Opsss aku baru perasan ada benda yang aku lupa nak cite pada hari terakhir aku di Mersing. Adakah aku dah mula rindu pada tempat tuh? Huhuhu. Actually aku dah upload gambo2 ni lama, cuma lupa nak letak kat sini. Almaklum lah... busy la konon tu.
Kisah nya, kat kuarters yang aku duduk tu takde garaj. Ada satu garaj besar, tapi khas untuk kenderaan jabatan sebenarnya. Tapi banyak lah jugak kete2 park kat situ. Kete2 yang jarang kuar. Derang main parking double triple parking je kat situ. Penuh pulak tu. Makanya, sejak dari masuk sana lagi aku ada dengar derang tengah deal tender nak pasang garaj. Tapi sampai ke sudah, tak muncul2 pun garajnya. Pada 3 minggu terakhir aku kat sana aritu, bermula lah kerja memecah divider yang suka sagat AH ku itu. Masa tu aku ingat, mesti lepas raya aji siap lah kan. Tambah pulak aku cuti panjang, mesti balik2 je dah ada garaj. Tapi impian tak jadi nyata. Pada minggu terakhir aku kat sana, tiang dah pacak, tapi bumbung tak pasang lagi. 4 hari aku kat situ, pagi Jumaat, baru lah dia mula pasang bumbung tu. Isy... sempat ke aku merasa park bawah garaj ni? Tengahari, waktu aku pergi umah abang Epet, derang masih lum siapkan lagi. Adeh... Tiba pukul 4.30pm, time aku nak balik dah, baru lah bumbung tu complete. Tu pun dia tengah skru2 atas bumbung. Tapi, demi nak merasa, aku pun selamba park kat situ. Seploh minit pun jadik lah, janji ada. Dan, ini lah gambar2 yang aku snap dari atas rumah. Enjoy!
Wednesday, 30 January 2008
Lupa Nak Cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment