Beberapa ari yang lepas, aku baca berita bahawa Kiefer Sutherland aka Jack Bauer dijatuhkan hukuman penjara erkkk berapa lama ek? Lupa lah. Atas tuduhan memandu dengan pengaruh alkohol. Baru je dia kena hukuman tu. Sepatutnya 24 season 7 dah aired kat sana bulan Januari ni, tapi oleh kerana derang baru 30% je shooting, terpaksa lah postponed tayangan tu. Kalau dah kat sana pon tak tayang, maknanya memang tahun ni takde la sequel 24 yang boleh aku kumpul. Sedey ar cenggini. Sape suh dia mabuk2 bawak kete kan? Suh ar kawan dia yang tak mabuk yang drive. Eee dia cakap dia yang tersilap judgement. Dah, kalau dah lalok, camne tak silap. Geram tau Jack ni. Kang tak suka kang. Hihihi. Takde maknanya. Aku suka Jack dalam TV tu, bukan encik Kiefer tu. Umur dia 40 tahun tau. Baya2 Rosyam Noor gitu. Dah kawin tak dia ek? Takde lak cite bini dia bagi komen ke hape. Anggap duda je lah ek. Sukati aku je hehehe.
Sahih. Aku akan mendaftar di Cia8t pada pukul 2pm Isnin depan. Pastu, esok pagi nya baru register kursus tu pulak. Apa maknanya? Maknanya, mungkin lepas masuk hostel aku boleh reunion la ngan kengkawan yang dah lama tak jumpa itu. Mesti banyak benda nak catch up kan. Mana nak sama sembang online ngan face to face kan. Ari Selasa tu juga aku kena submit portfolio kepada jabatan untuk dinilai. Sonang bai tu. Pastu mesti mula kelas sampai ari Rabu. Khamis cuti Maal Hijrah. Bagus betul la. Sampai2 je terus cuti.
Adusss takde idea la pulak. Ermmm nak cite pasal mimpi lah. Aku ada satu mimpi yang bersambung2, tapi aku tak paham. Bila dapat mimpi tu, aku akan mengigau dan bangun pandang keliling. Bila aku dah sedar yang aku dah keluar dari mimpi tu, aku akan sambung tido balik. Selalu lah sangat berlaku cenggitu. Dalam mimpi tu rasanya macam aku terperangkap. So, bila sedar yang aku cuma mimpi, rasa lega gitu. Benda ni bukan berlaku baru ni je. Dah lama dah. Aku pun dah tau dah, aku memang jenis mengigau memalam. Kekadang sampai keluar bilik. Pernah masa kat rumah lama aku hampir2 nak turun tangga. Sibbaik aku tersedar. Bahaya la. Buatnya aku keluar rumah, huhuhu bahaya. Yang paling aku takuti ialah aku terjun tingkap sebab kuarters aku ni takde grill. Aku lak duk tingkat 3. Eee bahaya tul lah. Tapi syukur lah, setakat nih aku lum mimpi terjun tingkap lagi.
Mimpi jadi realiti plak pernah berlaku masa aku nak akil baligh. Hihihi. Seminggu sebelum tu aku mimpi aku dah period. Cam tak caya plak. Pastu aku ada gak dapat tanda2 nak period iaitu aku pitam waktu perhimpunan kat sekolah. Perhimpunan tu ari Ahad, ari Khamis tu aku period pertama. Orang lain camne ek? Mimpi bersalin plak memang selalu gak lah. Best je bersalin tapi tak sakit. Hihihi. Bila la nak jadi realiti plak kan?
Mimpi pakwe lama, ermmm selalu lah jugak. Dalam mimpi tu macam aku diburu dek pakwe tu. Macam ada hutang lak aku kat dia. Tak tau lah kot2 dia tak halal kan plak apa2 yang dia bagi kan. Rasanya salah aku cuma tinggalkan dia tanpa pesan jek. Keskeskes kejam betul bunyi nya. Kena mintak maaf ek? Salah ek? Lantak lah situ. Nama pun mimpi kan. Harap2 dia dah maafkan aku. Alah, bukan nya pakwe bebetul pun. Tahap monyet pun tak sampai lagi. Hihihi.
Mimpi abang, hampir tak pernah. Percaya tak? Entah ek? Pernah ke aku mimpi abang ek? Tak pernah rasanya. Kalau ada pun mungkin jenis mimpi yang kita takleh ingat. Kan kekadang kita ada mimpi tapi tak ingat kan. Cenggitu lah kot. Dulu aku dengo orang cakap kalau dalam mimpi kita takkan nampak jodoh kita. Ye ke? Tapi kalau dah kawin pon takkan takleh buat special appearance sesekali kan? Tah pape tah aku dah mengeradau nih. Ok lah, tu je untuk petang nih. Chow cin cau...
Thursday, 3 January 2008
Jack dan Mimpi
Hasil karya AyunasiA pada 3:33 pm
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment