Monday 9 May 2011

Tudung C-ria

Semalam aku membeli semeter kain jersi kat nag0ya. Asalnya ingat nak beli tudung syria je. Nak guna yang luar tu untuk dipakai semasa solat. Biasanya kan telekung agak jarang. Nak pakai tudung berawning kang, terkelepet awning nya. So, niatnya nak buat mini tudung je lah, yang melekap kat kepala macam tudung syria tu. Tengok kat kedai, paling murah pun rm10 sepasang. Tu jenis tepinya jahit tepi halus. Kalau jahit interlock, rm15. Aku pulak memang takkan pakai tudung syria tu waktu2 biasa. Sebab aku dah try dan muka dan kepala aku memang tak sehsuai. Petak macam spongebob square pant hehehe. Tu yang aku ingat nak buat sendiri je. Nampak gaya macam senang.

Maka hari ni, aku pun menerai membuatnya. Ikut pola tudung Asiani dulu. Cuma takde awning je. Dengan semeter tu, aku boleh dapat 3 helai tudung. Kalau rege kainnya rm13.45, maknanya kos sehelai ialah rm4.73 lah lebih kurang. Campur benang sikit, dalam seposen. Upah jahit 2 posen. Kira rm5 je lah senang citer. Dan yang bestnya, selepas dipotong, tak sampai 5 minit sehelai, tempoh menjahit (cantum dan jahit tepi) sehelai tudung itu ialah 5 minit sahaja! Pendek kata, dalam setengah jam sahaja, aku dapat menyiapkan 3 helai bahagian luar tudung syria jenis jahit tepi halus! Kalau campur inner nya yang petak je tu, aku tambah 10 minit je lah untuk 3 helai. Bermakna, untuk 3 helai tudung syria, aku hanya memerlukan rm15 dan masa 40 minit sahaja!

Errr apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ek? Kiranya murah la kos membuat tudung syria tu. Itu je hehehe. Pa'akal aku tak geti pakai. Kalau ya, sudah lama ku buat.

0 komen: