Dalam perbualan aku dengan encik suami sehari2, selalu juga aku bercerita tentang apa yang aku baca dalam blog orang. Dan selalunya, sebelum nak cerita tu, aku akan bagi kredit dulu (ke, disclaimer ek?), seperti berikut:
Abang, ada blogger tu kan, dia cakap blablabla...
Dan ada ketikanya, ia berbunyi seperti ini:
Abang, kawan blogger ayang kan, dia cakap blablabla...
Dan kekadang tu, sekali sekala, ia jadi cenggini pulak:
Abang, kawan ayang kan, dia cakap blablabla...
Apa bezanya ketiga2 ayat ini? Haaa yang pertama tu, aku gelarkan dia ‘blogger’. Yang kedua tu, ‘kawan blogger’ dan yang ketiga pulak, ‘kawan’. Ketiga2nya berbeza tempat dalam hati ku.
Barang siapa yang bergelar blogger, bermakna, aku tak pernah interact dengan dia. Tak semestinya aku jadi follower, tapi aku sentiasa baca blog dia. Ada sesetengah tu, aku komen2 lebih kurang, and that’s it. Hubungan hanya berlandaskan kau-aku blogger.
Kalau kategori kedua plak, ada gelaran kawan di depan blogger itu. Ini bermakna, selain membaca blognya, aku juga berinteraksi melalui ym, contohnya. Kira pernah sembang2 gitu. Tak kisah lah, sekali sekala pon, yang penting pernah berhuhahuha. Kadang tu bukannya sembang sebagai kawan pon. Mungkin tentang isu yang dibangkitkan dalam entry. Tak pon, masa musim2 pindah rumah tu, citer pasal rumah. Namun berjumpa, belum pernah lagi. Tak tau la bila nak pernahnya. Aku ni pemalu ler. Kang dah jumpa, aku senyap jek, terus orang takmo kawan dan dicop pulak, blogger sombong. Perlu ker jadi blogger mesti peramah?
Ye lah, kadang tu, aku pon terfikir, blog2 yang aku baca tu, seolah2 membayangkan blogger nya seorang yang hepi2, peramah2, sweet2, becok2. Best nyer, kan? Best apa, jadi peramah. Semua orang suka kawan ngan orang peramah, kan? Senang nak sembang. Tah, kenapa ek aku rasa, jadi seorang yang peramah ni banyak kelebihan? Tapi, terlebih peramah pon ada keburukannya. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Kalo kata dalam blog, bleh jugak tukar balik published entry jadik draf, kan? Kehkehkeh macam biasa buat jek?. Eh, aku sedang bercakap pasal peramah yang betul2 pakai mulut nih. Tapi betul lah, mulut orang peramah pon kadang kiter takleh tahan jugak. Ok, aku bersyukur kerana aku kurang berkata2 dengan mulut ku. Kurang sket dosa mulut. Tapi divert kan dosa tu ker jari pulak hehehe.
Berbalik kepada sifat2 blogger di blog dan di alam realiti, sesungguhnya aku adalah tidak percaya sangat persamaan antara keduanya. Hanya kerana aku adalah buktinya. Peramah di blog, tetapi pendiam di alam realiti. Alaaa aku tau lah, memang ada yang sama, tapi don’t judge the bloggers by their blog. Apatah lagi nak judge by their blog layout/template eh hihihi. Okey, enough with the mengeradau.
Kategori ketiga pula ialah kawan yang juga blogger. Ni biasanya kawan yang tetiba ada blog. Jadi lah, kawan sajer. Tak perlu tau dia blogger atau tidak. Biasanya jugak, aku akan sebut nama je terus. Tapi ada juga kategori 2 yang aku sebut je nama, otomatik dan sedia maklum bahawa dia adalah kawan blogger.
Kalau pun mereka2 ini tidak mengiktiraf diriku sebagai kawan mereka, well, aku tak kisah langsung ok. Ye lah, ramai lagi orang yang derang nak jadikan kawan, kan. Siapa lah aku. Huh! Tiba2 nak emo kenapa? Tak, aku tak kecik ati pon. Blogger tetap blogger. Kalau boleh bertukar menjadi kawan, maknanya jodoh kuat la tuh. Biar lah tak mendapat untung, asalkan tak rugi. Strimiks tetap bayar namploh hengget gak setiap bulan, kan? Ke ada diskaun 50% untuk setiap blogger yang ada 100 follower? Selagi tidak, teruskan lah seperti biasa. Aku menulis bukan kerna nama...
Dah, apa motip entry ini? Sajer, bermesra2ngan korang, my frennn.
4 komen:
salam ayu..
memang ramai yang kita tak kenal pun penulisnya kan..tapi..walaupun akak tak kenal..hari2 suka baca..walaupun tak kome..asal ada n3 baru je baca..minat membaca..tak bolih nak buat ape dah..
erna: betul tu. kiter follow dia bukan sebab minat kat org tu ke hape. kdg tu meluat, tp bc jugak sebab, saje nak tau gaya hidup manusia yg berbeza2. yang baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.
aku masuk kategori mana?
hehehehe
perasan mcm kategori kedua tu :P
ana: ya betulll! jemput masuk...
Post a Comment