Minggu lepas ialah musim finalproject presentation. Aku supervise 1 group jek. Teringat pulak pasal finalproject aku masa diploma. Aku tak nak citer pasal projek degree sebab aku rasa projek degree aku agak berjaya kot huhuhu. Yang tak berapa nak successnya time diploma. Kesian aku.
Projek ni dibuat pada part 6. Biasanya satu group 3 orang. Awal semester, kami kena bentuk kumpulan. Dulu mana lah aku ada tepon nak contact kawan2 ni. Ada takde, nak jumpa, kat school, je lah. Kawan2 baik aku kebanyakannya dah duduk luar. Aku je yang tegar merayu duduk asrama, walau pun setinggan berdaftar huhuhu. Kami bertiga. So, aku ingat, bila buat projek ni, kami akan jadi satu group la kot, kan.
Tapi, bila aku jumpa kawan2 aku, derang dah pun bentuk kumpulan bertiga. Sedih. Aku nak selit kawan2 yang lain pun semua dah penuh. Kejamnya dunia! (perasaan masa tu la). Kebetulan pulak, time tu juga aku mengalami kehilangan purse. Hilang arah sekejap.
Last2 aku terjumpa 2 orang budak lelaki ni. Sumpah, aku tak kenal! Nama pun tak tau. Tak pernah sekelas kot. Rasanya dia budak power atau instrument. Aku kan electronics. Tapi, entah macamana, aku boleh terjoin pulak derang berdua, jadi satu group. Pelik, kan? Tak kenal haper, tetiba je. Cuma yang sedapkan ati sikit ialah, salah seorang dari budak tu ialah budak sekampung encik suami (takde kaitan pun) merangkap abang kepada kawan sekelas kami (dia tua setahun) masa form 4. Sayugia diingatkan, aku form 4 kat sekolah tu sebulan je kot. Jadi, kawan sekelas tu pun aku tak berapa nak kenal sangat. Pendek kata, derang adalah stranger la. Tak mampu aku nak fikir apa yang akan berlaku selepas itu. Sedih.
Seperti yang aku kata tadi, aku takde telefon dan cara aku nak contact derang hanyalah melalui kawan lelaki yang lain. Kalau nasib baik, dapat lah aku jumpa derang, gitu. Dari mencari projek apa nak buat, cari supervisor, sehinggalah membuat proposal, semua aku yang buat sendiri. Bukan setakat itu, projek itu sendiri pun aku buat sensorang. Mujur ada encik suami yang budak sekolah vokay dan tau selok belok jalan pasar. Nak buat litar pcb pun aku belajar dari encik suami. Masa belajar mana ada ajar buat benda tu semua. Pandai2 ko lah. Jadi, banyak lah benda yang aku belajar dari projek tersebut, sebenarnya.
Bila dah nak present projek tersebut, aku cuma suruh derang buat casing untuk litar tu. Oh, projek aku tu simple je hihihi. Aku buat led lip lap dengan bunyi ala2 R2D2 starwars gitu. Lip lap tu follow bunyi tu la. Alaaa macam kat radio kete tu. Hahaha Apa r2d2 tu pun aku tak tau, suka suki je buat projek bunyik dia. Ekceli buku yang aku jumpa litar tu yang cakap cenggitu huhuhu.
Beberapa hari sebelum present, aku jumpa derang dan kami test la litar tersebut. Led tu lip lap, tapi bunyi tu tak berapa macam nak bunyik r2d2 pun. Eh, macamana bunyik r2d2 tu sebenarnya? hahaha... Dan yang aku kecewa sangat ialah, aku ingat, bila aku suh buat casing tu, dia buat lah guna benda yang keras ke, macam acrylic sheet tu ker. Ini, tah, dia guna kotak kasut ke haper tah. Bayangkan, macamana kalau aku suruh buat bentuk r2d2 tu? Pengsan!
Tiba hari presentation, panel kami adalah monsters. Kenangan pahit, mimpi ngeri jadi kenyataan, segala yang terburuk lah. Dah tentu aku sorang je yang tahu pasal litar tu, so aku sorang je lah yang bercakap dan menjawab. Aku ingat, lulus pun dah kira bagus dah. Tak sanggup aku nak ingat.
Bila sekarang ni aku pulak yang jadi penyelia projek budak, aku faham sangat bila derang tak sehaluan dalam kumpulan. Bila kiter sorang buat, kawan kiter tengok je. Bila group member bukan geng bas sekolah kiter. At least tempat aku ni kecik, tetiap ari jumpa. Kalau macam aku yang 'nak jumpa kalau ada jodoh jer', caner???
Dan bila buat projek degree, aku buat software jer. Bayangkan, dari aku tak tau sepatah haram, dengar pun tak pernah, Visualbasic dan MSAccess, tetiba aku boleh buat sebuah sistem. Tak tau lah kat mana kaitannya dengan apa yang aku belajar selama ni. Langsung takde kena mengena. Tapi bila mengenangkan projek diploma, dengar starwars pun aku fobia.
Haih...
1 komen:
horrornyeeeee
Post a Comment