Alerrrr aku silap crop gambo tu semalam. Patut aku tak tunjuk bentuk curve tu ek?
Wah wah! Macam nak masuk uji bakat ment0r musim ke 4 kekdahnya. Kalau sesiapa ingat, dulu, masa aku beli dvd player, spesifikasi aku mestilah yang ada 2 port microphone. Senang aku nak berduet duetan.
Selepas lebih 2 tahun, baru2 ni, aku telah membeli 2 keping dvd mtv karaoke seperti gambar di bawah. Semangat uolsss aku nak mengasah bakat. Alah, bukannya aku nyanyi kuat2 nak suh jiran tetangga undi pon. Saje nak panggil hujan. Sekarang ni kan musim panas. Parit lap1s sempadan pon dah nak kering aku tengok. Tapi, tak hujan pon? Adakah suaraku semerdu ct nurhalija?
Sebelum ni aku dah ada vcd uks + fotograph + ekamattra + mei. Naik bosan aku, balik2 lagu tu jek. Eh, baru aku perasan, kat tepi tu dia tulis 'balda', bukan balada. Ada jugak orang nak beli ek.
Yang ct tu punya pulak, semua lagu best2 dari album first lagi. Masa mula2 beli aritu, aku try la guna mic yang ada. Asalnya ada 2 mic. Satu dah kong pada usia tak sampai 3 bulan kot. Tinggal lah satu. Bila dah test tu, aku pon cuba la menyanyi. Alahaiii bukan sahaja mic dah tak berfungsi, suara penyanyi pon takleh buang. Camno?
Kalo vcd lain tu, aku tukar je 'audio' pada remote controller dvd player tu 'right' atau 'left' untuk hilangkan suara. Ni? takde pon function tuh. Alerrr rugi je duet doblas hengget.
Satu hari, aku dapat ilham. Try adjust kat tv plak. Sama la jugak, adjust kat balance left/right. Memang ler biler ditutup belah kiri tu, suaranya makin slow, tapi tak abis. Masih lagi sayup2 kedengaran suara ct. Nak test, mic pon rosak. Maka, lupakan saja lah.
Pagi semalam, aku keluar ngan encik hairul. Urusan perbankan. Sambil2 tu, kami singgah kat kedai alfa. Kedai elektronik. Cari benda lain, tapi encik hairul laaa ringan mulut, tanya mic. Terus tokey tu tunjuk macam2 jenis mic. Ye lah, kedai tu jual gak pa system kan. Mestilah mic2 standard menyanyi di atas pentas pon ada. Kalo yang jual kat jasko tu memang la standard nyanyi karaoke kan. Last2, aku ambik yang paling murah. Murah la, bagi kategori tu. wayar panjang, berat, connector pon besi, ada diamond2 kat pemegang (tak tak), tak macam yang aku beli kat destor tu, plastik je. Siap test nyanyi lagu di sana menanti di sini menunggu lagi aku kat kedai yang sempit tu. Hehehe tipu la. Takat testing2 wantutri je le. Gilo ko opo?
Balik2 je semalam, diselang seli dengan menengok wadi unung, aku pon belasah nyanyi lagu tema wadi unung tu hihi. Best nyer mic niiiiiiiiiii. Jauh beza betul ngan mic murah tu. Ok, pasni, kalo hujan tiba2 kat parit raja tu, tau lah ek, sebab apa.
Aritu makan mee kari kot, kat oldt0wn kopiputeh tu, sedap. Tapi laksa dia tak sedap. Jadi, ingat kat sikret resepi pon sedap la jugak kot. Sekalinyer, ermmm biasa2 ajer. Dok tera dok tahu.
Tetiba teringin makan benda ni semasa hari pemakaman sultan ku. Tapi kali ni try yang ayam. Ok, lain kali makan yang beef yea. Ayam tak berapa sedap.
Pengajaran buat pekerja sikret resepi. Lain kali, sila repeat apa yang orang order ek. Akibatnya, instead of epal kasturi, aku dapat epal celeri. 2-2 pon hujungnyer 'ri'. Aku ingat dia lupa campak asam boi tu ke dalam. Masa aku mintak tukar, dia cakap, yang kat gambar tu epal celeri. Tak, saya tak tunjuk gambar, saya cakap epal kasturi. Huhuhu mesti dia ingat aku main order je apa yang aku nampak dalam gambar ek.
Pasni dah takde alasan panas atau gelap di porch ini. 4 bijik downlight lagi aku taruk.
Gambar semalam, sebelum menyanyi lagu ct nurhalija. Macam af la. Kan sebelum konsert derang posing2 ambik gambar untuk majalah aksi dulu hihihi.
Sekian. Takde idea.
Thursday, 11 February 2010
Mikrofon dan Lain-lain
Hasil karya AyunasiA pada 3:03 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment