Balik raya ciner itu ari, aku korek2 lemari dan terjumpa benda ini. Apa ke benda ni ek? Ini ialah kad hari raya dalam bentuk buku. Aku pon ingat2 lupa pasal buku ni. Aku ker yang beli?
Regenya ialah $1.oo. Bukan dollar, pound atau pun euro. Masa tu belum ada simbol RM lagik. Tengok pada tahun nya pulak, hakcipta terpelihara 1989. Maknanya aku darjah 5. So, logik la kalo aku yang beli sebab aku sorang je yang sekolah rendah lagi time tu kan. Terdapat 26 judul dalam siri ini, tapi semuanya kisah Rasulullah s.a.w. Kebetulan, sesuai jugak lah entry aku ni dengan hari ini.
Judul yang aku beli ni ialah judul ke-9. Setelah ku baca, rupanya kisah tentang nabi semasa kecil, di bawah jagaan ibu susuan baginda, Halimatussa'adiah. Antara kisahnya, nabi pernah hilang.
Siapa yang ada simpan satu set 26 judul ek?
0 komen:
Post a Comment