BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 12 May 2011

Musim Panas

Masa nak masuk rumah dulu, ada orang tengok aku pasang kipas angin panasonik paling murah (rm108 harga masa tu), derang tanya, mana remote control kipas? Siot je. Sebab derang semua (kebanyakan la, takde la semua rumah aku check 1-1) pasang kipas angin siap remote control. Yang rege 2-3 ratus satu tu. Fuiyoh! Canggih tu. Tak mampu aku. Kalau satu rumah ada 6/7 biji kipas, tak ke beribu2 jugak tu? Kipas aku murah je.

Tapi aku pasang 2 biji ekon. Derang kata pulak, aku banyak duit. Dia tak tau aku kuar duit kwspi tu. Eh, tak. Duit kwspi aku guna untuk pasang dapo. Ekon tu dari hasil encik suami berulang-alik bp-shah alam selama 3 bulan.

Tapi hakikatnya bukan begitu. Duit aku tak banyak pon. Kalau duit ekon tu aku pasang cornice, boleh cover satu rumah agaknya. Tapi orang lain dulu kan cornice. Biar takde ekon, asalkan bila dongak tu tak nampak siling petak2. Aku kata, cornice tak penting bang... (masa tu dia pon nak cornice jugak). Abang tak nak ke merasa siling tu? Belum bayo pon sekeping siling tu, kita dah nak pecah kan. Katanya kalau pasang time dah duduk, kotor rumah. Berhabuk dan gatal. Mereka pentingkan rumah yang cantik. Sama la dengan cat. Mula2 tu aku tak cat seluruh rumah. Sebab aku rasa sampai sekarang pun harga cat tu kami tak bayar lagi. Sayangnya. Tapi, mereka tak tahu satu fakta penting. Yang perlu diambil kira sebelum pecah siling pasang cornice. Sebelum nak beli kipas remote control. Kalau yang memang mampu pasang semua sekali ngan ekon takpe la kan.

Fakta yang aku tau sebab aku dah terlebih dulu menyewa di situ. Yang rumahnya sebijik sebijon dengan rumah itu. Fakta itu ialah suhu dalam rumah tu adalah PANAS!

Aku cakap begitu sebab rumah sewa aku kat bukitperdana dulu pun tak sepanas tu. Ini bukan soal banyak duit atau kurang duit. Bukan juga soal musim kemarau elnino lanina ke miznina ke. Kalau kurang duit pun aku sanggup tak beli sofa dan katil demi nak membeli ekon tu. Apa guna katil dan tilam empuk kalau tido berpeluh2?

Time musim hujan atau musim biasa boleh la tahan lagi (aku tak tahan weiii). Tapi bila tiba bulan 3, 4, 5, bukan buah pelam harum manis je yang masak, telur pun boleh jadi separuh masak kalau direndam dalam air tangki rumah aku tu. Yang untungnya sekarang ialah tokei layenmas, kotmemot, senkiu, hoeheng (kedai fevret ku) dan kedai alat elektrik seribp yang terbako kat seng'garang aritu tapi sempat la kot orang beli seketul dua ekon dia seminggu dua sebelum tu.

Eh, aku ni mula la nak nostalgia. Masa aku beli ekon tu dulu, kunci pun tak dapat lagi. Cumanya dah tau dah dapat cf dan mr loh pemaju taman dah mintak deposit api air, tanda2 dekat nak dapat kunci la tu. Bulan 6 2008 kalau tak salah. Sebab bulan 6 tahun itulah berlakunya harga minyak naik sampai rm2.70. Ingat tak? Beberapa minggu lepas kami order tu, harga ekon pun naik sama. Sekarang ni ekon inverter dah murah. Untung lah saper yang baru beli. Siap ada ciri2 tambahan lagi. Masa aku beli dulu, itu lah yang terlatest. Belum ada eco apa tah lagi. Tapi yang penting aku tak perlu melalui saat2 hangat itu.

Tapi jangan risau. Aku dengar kaji cuaca cakap, minggu depan dah ok dah. Bukan lah turun salji. Tapi takde dah panas melampau ni. Ni pun kira lebih baik daripada tahun lepas yang 2 bulan air kena catu tu. Panas2 pun sesekali hujan turun jugak sikit. Kalau tak hujan, takkan lah kete aku boleh bercapuk pulak? Ni kalau berita kaji cuaca, cakap cuaca baik ke tak ni?

p/s syukur lah rumah di kampung, tak pasang kipas pun masih kena selubung dalam selimut. takde masalah mengada2 kat kampung tak boleh tido sebab panas :P

2 komen:

catz said...

malaysia adalah panas nok...so memasang econ di dlm rumah adalah keperluan asas. if not mak menggelupur tak boleh tidor dan tgk tv. mentel tak ai.kehh..kalau boleh rumah mak aku pun aku nak buh ekon sobabnya panasssssss...keh..poyo.
so kesimpulan, ekon dirumah adalah lebih penting dari henbeg coach, lebih penting dari segala cornice sebab kita bukan nak tidur kat siling. kita akan sleep atas katil empuk dgn iringan ekon yg sejuk2 tuh....kihkihkih..bernas tak pendapat aku.hehehhe

AyunasiA said...

bernas bernas. bp ni mmg panas la. tak mcm kota. sejuk je.