Itulah kesimpulan yang boleh diberikan untuk pengakhiran drama pelangi kasih. Seperti pelangi yang muncul selepas hujan panas, begitu lah yang berlaku akhirnya. Ada orang kata tak best, tapi bagi aku best aje hehe. Ntah. Kadang2, sesetengah cerita tu, bila habis, dia habis macam tu ajer, tergantung, tak tau hujung, banyak persoalan dan boleh disambung lagi part 2 part 3. Tapi cerita ni lain. Dia punya habis, nampak betul2 habis. Julat masa cerita dia pun complete, dari kecik sampai tua. Jadi, kiter jadi puas walau pun hujung2 tu adik bet0 kiter tu dah lumpuh kena stroke huhuhu. Oh, tapi part tu sedih la. Aku sedih bukan apa, cuma kesian teng0k bet0 dalam keadaan demikian hahaha. Tak sampai ati.
Aku rasa ramai orang tak tengok cerita ni kot. Ye lah, dia tayang tetengah malam, time elok untuk tido. Aku pulak, selalunya kalau tengok citer tengah2 malam cenggitu, aku akan tengok dalam bilik je supaya senang, terus tutup mata bila abis. Tapi untuk citer ni, aku sanggup tengok tivi kat luar semata2 nak tengok bet0 dalam saiz sebenar hahaha. B0ng0k je.
Maka, tujuan aku menulis entry ini adalah untuk membuat sinopsis cerita ini mengikut pemahaman aku. Kot lah 5 tahun lagi bet0 jadi artis paling fofular ke, ada jugak satu kenangan aku dan dia kihkihkih (eh, bukan aku dah ada 2-3 sinopsis citer dia ke sebenlum ni? ekekek) Rasanya dalam 25 episod tu, aku cuma termiss satu episod je kot. Itu pun minggu lepas, tak perasan dia tukar waktu tayangan ke pukul 9.30 malam sedang aku khusyuk menengok ustazkazim di tivi1 hehehe. Errr ekceli malam final pun ada ustazkazim jugak. Tapi aku dah tau pelangi kasih kul 9.30 malam tadi. Sorry ustaz... Saya doakan ustaz selamat pergi, selamat semasa di sana dan selamat kembali. Tiba2.
Baiklah ini ceritanya...
Cerita ni bermula ketika azlin (puterisarah) dan sofea (nabila) berusia 7 tahun. Zafrul (bet0) pulak tua 2 tahun kot. Azlin ni anak maimon (abby), tokey kedai kain merangkap cucu haji mahmod, tokey greenglobal iaitu syarikat berasaskan pertanian. Sofea ni pulak anak odah (watieelite) sementara zafrul tu anak shielamamb0 . Derang ni berkawan baik. Dan mereka telah berjanji bahawa mereka tak boleh bercinta dengan kawan baik sendiri, specifically zafrul la sebenarnya.
Mula2 tu scene majlis khatam azlin dan sofea yang dibuat sekali. Aji mahmod yang sponsor. Sofea ni memang disayangi oleh semua orang, terutamanya aji mahmod. Sebab sofea ni bjiak orangnya. Sehari sebelum majlis tu, mak sofea telah menjahit baju mereka berdua. Semasa membuat persiapan majlis tersebut, mak zafrul telah menyuruh zafrul pergi ke kedai membeli lada. Tetiba azlin nak ikut. Oleh kerana derang naik basikal, sofea tak ikut. Di situ dah nampak yang azlin suka kat zafrul. Bila balik tu, zafrul belikan gegula udang untuk sofea. Sementara azlin pulak ajak dia minum cendol. Sejak itu, gula2 udang dan cendol adalah subject matter dalam citer ni.
Malam tu, zafrul bagi gula2 udang tu kat sofea di masjid. Aku suka scene nih. Nampak sweet jek. Zafrul juga meminta maaf dari sofea sebab tak ajak dia tadik. Kat sini nampak pulak yang zafrul ni macam suka kat sofea. Masa majlis berlangsung, zafrul ada memberitahu kepada aji mahmod bahawa dia bercita2 nak jadi bisnesman macam aji mahmod satu hari nanti.
Seploh tahun kemudian, azlin dan sofea pon ambik spm. Dapat result, aji mahmod ajak sofea tinggal ngan dia kat kl untuk ambik stpm, sekali ngan azlin. So, duduk la dia kat situ. Masa tu juga zafrul dah masuk pusat persediaan untuk ke us. Eh, ke dah pergi us ek? Tapi dia ada berutus surat dengan azlin dan sofea, tapi masing2 tak tau.
Dipendekkan cerita, derang pun abis belajar di uitm. Ni aku tak puas ati sikit. Sebab kengkonon aji mahmod ni nak sponsor la sofea ni sampai masuk u. Besar belanja katanya. Sekali? Masuk uitm jek? Takde lah besar mana belanjanya huhuhu.
So, abis je belajar, derang terus bekerja di greenglobal. Sofea keje bahagian pemasaran, manakala azlin dilantik sebagai ceo - bahagian pentadbiran. Sofea telah banyak membawa pelabur2 ke dalam greenglobal. Dalam masa yang sama, zafrul lak bekerja dengan sejagatservices, sebuah syarikat jentera berat ke gitu lah. Yang kengkononnya juga telah menarik ramai pelabur ke syarikatnya. Pung pang pung pang, zafrul dan azlin decided untuk berkahwin.
Tapi azlin tak bagitau sofea. Dia nak surprise katanya. Bila sampai di rumah, sofea nampak mak dia tengah sibuk membuat gubahan hantaran. Dan barulah dia tahu yang derang tu nak bertunang sebenarnya. Dia pun merajuk dan balik kl. Tak pergi pun majlis pertunangan azlin. Balik tu dia jumpa omar kat bus stand. Omar hantar dia balik. Dia mereka pun mula berkawan. Ekceli derang pernah berjumpa masa zaman sekolah dulu lagi. Sebelum sofea duduk kl. Masa duk kl pun derang satu sekolah. Oh, baru ingat. Masa derang form 6 zafrul dah gi us. Masa derang ambik spm yang zafrul duk persediaan tu.
Tiba majlis kawin derang, sofea pergi ke london atas urusan bisnes. Selain tu dia membawa hati yang luka sebenarnya. Lepas kawin, zafrul pujuk azlin untuk pujuk atuk dia untuk masuk greenglobal. Lalu azlin pun lantik zafrul sebagai ketua unit pelaburan. Ekceli sebelum pergi london, atuk dah janji nak bagi jawatan tersebut pada sofea. Maka, sofea pun merajuk lah lagi lalu meletak jawatan. Pung pang pung pang dia ikut omar balik kampung dan buk bak buk bak derang pun kawen.
Zafrul pulak kemain bantah lagi sofea kawin ngan omar sebab dia ingat omar nak mempengaruhi sofea. Sebabnya, syarikat omar adalah pesaing greeglobal. Selain itu, walau pun sudah berkahwin, zafrul tetap memburu cinta sofea. Pendek kata, zafrul ni kawin ngan azlin sebenarnya atas dasar materialistik. Dia pun mengaku. Part yang aku terharu sekalik ialah time zafrul meluahkan rasa cintanya pada sofea. Very the tersentuh hati ku. Dan ayat standard dia ialah, awak tetap buah hati saya. Sweetheart gitu.
Lepas zafrul masuk greenglobal dan sofea berhenti, pelabur2 semua lari. Yang london tu pun takmo sign agreement sehingga lah tempoh pajakan tanah kat melaka tu tamat. Lalu derang suruh atuk pujuk sofea untuk kembali. Sofea nak kembali tapi dengan syarat, dia takmo incharge projek tanam gaharu itu. Dia nak kenakan zafrul sebenarnya. So, dia uruskan projek kompleks prihatin di sabakbernam.
Bila sofea masuk balik greenglobal, zafrul mengambil kesempatan itu untuk menghimpit sofea. Dia ada bagi gubahan gula2 udang kat sofea. Bila azlin tau, dia pun jeles. Lalu dia merancang sesuatu untuk mengenakan sofea. Dia telah memberi quotation kompleks prihatin kepada syarikat lain untuk bersaing. Dia gunakan nama sofea. Sudahnya tender tu dapat kat syarikat itu. Lalu dia tuduh sofea pecah amanah.
Tapi, terkantoi lah pulak. Sofea dapat tau dan cabut la dari greenglobal. Putus kawan. Selepas tu, sofea tolong plak laki dia dapatkan kontrak pajakan tanah kat melaka. Dan dia berjaya. Ini telah menyakitkan hati zafrul. Lalu zafrul merancang pembunuhan omar.
Omar pun mati. Ketika sofea sedang sarat mengandung. Bila lahir, anak tu dinamakan ihsan shafik. Pung pang pung pang, deran gpun dah tua. Ihsan nak kenalkan bakal isteri dia kat sofea. Iman mutiara. Kendian sofea pergi ke rumah iman untuk berkenalan ngan parent iman. Jeng jeng jeng... Ya, betul. Iman adalah anak zafrul dan azlin. Memula sofea berlakon baik dulu. Time makan malam, sofea mendedahkan bahawan zafrul lah yang merancang pembunuhan papa ihsan. Ekceli sebelum tu orang suruhan zafrul yang dipenjarakan kerana pembunuhan itu telah membuat pengakuan pada sofea.
Pastu derang pun balik. Iman pulak lari ikut ke rumah sofea. Zafrul lagi lah hangin. Sofea pulak nak kawinkan ihsan dan iman beserta dengan 3 syarat. 1. lepas kawin iman tinggal kat rumah sofea, boleh balik umah dia 3 bulan sekali. 2. majlis kawin mesti dibuat di rumah sofea, zafrul takleh buat apa majlis resepsi. 3. (luper la... kang ingat aku tulis)
Sehari sebelum majlis tu, zafrul datang rumah sofea dengan garangnya. Fuh! Serius garang siot. Dia nak bawak anak dia balik, tapi tidak berjaya sebab iman dah sign agreement syarat tu. Maka, terpaksa lah jugak dia bagi kawin.
Dipendekkan cerita, iman mengandung. Time nak bersalin, azlin nak pergi spital, tapi zafrul takmo. Bila azlin kuar je, zafrul ngamuk dan kena stroke. Sensorang. Iman pun bersalin anak lelaki. Omar mahmod namanya. Dan derang pun bawak lah baby tu ke rumah zafrul. Abis... Kiranya omar mahmod ni lah pelangi kasih dalam hidup mereka.
Aku suka scene last tu. Sangat cool...
p/s aku dah katam marathon pelangi kasih hehe...
2 komen:
kellas you...x yah tgk cite dah tau dah citenye...ok kak ...next cite ape lak...sy x smpat nk tgk TV la
x tgk tv dah. pasni wayang pulak, tp mcm x best je citer tu.
Post a Comment