Hari khamis malam jumaat (perlu ke tulis malam jumaat ni tah?) yang lepas, aku picit2 butang asterok. Cam biasa, sebelum tido, aku suka bukak tivi. Suka perasaan tertido sambil tengok tivi itu. Tak sama dengan tutup mata dan buat2 tido hingga tertido, yea. Aku pon tengok ar info2. Macam biasa, stesen tivi ni memang pakat2 tayang program tak best pada malam jumaat bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia ini merealisasikan misi malam jumaat itu huhuhu.
Dah takde sangat cerita, aku pon bukak tivi 2. Aik? Kat info cakap, Waris. Aku rasa waris tu cite waris jari antu versi drama, kan? Tapi, kenapa nampak macam jangan pandang belakang pulak? Kerrr waris tu ialah jangan pandang belakang versi drama? Tak kot, sebab dalam waris tu ada rushdi ramly. Mana pulak datang piere cardin dalam ini drama, ek? Time aku tengok tu tengah scene piere cardin tu gi umah tunang dia dan menambil labu sayong comel berisi antu itu. Sah! JPB.
Aku pon tengok lah citer tu buat ke sekian kalinya. Kali ke berapa ek? Ada 10 kot. Dah, asterok salu sangat tayang citer tu. Aku pulak, dalam takut2 tu, tengok jugak. Makin lama tengok, makin hilang la rasa takut tu. Dia takut bab terkejut2 jek. Aku kan kalo terkejut akan membaca ta’auz. Maka, terlindung lah aku dari syaiton yang direjam.
Selepas terasa macam dah tak terfollow je citer tu (yang juga bermakna aku dah mamai2 nak tido), sempat lah aku berfikir, nak biarkan je tivi terpasang, atau tutup. Kalo ikut kebiasaan, memang aku biar je tivi tu mati sendiri. Tapi, my second thought mengatakan, aku ni tido sambil tengok tivi citer hantu. Kang mimpi hantu plak, kan ke susah tu. Kan, biasanya dalam mimpi, kita selalu sangat susah nak lari dari hantu, kan? Erkkk ke aku je ek? Iyerrr salu gitu. Penat2 lari pon hantu tu tetap lah menghampiri. Tinggal tak kena cekik jek. Jadi, aku pon cecepat tutup tivi hihihi. Takut mimpi hantu jpb hihihi.
p/s Pernah dengar tak, kalo kita nak senang lari atau berlari pantas dalam mimpi, jangan bengkok kan kaki atau mengerekot semasa tido. Dengan berkaki lurus, larian kita dalam mimpi akan menjadi laju. Tapi, cemana nak tau kiter bengkok ke tegak dalam tido, kan? Tido dalam pasungan? Hahahaha ajaran sesat mana yang aku dengar ni tah.
0 komen:
Post a Comment