Syukur Alhamdulillah...
Ramadhan tahun ini sangat berbeza bagi diriku (bahasa pun sopan hihihi). Banyak urusan hidupku seakan dipermudahkan. Sampaikan bila dah hujung2 puasa gini, aku leh rasa tak cukup pulak. Selalu tu, biarlah cepat abis puasa ni. Tak sabar nak makan siang. Kali ni, kalau boleh, biarlah lama lagi. Jadi, mari aku senaraikan senarai kesyukuran ku...
1. Setakat ni tak pernah miss sahur. Dan bangun sahur tanpa rasa malas dan pening. Waktu tak poser pun boleh bangun masak air, buat air untuk suami. Huhuhu ajaib.
2. Perlu ganti puasa kurang sikit berbanding selalu. Syukur, dapat sambut dan insya Allah tutup puasa. Tak sabar nak ganti...
3. Dapat buat terawih dengan senang hati. Selalu tu liat bebenor. Tak mengantuk pulak tu.
4. Dapat buat kuih raya sendiri.
5. Dapat beli kuih sedap yang sama seperti tahun lepas.
6. Dapat bantuan khas kerajaan. Sangat membantuuu...
7. Dapat langsir yang baru lagi. Tak sabar nak pasang hihi... Tapi, tengok langsir tahun lepas, masih cerah, belum kusam pon. Ok, tahun depan kita recycle ek...
8. Dapat berpuasa tanpa rasa lemah longlai lutut gigil dan sebagainya. Cergas jer.
9. Kurang membeli di bazar = rajin masak. Siap boleh cakap, "Penat lah pusing2 bazar ni. Masak kat rumah pun tak penat cenggini."
10. Berjaya buat terawih 20 rakaat, tapi baru 2 kali hihihi. Tu pun buat bila besoknya cuti.
11. Tak mengalami masalah 'angin' semasa terawih. Selalu tu, asal nak pegi terawih je, risau je kalau terbatal wuduk. Pelik jugak. Tak pernah2 perut memberi kerjasama sebegini. Syukur...
12. Dapat makan lebih dari 5 kali bubur lambuk free. Sampai tak larat nak makan.
13. Ekon di surau sangat menyelesakan.
Friday, 3 September 2010
Senarai Kesyukuran Ramadhan 1431H
Hasil karya AyunasiA pada 1:41 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
sama la aku pun rasa Ramadhan kali ni banyak perubahan. selalunya malas jek dan dapat pahala tahan lapar je kot?aku rasa ni kesan baca Solusi jugak, banyak membuka minda dan mengubah cara amalan dari buruk kpd baik.Alhamdulillah. cuma bab perbelanjaan tu,thn ni sempit sikitlah dr tahun lepas.
ya betulll... erkkk tp, lepas ry ni kita smbg sembang lagi ek? bln poser kena kurangkan, takut termengumpat ekekek
Post a Comment