Dari pasar malam kuale, kiter terus menuju ke tepeng. Tak sampai tepeng la tapi. Kami stay kat simpang. Simpang mana? Nama tempat tu Simpang. Dan hotel tu betul2 kat simpang Simpang tersebut. Lepas mandi manda, kami terus keluar makan. Ke mana lagi kalau bukan ke kuale sepetang? Waktu kami sampai tu, belum ramai orang. Order sekejap je dah sampai. Menu hari ini ialah mee udang spesel.
Dan nasi goreng udang spesel jua. Gila banyak kolesterol!
Ada satu berita baik! Mak jah sudah membuka cawangannya di wangsa maju. Cer la carik.
Balik tu terus dengar final rajalawak. Susahnya nak gelak. Tak nampak! Kengkonon kami menyokong 2y0l atas kapasiti mereka ialah orang sekampung encik suami. Tapi mereka tak berapa nak kelakar, kan?
Esoknya kami keluar jam 11.30 pagi. Sebabnya encik suami bertugas belah petang untuk kedua2 hari.
Ooo kat sini lah kawasan ex-MB perak yea. Kiri kanan jalan dah banyak bendera hijau. Sekarang ni kat mana2 pun dah mula banyak bendera ek?
Sampai kuale, kami terus makan. Pekena cendol juga. Kat sini cendol ngan laksa je yang femes. Dan banyak.
Dah makan, kami terus masuk ke arenasquare. Aku jalan2 sikit, kendian terus duduk tengok orang. Tak lama kemudian, datang la kakak angkat aku ni.
Lebih kurang jam 2.30, kami pergi solat di ubudiah lagik.
Banyak lah juga ilmu yang didapati dari lawatan sambil belajar ini. Johor dan perak kan memang ada hubungan bau2 bacang kan. Asalnya sultan melaka ada 2 orang anak. Sorang pergi ke johor (sultan alaudin riayat shah) dan sorang lagi pergi ke perak (tak ingat nama). Dan sekarang, sultanah johor juga adalah dari keturunan sultan perak.
Dan kesultanan perak kan dia macam lain sikit kan. Dia ada raja dihilir, raja dihulu, raja dilembah, raja digunung (tipuuuu). Yang penting lain lah. Pastu johor pun dulunya asalnya sultan dia ialah bendahara haper tah, aku pun lupa.
Selain tu, di sini juga aku tau bahawa sultan azlan shah ni education background dia ialah law. Tapi tulisannya macam doktor. Siap ada ic, lesen dan pasport lagi kat galeri nih. Lesen memandu tu masih sah tau, sampai 2013. Sijil kawin, surat beranak pun ada. Pendek kata, macam2 ada lah dalam galeri ni. Aku suka muzium macam ni lah, bukan macam kat tepeng tu. Aku suka tang sejarah2 kesultanan ni sumer.
Di situ juga ada sudut femli. Ada la gambo anak tengkunazrin tu. Tengku azlan muzaffar (ada shah tak?). Shomelll tembammm sangat (berani kata tak comel???). Pastu ada baju yang dipakai oleh zara tu time kawen ke haper tah. Cantikkk.
Oh, dan sultan azlan juga seorang pemain hoki. Patut la ada stadium azlan shah, piala azlan shah bagai ek? Ermmm banyak lah lagi. Lenkali aku nak pergi lagi lah. Tapi kena pastikan banyak masa la. Macam ni kami tengok cecepat je sebab encik suami kan bertugas??? huhuhu
Sebelum pulang, kami bergambar2. Oh, masuk ni sorang rm4 dewasa, rm1 budak sekolah.
Lepas tu kami lepak makan minum sat. Kul 5 lebih, kami balik ke simpang semula. Sebelum tu, nak cari mercu tanda di kuale ni. Pertama, menara pavilion. Tak tau apa yang spesel. Dah buruk, tak terjaga dan macam nak roboh jek. Katanya masa zaman sultan iskandar (nama sama macam sultan johor ek?), menara ni tempat baginda berehat selepas bermain polo. Now dah jadi macam tempat mat gian pun ye.
Terletak depan asrama mckk, sebelah padang ragbi. Lalu mckk mesti nak cakap, ooo kat sini abang zaidi nyer sekolah hihihi...
Kedua, kami cari pokok getah pertama di mesia katanya. Sibbaik kenal daun getah. Banyak pokok besar kat sini.
2 komen:
hampeh...komen yg ada gambar aku semua bongok2 hahahaha
sultan alaudin riayat syah dan sultan muzaffar lah...eii penat2 je nazrin buh anak dia azlan muzaffar. sbb ngenangkan anak sultan mahmud yg terpisah negeri tu laa..zarith sofea anak idris..idris x de anak lelaki itu pasal raja dihilir naik takhta..insyaAllah kekal le sampai nazrin dan anaknya.kalau cucu sulung nazrin pun lelaki...sambung le lagi keturunan azlan dan lagi dan lagi...
ooo tak sempat nak ingat salasilah derang. tapi betul ke sebab tu dia taruk nama anak dia muzaffar?
Post a Comment