Tengahari tadi, seperti yang dijanjikan semalam, kami keluar makan ke Mersing. Apa je lah yang ada kat sini kan. Semalam, ada meeting bahagian. Macam tak relevan je kehadiran aku sebab semua bincang pasal rancangan P&P semester depan. Takpe lah. Layan... So, lebih kurang kul 12pm, kami pun kuar dengan satu kereta sahaja. Kami tu 7 orang. Sumbat sumer sekali. Sorang je yang naik kete sendiri sebab dia kuar dulu.
Tujuh orang naik wagon, aku duk belakang sekali
Sampai2 je terus order nasi beriani. Aku, macam biasa la, beriani kambing dengan bandung. Lebih kurang kul 1.15pm, kami pon balik. Sekian. Huhuhu tak best langsung entry ni kan. Dah, nak cite apa ek?
Beriani kambing dengan bandung biasa. Kalo kat BP ni bandung soda
Bandung yangg belum digodak. Abaikan mamat itu
Malam tadi, pertama kali nya aku dapat online dari kuarters dengan low signal strength. Abis tu, nak pakai wired punya ada kat living hall. Aku kat bilik, cuba2 la connect wi-fi. Tak sangka plak ada. Ntah kat mana transmitter dia, tak nampak plak aku. So, sampai dekat kul 12am gak la aku online memblog. Best2.
Aku ni macam tak tahun baru je kan? Langsung takde wish happy new year ke, buat azam baru ke. Ok tak kalau buat tu sumer sekarang? Tak terlambat kan? Tak terlambat langsung pon sebab next week dah tahun baru hijrah pulak. So, aku hold dulu la azam tahun baru ngan wish tu ek. Tunggu minggu depan. Eh, kalau ikut kira2 aku, tahun depan punya new year masihi dan hijrah serentak lah kan? Biasanya tahun hijrah 10 hari kurang. Macam raya tahun lepas2 23/24hb, tahun lepas 13hb. Tahun ni mesti around 3/4hb gitu lah. Hehehe sebenonya aku tak puas ati ni sebab semalam aku tak cuti. First time aku keje kat Johor kan. Tapi takpe, Khamis depan cuti kan. Ermmm derang cite selalunya ari Jumaat dah takde kelas, so, kalau boleh balik, aku balik BP lah kot. Tak patut la pulak kan, baru pegi dah nak balik. Tapi kalau dokumen dah siap, aku kena balik gak untuk sign agreement loan rumah tuh. Abang dah call lawyer ari Isnin, dia cakap dokumen baru sampai, dalam seminggu baru leh siap. So, memang perfect time la kan. Semoga dipermudahkan.
Jumaat malam nanti kami akan convoy ke Nilai. Mulanya abang plan nak naik AH je. Pastu ari Ahad abang balik naik bas, kendian minggu depannya bawak kancil plak, pastu baru tinggalkan kancil kat aku. Tapi aku pulak tak suka la abang naik bas. Dah tentu2 nanti kena turun kat simpang. Kena lak menapak. Memang la tak jauh sangat, tapi satu lagi, nanti tentu abang kena balik tengahari atau awal petang, dah rugi masa. Kalau naik kete kan bleh ikut suka bila nak bertolak kan. Dah puas dah naik bas dulu2 kan. Buat apa nak susah kan diri. So, cadangan aku diterima untuk gerak saing2 nanti. Tapi aku dah terlepas cakap la pulak nak cabut undi. Siapa nak bawak apa? Kancil atau AH? Marilah mari pergi mengundi lalala...
Maharaja Kak Melah : 49823
Wednesday, 2 January 2008
Makan Time
Hasil karya AyunasiA pada 4:05 pm
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment