua. Kena tanam semula. Saper nak tanam? Derang diberi 2 option. Satu, tanam sendiri. Kosnya tu, tadi yang dikumpul untuk tanam semula tu. pandai2 korang lah. Tapi tak ramai yang ambil option ni atas sebab takde saper nak kerjakan. Diri sendiri dah tua, anak ramai yang dah keluar. Yang ada kat rumah pun tak boleh diharap haha. Jadi, jalan singkat nya ialah, serahkan pada f3lda untuk menguruskan segala2nya. Dari menebang, menanam, segala lah. Sehinggakan bila dah mengeluarkan hasil pun, f3lda juga yang memotongnya. Eh, bangla (yang juga pekerja f3lda) yang potong.
Pendek kata, 'macam' tanah tu dah dipajak kat f3lda (plantation) dan penerocker cuma kutip hasil jualan sawit mentah sahaja. Sawit mentah ya, bukan minyak masak. Dan, dalam tempoh tanam semula tu, mestilah takde hasil kan. Jadi, nak bagi makan apa? Maka f3lda pun dengan murah hatinya menghulurkan (pada asalnya) rm500 sebulan sebagai bantuan sara hidup katanya. Tak lama tu, kiter naikkan rm800 sebulan lah, kos sara hidup makin tinggi. Pastu eh, tak cukup jugak, kita naikkan lah jadi rm1200 (ke rm1500 tah?). Wawwwiii murahnya hati, untungnya...? Untung apa ke bendanya. Nama je bantuan sara hidup, padahal hakikatnya semua duit tu kena dibayar balik ok... Aku dengar nilainya lebih urang rm70k. Dengan faedah yang boleh tahan tinggi (kalo tak salah 6.25% kot). Caner nak bayar balik? Haaa macam sekarang la. Kan kiter serah kan semua pada f3lda. Cukup bulan derang potong gaji je lah. Sorry... terpanjang pulak.
F3lda holding : Adalah kepala segala anak syarikat f3lda. Encik suami bagi analogi, f3ldaholding ni umpama anak sulong. Haaa kat sini lah cerita pasal fgvh ni muncul. Ada pun share di dalam f3lda holding ini dipegang oleh 2 'orang' iaitu 1. kpf (analoginya emak) dan 2. fgvh (analoginya abah). Seperti yang dah aku katakan tadi, kpf adalah milik peneroka dan kakitangan. Tapi fgvh ni saper punya pulak? Sat na... kang aku bagitau dalam point fgvh hihi. Berapa pula share mereka berdua ni? Ok, kpf merupakan pemegang saham majoriti iaitu 51% manakala fgvh memegang 49%. Ok, dah nampak gambarannya? Macam takde kaitan je penyenaraian fgvh dengan kpf? Adaaa apa pulak takde. Kang tiba masa aku terangkan lagi. Wah! Tetiba aku perasan jadi pengerusi f3lda la pulak hihi.
fgvh : Ni lah benda nya yang sibuk diperkatakan itu. Adapun syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah organisasi f3lda di mana saham emasnya (golden share ni apa eh?) dipegang oleh menteri (menteri ke kementerian?) keuangan Inc. Siapakah mereka ini? Jawab lah sendiri.
Ehhh ekceli banyak lagi benda aku nak cerita kan. Belum masuk tajuk isu tu lagi huhuhu. Tapi buat masa ni aku tinggalkan korang dengan pengenalan kepada watak2 dalam ini pelem je lah. banyak lagi kerja aku ni. Ingat aku dah takde keje lain? hehehe.
tbc...
0 komen:
Post a Comment