Aku sudah berada di cia*t sejak hari Isnin. Jumaat lepas, lebih kurang pukul 11pm, kami bergerak berdua-dua dalam dua kereta, berdua pusing! Takde lah. Kami tak berpusing pun. Memula keluar tol Yong Peng. Opss sebelum tu nak cerita hari terakhir aku di ILPMSG.
Tengahari tu waktu Jumaat, aku pergi rumah abang Epet. Sibbaik derang ada. Baru malam tadik derang balik dari rumah makcik Kak Ani yang meninggal akibat darah tinggi. Ironinya, minggu ni aku asik terbaca kat blog orang pasal orang meninggal sebab yang sama. Saluran darah pecah dan darah terkumpul di otak. Dalam kes makcik ni, dia diserang sewaktu sedang berbual2, gelak ketawa. Tetiba je tak sedarkan diri. Hantar ke spital Mersing, di forward ke JB. Sampai JB, Dr suh bawak balik je. Tapi anak dia mintak la ditahan dulu, baru je sampai kan. Sebenarnya kena faham2 sendiri, tapi siapa tahu qada’ dan qadar kan? Esoknya Dr suh bawak balik lagi, tapi anak dia yang nurse tu suh tahan je dulu. Malam tu baru lah arwah meninggal dunia. Innalillahiwainna ilaihiroji’un.
Eh, sebelum sampai rumah abang Epet aku singgah tunas manja sat, beli buah tangan. Terjumpa dadih lagi. Beli lagi 2 pek. Lebih kurang pukul 2.35pm, aku pun balik. Singgah keyefsi beli half2 meltz. Sampai ofis, derang takde, gi meeting jabatan. Saje aku tak pergi sebab nanti sure balik lambat. Lagi pun macam takde kena mengena je aku dalam ini pelem. So, petang tu aku lepak ofis sambil delete semua file dalam pc. Sebelum raya aritu aku dah save semua dalam cd siap2. Best tul men delete. Sekejap je. Time download aritu kemain lama lagi. Belah pagi tu sebenarnya aku dah abis download lagu kat internet. Tak kisah lah kalo dapat ranking no. 1 penggunaan internet sebab dah last day kan. Senang je nak cari lagu baru. Cari tajuk lagu kat carta era atau carta c30 era, abis cerita.
Seperti biasa, sebelum balik, aku Asar siap2, kendian terus punch out. Alamak, derang tak abis meeting lagi. Tak sempat nak jumpa. Setakat KB tu ok lagi sebab dia pun kursus sama2 ngan aku kat sini, Pukul 5pm, baru aku nak blah, nampak kak Normah. Terus salam2 dan pergi. Lepas u-turn kat jalan masuk, aku berenti sekejap, ambik gambo entrance. Time tu, baru lah aku rasa sebak. Lambat betul perasaan tu datang. Aku pun dah ingat takkan rasa apa2 kot. Rupanya bila dah keluar je dari situ, baru lah rasa nak nangis. Huhuhu… Aku pasti akan merindui tempat tuh. Sob sob sob…
Ok, terus ke perjalanan tengah malam tu. Kami singgah R&R Ayer Keroh untuk makan. Kul 1am baru nak makan? Sibbaik ada makanan yang agak light. Kami makan mee rebus. Isk isk isk, laju sungguh lah abang bawak kancil tu. AH yang laju ni pun ngeri nak mengejo. Sampai rumah Ngah lebih kurang pukul 2am. Aku, terus tido.
Esok pagi2, abang pegi keje, aku tinggal. Sebelum pegi abang belikan nasi lemak minggu lepas. Pastu aku masak dadih lagi. Coklat pulak. Siap semua baru aku makan nasi lemak. Huargh! Memang best tido lepas makan nasi lemak. Umpama mengantuk disorongkan bantal. Sedar2 dah agak tinggi hari. Petang abang balik, tido. Aku, hehehe pun sambung tido sekali. Ces! Tak senonos langsung perangai. Musykil gak aku sebab malamnya sepatutnya aku susah nak tido sebab dah baaanyak tido kan. Tapi, senang la pulak. Maknanya tido tu sebenarnya memang perlu lah kot. Belum terlebih lagi. Baru cover yang semalam. Hihihi…
Malam, cari makan kat bandar baru. Area giant. Tak sedap langsung. Pas makan, masuk giant jap. Pusing2 je. Kendian, balik. Esok tu, aku dah berazam untuk duduk rumah je. Tetiba, abang plak ajak jenjalan. Adusss tak penat ke lelaki ini? Demi tak mo menderhaka, aku pun ikut kan je lah. Kali ni ikut jalan dalam je, pegi bbbangi. Makan kat restoran nasi kawah. Abang makan nasik ngan daging kawah, aku makan nasik ngan ikan patin. Nyum nyum nyum… terasa rasa keenakannya. Pas makan, solat kat masjid besar biasa tuh. Pegi sini aku suka tengok notis, kutipan derma hari Jumaat. Hihihi. Biasanya jumlahnya meningkat pada minggu gaji. Hehehe.
Pas solat, terus pergi south ct plaza. Aku ni memang tak bolah la kalau tak tau apa ada kat tempat2 cenggitu. Mesti nak pergi tengok. Parking free kat depan kedai. Ooo ni tempat cine je. Macam summit BP, Cuma kat sini ala2 sunyi sket la. Tapi time kami kat situ, ada pertandingan karaoke warga emas. Nyonya2 ngan apek2 la yang nyanyi. Aku rasa lagu derang tu mesti sama hit dengan lagu saripah aini pada zaman tu. Sedap gak sore derang. Pas survey tempat boling dia, kami pun blah. Dah dekat tu, singgah lah Mines sekali. Lama sungguh tak pergi situ. Berbeza betul. Dekat2 pusat boling pon dah ada kedai. Dulu sunyi je. Pusing2 sampai penat. Sempat tu duduk kat keyefsi sebab dah tak larat nak jalan. Sebelum balik, beli jagung dalam cup tu ngan waffle coklat plus stroberi. Kendian, kami terus balik. Sampai Nilai, singgah satu kedai perhiasan rumah. Cantik2 barang kat situ. Aku suka la barang2 english style gitu.
Malam keluar makan lagi. Asik makan kedai je la kami sekarang. Makan kat Taman Semarak. Aku makan nasi goreng pattaya, abang nasi goreng paprik. Sebelum tu isi minyak kancil. Balik makan, iron baju abang. Kendian, tido.
Esok pepagi, abang pulak balik BP. Ini sudah terbalik. Dulu aku yang pepagi Isnin balik Mersing. Pas abang balik, dah susah nak tido. Layan 24. Kul 10am, aku pun kuar menuju ke Putrajaya. Lalu dalam je, sebab tu kuar awal. Janji kul 11am. Dah dekat nak sampai, shu sms bagitau dia lambat sket. Tak kisah lah tuh. Sampai Putrajaya, aku terus park kat roundabout masjid. Tunggu punya tunggu, dekat kul 12pm gak baru shu sampai. So, kami; aku, shu, za dan aida, naik kete shu, pegi ke jpk. Susah tul nak parking kat situ kalau datang waktu2 gini. Last2 park dekat ngan parking lot bas. Menapak la dari situ ngan mengendong portfolio dan lap top. Adusss senget2 bahu aku. Sampai situ, terus jumpa encik Omar dan serahkan portfolio. Kendian gi carik ppt, nak mintak slip gaji dan ambik jaket. Ermmm sedang elok je jaket tu. Selesai sumer, kami pun balik semula ke kereta dan konvoi ke Shah Alam. Shu leading, lalu Puchong. Tak gemo aku lalu jalan tu. Bersimpang siur dan banyak kenderaan. Baik lalu Elite, walaupun tol dah naik, tapi darah tak naik. Huhuhu. Jammed pulak kat Hicom. Adusss ni yang tak suka bawak kancil nih. Kendian, kami terus gi lunch kat kedai nasi ayam seksyen 11. Memang best sambal dia. Abis makan, kami terus ke sini. Ambik kunci dan terus masuk hostel. Hostel buruk giler! Tapi tak kisah lah. Dah la makan free tempat tido pon free, nak apa lagi? Redha je lah.
Kemas punya kemas, lepas dinner, kami beramai2 keluar. Derang ni la, nak carik toiletteries. Kekdah nya, aku sebilik ngan shu. Malam tu pulak, shu nak balik umah dia kat Ampang. Fine, jalan pergi dah settle. Masaklahnya, camne derang nak balik sini semula? Sape yang tahu jalan? Anyone? Erkkk aku lah, sape lagi kan… Maka, dengan paksa rela, aku pun ngikut la derang ke Giant. Biar pun terpaksa, aku suka gi situ, nostalgia. Thank God! Aku berjaya tak membeli e’apa pon. Yes! Balik tu, lepas isyak, aku terus titon. Ngantuk giler.
Esok nya, pepagi, kami pergi briefing pasal course ni. Huhahuha, petang tu takde kelas lagi. So, kelas start ari Rabu. Petang tu, aku tido je lah, nak buat apa lagi? Hidup ala2 time belajo dulu, duk hostel, kongsi2 toilet.
Hari Rabu, dari pagi ke petang, full dengan kelas. 3 minggu pertama ni memang lecture je manjang. Lepas tu baru mula assignment, presentation dll. Yang tak bestnya, Jumaat ada kelas, tapi yang best sikit, kelas petang takde. Maknanya, kalau aku nak balik BP, sempat la sampai within office hour. Kalau tak, petang sikit la baru aku gi Nilai.
Internet access tersangat lah menduka citakan. Kat hostel ada line LAN, tapi hampeh semua kena block. Wifi lagi lah nyampah. Ada sebijik je transmitter kat bangunan kelas kitorang. Hostel langsung tak dapat. Apa ke sengkek la cia*t nih kan? Kalo kat ilp ni, bersepah2 transmitter wifi. Line LAN pun bombastic. Adeh! Ni pun ak baru lepas merayap ke bangunan kelas ni, mencari signal. Tak suka tak suka tak suka!!!
Friday, 11 January 2008
Dah Sampai
Hasil karya AyunasiA pada 8:07 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment