Aku pernah jadi peminat ct nurhalija. Pernah juga jadi peminat mawie. Sepanjang menjadi peminat ct, aku pernah pegi konsert ct di bukit jalil pada tahun 2001. Tu kira paling yo yo o la. Sepanjang menjadi peminat mawie pula, aku pernah pegi ke rumah terbuka hari raya dia pada tahun 2005. Pendek kata, tak de lah aku minat sampai ke mana dia pergi pon aku ikut. Bila difikir2kan balik, apa lah pekdah yang aku dapat ek? Lagha sungguh la hai.
Sejak akhir tahun lepas pula, aku mula menjadi peminat ustaz kaz1m elias. Pelik tak? Bermula dari video bertajuk hukum menyanyi kat fb, membawa ke video2 kat utube, sehinggalah kini aku menjadi pengumpul cd dan vcd dia pula. Sibbaik senang jumpa cd tu kat pasar malam get air setiap jumaat.
Tiba2, minggu lepas, aku terbaca di fb, dia akan datang ke johor hujung minggu ini. Aku peratikan jadual dia dan terus mengatur jadual aku pula. Hari sabtu keje sampai pukul 3.30 (sebab ikut jadual hari jumaat) dan kami terus bertolak ke jb. Sampai di pulaiindah, solat asar dan terus ke tapak eksp0 pendidikan sempena mengutip dana pembinaan masjid taman tersebut. Ceramah bab anak2 kot. Tak tau tajuk. Habis ceramah, terjumpa apaii adik kak ani. Dia berniaga buku agama.
Dari sana, kami terus ke tampoi, makan dan maghrib di damansaraaliff. Sedap jugak mee rebus tulang kat situ. Kendian kami bergerak ke perling pulak. Ada sambutan maulud nabi kat surau. Ceramah start pun dekat pukul 10. Ada bacaan al-Quran oleh 2 orang budak cacat penglihatan. Nak nangis rasa. Tajuk ceramah kat sana, kesempitan hidup. Habis ceramah dekat2 pukul 12 tengah malam. Dan kami pun balik. Penat giler!
Pagi besok nya pulak, seawal jam 8 pagi, kami dah bertolak ke jb lagi. Tak tak. Bukan nak dengar ceramah. Belah siang ni ustaz ceramah di singapore. Eh, kalo kiter nak pegi singapore je pun kena mohon gak ker? Leceh ler kan, nak tunggu sebulan baru diluluskan. Ker boleh, tapi kalo mati kira mati katak? Tak berani lah pulak aku.
Habis kursus, kami ke pasir gudang. Ada ekspo pendidikan jugak kat sana. Cumanya kali ni encik suami ada keje kat situ. Dari sana, kami ke jasko. Sayang nyer... terpaksa membuang masa.
Lepas asar, kami terus ke pandan. Ooo best jugak tempat tu. Macam2 ada. Ada satu kejadian kat situ. Tengah jalan2 kat situ, aku suh encik suami pegang henbeg. Sekali, kami terpisah. Aku terlupa yang henfon aku kat dalam henbeg. Sebelum tu masa kat jasko pon terjadi juga, tapi henfon aku ada dalam poket suar. Dah nak nangis dah ni. Aku pun terus pergi ke tengah2. Huuu malunya kalau terpaksa wat announcement isteri hilang. Tak lama tu, encik suami pun muncul. Mujur lah ada deria keenam. Instinct. Dia pun tergerak hati nak tunggu kat tengah tu.
Lepas maghrib, kami terus cari tempat duduk. Kali ni ada kerusi. Semalam aku duduk bawah, sekejap lipat ke kiri sekejap lipat ke kanan. Aturcara kat sini pun lebih kurang sama. Ada budak buta tu lagi.
Ceramah kali ni tajuk perniagaan. Kalau nak dibandingkan, ceramah yang ni lagi best dari semalam. Tak terasa masa berlalu. Habis ceramah pun dekat2 pukul 12. Terus balik. Penat giler babun!
Ceramah kali ni tajuk perniagaan. Kalau nak dibandingkan, ceramah yang ni lagi best dari semalam. Tak terasa masa berlalu. Habis ceramah pun dekat2 pukul 12. Terus balik. Penat giler babun!
Besok nya pulak, ada ceramah terakhir kat pasir gudang. Kat lokasi ekspo pendidikan semalam
tu. Tak. Aku dah tak larat. Beli cd je lah nanti.
tu. Tak. Aku dah tak larat. Beli cd je lah nanti.
3 komen:
salam, ni mee rebus tulang kat mana ni? air liur ke menjejes tgk.pliss...alamat lokasi, landmark dan segala berkaitan pelisss..
salam,
kat damansaraaliff. kalau dari angsana/bbu, pergi hala ke tampoi (tampoi ke yg ada kilang epson, venture tu?). tak jauh dr bbu tu. sampai kat damansaraaliff tu akan nampak surau belah kiri ngan lot2 kedai. masuk ke area kedai tu. pusing la carik restoran yg ada tulis mee rebus tulang (lupa la nama kedainya. A&Z ke haper tah kot). tak banyak kedai pon. komfem tak sesat.
haaa nah! siap alamat lagi.
zz sup tulang
Jln Medan Aliff Harmoni 1/1, Tmn Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor
Post a Comment