Tuesday, 2 February 2010

Tentang PD

Nasib baik laaa aku bukak email tu selepas balik dari pd. Kalo sebelum agaknya, ada aku tak kuar berjalan2 di tepi lagoon itu selama2nya. Email pasal apa? Tah, bila tah kawan aku tu anto email tu. Dah lama rasanya. Memang dia jenis forward2 email ni. Isi kandungan email tu menceritakan pengalaman seorang pengunjung pantai/lagoon di c0rus paradise yang aku stay aritu. Menurut ceritanya, erkkk saper tah saudara beliau kot telah digigit sesuatu ketika bermandi manda di pantai itu!!! Dan menurut dakwaan beliau, sesuatu itu adalah buaya. Wowiii! Buaya di tepi pantai kooo.


Ceritanya lagi, memula anak dia mandi2, kendian macam ada something menarik dia ke tengah, tapi berjaya diselamatkan. Penunggu kah? Kendian baru la orang dewasa tersebut tadi pulak. Bukan setakat ditarik, malah terus digeget di kaki!!! Siap tunjuk lagi gambo kaki beliau yang sudah rupa molot buaya itu. Rabak gitu. Ngeri uolsss. Kesimpulannya, aku selamat. Memang takde cecita pon nak mandi laut. Takut sunburn. Aku adalah serik mandi laut. Last rasanya time kat pulau redang kot. Masalah aku kalo mandi laut, bukan sahaja sunburn, tetapi juga gatal2. Gatal2 itu wujud apabila aku mengalami kesejukan melampau. Tah, alergik kot. Sibbaik kena ekon tak alergik.

Okeh, kenapa aku ke pd? Saje mengikot suami ku ke mana saja beliau berada. Oleh kerana program bermula jam 8.30 malam, kami pon plan untuk bertolak terus dari tempat kerja ku. Sebab tu lah jumaat pagi tu encik hairul menghantar ku ke tempat kerja. Bukan aku saje ngengada nak menyusah kan dia okeh. Untuk maklumat, aku bukan lah suka sangat duduk di kerusi penumpang itu apabila pemandunya ialah encik hairul itu kerana pemanduannya beliau boleh membuatkan aku hangin satu badan. Boleh bikin gadoh wooo. Dah la gi keje tu pon kekadang stress kan. Jangan la ditambah stress2 lain pulak. So, better la pegi sendiri.

Jadi, petang itu, tepat jam 5pm, kami pun terus menuju ke pd. Ikut tol pag0h. Singgah dulu pasar malam kampung muh1bah dekat pesera1. Beli sedikit hayam goreng, Lapooo tak lunch tadik. On the way, isi minyak kat ayer ker0h.

Sampai di c0rus, dah pukul 8pm. Terus makan. Makan sket je sebab dah kenyang makan burung puyuh goreng yang dibeli di pasar malam.

Esok pagi2, lepas sarap, aku terus menghabiskan menela'ah buku saya pon melayu itu. Ermmm seronok gak baca. Especially part zaman kanak beliau, sehingga lah beliau menjadi menteri. Kepada beliau, saya ucapkan, saya ponnn melayu jugak! Atau mungkin boleh ditambah di belakang nya, 'tapi, ...' Sila sambung sendiri.

Abis baca, dah dekat tengahari. Sempat ler melelapkan mata sekejap. Tak lama aku melayan mimpi, encik hairul dah koling2 ajak makan. Selesai makan, kami terus keluar ke pekan pd. Ehhh nama jer majelis perbandaran, tapi bandarnya serupa pekan parit raja ni jek. Tujuannya nak mencari kabel internet. Mintak kat pihak hotel, dah habis katanya. Orang b.ti.n ramai guna. Apa la kedekut bebeno. Dah tau satu bilik ada 1 port, sediakan lah satu kabel untuk setiap bilik ek? Kalo tak nak tinggal kabel tu kat bilik pon takpe, asal kan cukup. Takkan la satu bilik nak pakai 2 kabel pulak, kan? Heee nggak ngertik gue. Ok, takyah salahkan mereka. Salahkan diri sendiri yang takde berukband. Sekurang2nya, dengan ketiadaan kotak biru itu, kurang dosa gue dalam aspek mengutuk berukband, kan? Tolong tokok tambah ada la sesikit kot hehe.

Selesai membeli, balik bilik tanpa perlu disuruh, aku pon terus menerai. Hampagas! Tak bleh pon? Maka, aku layan blog je la. Camne bleh layan blog plak? Dahhh, sebelum balik keje aritu aku dah open blog2 yang aku nak baca. Boleh la bukak. Tak abis gak baca.

Petang, encik hairul balik, try laptop beliau. Boleh pulak? Dusyum! Suka!

Petang tu juga kami berjalan2 di pantai. Kendian, konon nak pegi teluk kemang. Tengah jalan, nampak pasar malam. Terus singgah. Tak beli apa pon. Tudung je selai. Balik, terus siap pegi bbq pulak. Tak banyak sangat pilihan, tapi, boleh lah. Syukur.

Selesai makan, encik hairul sambung keje. Aku pulak, pulun layan blog. Tak sempat ler nak wat entry.

Ahad tinggal nak check out je. Program yang sepatutnya pagi tu dah di bawak ke malam tadi. Lebih kurang jam 12pm, kami pon makan dan check out. Balik tu, kami lalu jalan linggi. Best! Takde kete. Kendian terus kuar kat simpang ampat dan lalu la lebuh amj. Kalo nak balik terus, boleh je aku kuar tol simpang 4 itu. Tapi niatnya nak pegi maidin, tu yang redah je semua. Oh, jasko yang meletup aritu nak dibukak jumaat ni ek? Sempena besdei sencik hairul :).

Lama jugak kami di maidin. Lama ker? Dari kul 2-5.30 kot. Dari maidin, kami lalu jalan dalam je. Dia memang gitu. Kalo ngan aku, selalu mengamalkan dasar berjimat cermat dan menyakit kan pinggang aku (baca: tak lalu hiway). Cuba kalo... selagi boleh, mesti cari jalan tercepat terpantas dan lurus walo pon terpaksa mengorbankan wang sendiri. Ni, boleh claim pon kedukut :P

Sampai di rumah lebih kurang jam 7.30pm. Huh! Baju tak iron lagik!

2 komen:

catz said...

pernah duk hotel ni lama dulu..6 tahun lepas...dan pernah juga berbuka puasa di situ..kenangan horor nya bukan dgn buaya..tapi dgn cik lipas.
ihiks.
dah abih makan tempura kot, tetiba nampak anak lipas yg digoreng garing di celah terung tempura ku..
and..panggil waitress..tunjuk dia..mmg sah seekor anak lipas yg kecil, garing dan sempurna bentuknya.
nasib masa tuh dah kenyang buntang.
akibatnya..saya makan free..tak yah bayar..heheheh!

AyunasiA said...

uiks, mesti byk khasiat tu. mcm zoo plak dah tmpt ni hihi.