Thursday, 23 September 2010

Raya Marathon 1431H : Episod 4 - Balik Kampung

Hari raya kedua, kami balik kampung di muo. Bertolak lebih kurang jam 11 pagi, melalui kluang, perjalanan adalah lancar. Pada mulanya. Tetapi, bila sampai di kluang, menghala ke ayer hitam, kenderaan mula bergerak perlahan.


Time ni dengar lagu balik kampung...

Balik kampong ooo balik kampong ooo balik kampong... hati girangggg...

Tapi memasing hati sebu jek hahaha. Dah tido bangun tido bangun 3-4 kali pon tak sampai2. Time ni lah juga, kuar ayat...

Ni kalau naik mootor dah lama sampai...

Kalau boleh kete tu nak ditransform jadi motor. Tapi lepas dah tak jem, takmo dah naik motor. Panas.

Bila dah macam ni, mula la timbul idea2 mencari jalan alternatif. Roger2 orang di jalan bp, pon sesak di tengah bandar. Jadi, kami masuk ke jalan yong peng. Oh tidak!!! Silap perhitungan. Terlupa bahawa di yong peng ada exit plus hiway. Jammed di ayer hitam ni pun sebab exit plus hiway. Maka, kami tersekat lagi di yong peng. Dah lepas tu, sangkut lagi di parit yani. Kemudian di parit sul0ng. Sampai di kampung lebih kurang jam 4 petang. Kalau tak jammed tu, sempat pergi balik dah.

Dan akibat jem juga, kami terpisah dengan kete yang dinaiki pil. Fil cakap nak ikut jalan olak batu (kat banting ada olak lempit ek? olak tu apa ek?). Tapi kami tak tau. Derang pon sesat2.

Tak lama kat rumah nenek, lepas asar terus ke rumah mak long. Jumpa pil pon kat umah mak long. Lepas maghrib, ke rumah kak long idah. Sepelaung jek.




Sementara kami di rumah kak long, mak long siapkan dinner untuk kami. Baik punya anak buah. Mula2 mak long tanya, nak makan dulu ke, nak pegi rumah kak long dulu? Anak buah yang baik ni boleh cakap, kami pergi rumah kak long lah. Sementara tu, boleh la mak long siap2 kan makanan. Boleh?


Lauk simple jer, tapi sedappp. Tambah pulak ada sambal belacan siap ngan kulit limau sekali masuk. Boleh nanges...

Budak bertiga ni tengah kemaruk tudung syria. Aku try pakai, pelik giler. Macam alien.

Abis makan, kami terus balik paghit ghaje, sementara pil sekereta gi umah nenek dulu. Tak sampai sejam kemudian, ngah pulak sampai dari kontan. Time pil sampai aku dah zzz...

Oh, rumah ku syurga ku...

0 komen: