Malam raya yang lepas, aku balik kampung saing Yayu. Asalnya memang nak convoy sampai kota. Tetiba plak Kak Zela suh ambik dia kat Pasir Gudang. So, kitorang lalu hiway je sesama, derang kuar tol Kulai. Sebelum kuar tol Ayer Hitam, singgah makan kat tuah bersama.
Sampai rumah Kak Zela kul 11pm. Sempat lepak2 minum milo. Banyaknya dadih. Ada lah dalam 2 bakul dan 1 besen besar. Kira2 400 bijik. Ingat nak buat apa. Rupanya nak kasik pengantin. Bertolak balik kul 12am. Lalu jalan biasa. Takut jalan dalam rosak hujan2 nih. Sampai Pulada, jalan mula jammed. Ingat ada road block kat situ, tapi sampai lepas tu pon tak reda2 gak. Sampai Saujana pun tak reda. Rupanya ada polis kat ladang Tai Tak. Takde road block pon. Dia just park kat tepi tu, pastu polis je diri tepi jalan, suh jalan. Excercise tangan agaknya. Menyusahkan orang je malam2 raya.
Sampai Semenchu kul 2am. Penat giler, terus tido. Pagi raya, masak lodeh. Lepas solat raya, makan reramai. Kali ni jiran2 masak lauk berlainan. Kekadang tu, bila sorang masak kicap, semua masak kicap. Sorang masak merah, semua masak merah. Kali ni ada masak kicap, masak merah, kari. Rendang pulak yang semua sama. Salu ada yang rendang cili padi. Ni semua rendang biasa.
Pagi abah telefon, tanya kitorang balik AT5 ke tak. Kalau tak, abah nak ikut mak gi kota. Lepas Zuhur kitorang pon balik AT5. Tak lama Yayu pon balik. Makan. Mak masak nasi minyak, tose, rendang ayam tua, kurma daging, kari kambing ngan lodeh. Sedapnya rendang ayam tuh. Ada sup tulang, mak bawak dari umah busu temah. Petang, lepas Asar baru mak balik ngan Mala, along and co. Lebih kurang kul 5pm, kitorang kuar ke Pengerang, ajak abah sekali. Sibbaik senang carik tempat tuh. Jalan masuk dia ada tanah merah sket. Lama gak kat situ, siap posing2 ngan si K.
My friend. Macam2 color ada. Yang hitam putih cam lembu frisian pon ada. Jenis ni cepat membesar.
Yang ni baru melahirkan pagi tadik.
Balik tu, terus kemas2 balik Semenchu semula. Malam, lepas Isyak, aku terus tido. Tak sempat makan. Ngantuk sesangat. Esok pepagi, lepas sarapan, kemas2 nak balik BP pulak. Biasalah, siap cepat pon, kul 11am gak baru gerak. Yang ikut cuma mak ngan kak long and co. Yang lain kena gi ngan abah esok. Sampai replika gasing, mak lak lupa bawak sesuatuh. Tefon Sapit suh anto. Tak elok patah balik. Sapit sampai, minyak motor pulak abis. Tefon Saleh pulak, suh anto minyak. Tapi kitorang tak tunggu lah.
Kat sini lah abah keje sekarang, pam air AT1.
Sempat ambik buah jambu air kat sini. Kelat.
Sampai BP dah kul 1.30pm. Sempat lah basuh baju se trip. Lebih kurang kul 3pm, gerak pulak ke Muar. Sampai2 je, terus kerjakan bunga telo. Banyak nyer. Baru lah terfikir, nasib baik aku dah kawin e'awal dulu, time barang2 kawin lum banyak sangat dan lum mahal sangat. Bagus gak kawin time tak banyak duit. Kalau banyak duit, sure lagi banyak abis nya. Time kawin dulu, memang cukup2 je, so memang jimat cermat berbelanja. Jimat tak jimat la. Makan belas2 ribu jugak. Termasuk hantaran dan kenduri kedua-dua belah pihak tu. Tapi, sebab kawin 3 dalam 1, memang jimat banyak.
Malam, tido kat rumah mak long je. Esok nya, lepas Asar baru Ngah sampai. Derang nak tido rumah kitorang plak. Tak koser la pulak aku nak balik. Bukan nyer dekat. Sejam perjalanan tu. So, lepas Maghrib, Ngah pegi ngan Ulin. Derang singgah BPMall beli hadiah. Kami share sekali, bleh beli yang mahal sket. Malam tolong packing souvenir. Sebenonya salah satu sebab takmo balik is nak makan sup kambing hehehe. Tengah malam ngadap kambing, kolesterol tinggi sungguh. Plak tu, tak lama terus tido. Apa kao tak takut gemuk? Tidur umah kak long Idah pulak.
Tengahari rewang makan ikan keli afrika ni. Besar kan? Bekas tu bekas cuci pinggan tu tau.
Ahad is the day. Pagi tu, aku jadik kameraman la pulak. Ambik gambar nikah. Takde sape suruh pon. Lepas makan2, lepak umah kak long Idah je. Tak sesuai betul. Kat situ cikgu nizam masak lauk makan damai ngan kak iza. Aku tolong tengok2 je hihihi. Tiba time bersanding, aku tertido. Serius! Aku dengar sayup2 je bunyi kompang. Bangun je, derang ajak gi bertandang rumah penagntin lelaki plak. Derang buat serentak. Dekat je pon rumah dia. Kat tepi jalan besar. Ooo mamat tu tokey kedai tayar kat simpang parit yusop tu. Memang best jadi rombongan pengantin nih. Makan special dari orang lain. Sebenonya yang ramai ikut tu adik beradik kitorang jek. Lepas makan2, balik semula.
Arfa dan Fikri, sebaya dan sama tinggi, kan?
Comel je gambar nih.
Malam, lepas Maghrib, Ngah pun balik Nilai. Esok taska bukak, tapi penjaga nya diberi cuti. So, boss la yang kena jaga budak. Dengan adik2 boss sekali. Tapi don’t worry, adik2 boss dah pass kursus taska gak. Lepas Isyak pulak, kitorang tengok pengantin bukak hadiah sambil makan2 kek. Tak abis semua hadiah dia bukak, kena gi umah lelaki pulak sebab ada acara kuda kepang. Bebudak dah ajak abang gi. Aku tak mo ikut. Aku bukan nya apa, bukan ke benda tu ada macam rasukan gitu kan. Cam tak relevan je ngan perkahwinan ek? Last2 derang pegi gak. Aku, menengokkan abang dah pegi reramai, rasa tak best plak. Sambil2 aku pikir tu, abah bleh cakap, ”kalo tak mo pergi, ye tak payah pegi.” Tetiba aku rasa cam lawak je ayat tuh. Macam lah kena paksa pergi. Finally, aku pun ikut gak.
Sampai situ, dah start dah. Tapi dia baru menari pusing2 ngan kuda kepang tu je. Kami park kat seberang jalan supaya sennag nak balik nanti. Pastu kami pergi kat tepi rumah dia. Kira dekat la dengan gelanggang tuh. Tengah tengok tuh, tiba plak part dia main cop2 tu. Kira nya bila dia sembur air dari mulut dia kat orang tu, orang tu akan terasuk lah. Aku dah saspen semacam, terus lari tepi jalan, jauh sikit. Ngeri je. Lagi pon ada sorang pakcik tu dah datang dekat2 kitorang. Heee tak tau pulak aku macam tu kekdahnya. Sampai sekarang aku tak paham. Lepas abis satu round, kami pon balik. Dengarnya ada sambung lagi, tapi aku dah ngantuk, baik balik tido. Meng confuse kan la kuda kepang tu. Balik tu, tido kat rumah Mak Long.
Esok pagi, sarap jemput2 jek. Derang sibuk masak untuk rewang penutup plak. Kemas pinggan bukak balai segala. Tengahari makan lauk sambal telor. Biasa lah, lepa kenduri, banyak telor lebih. Oh, lupa. Derang buat telur pindang. Pastu masak tomyam ngan bubur sumsum untuk orang rewang. Lepas Zuhur, kami pon bergerak pulang. Sempat pulak singgah rumah nenek sedara dekat2 situ jugak. Sampai2 je nampak asam keping tengah dijemur. Jumpa sebijik kat pokok. Derang mintak bawak balik. Besar rupanya buah dia. Bila dah kering, kecik je. Gerak dari rumah tu dah asar.
Asam keping/gelugur sedang dikeringkan di laman rumah.
Belum masak, masih atas pokok.
Yang dijumpai masak ranum. Ulau pon tak berani makan sebab masam sangat (kata nenek tu lah)
Tiba BP, singgah beli kek pulak. Lawak je, kitorang bleh pass kunci rumah kat In kat traffic light lepas jambatan. Sampai rumah, solat dan potong kek. Kek apa? Chocolate indulgance. Sempena? Our Anniversary esok nyer. Oleh sebab derang nak balik malam tu jugak, terpaksa lah potong kek peang tu jugak. Lepas makan lebih kurang, gi bawak mak abah tengok rumah kami yang in progress tu.
Kek kami.
Lepas maghrib dah lapar balik. So, kami keluar makan sekali kat luar. Kedai makan biasa, sri montel. Pas makan, derang terus balik. Tinggallah kami dan Ulin. Esok Ulin nak balik ito.
Esoknya, lepak kat rumah memanjang. Kemas rumah. Sambung abiskan 24 season 2. Pastu ulang season 6 pulak. Petang abang anto Ulin. 15 minit je pegi balik. Esok nya cuti krismas, tak buat e’apa. Dah lupa. Ari Khamis pagi, abang gi ito. Cuti2 pun gi jugak. Balik lambat pulak tuh. Tapi tak jadik nak marah bila abang balik dengan 2 keping cek. Claim sakit pinggang bulan pose arituh. Hehehe kabur terus mata ku dengan wang ringgit. Dasar mata duitan! Malam tu terus gi bandar, bank in kan cek tersebut. Makan kat kedai makan bubur ayam kat bandar. Pas makan terus balik.
Esoknya lebih kurang kul 12pm, kami pun bergerak ke Nilai. Singgah Jumaat kat mana tah. Tepi jalan Muar-Yong Peng. Singgah jusco Melaka, makan M dan aku solat kat situ. Tak shopping kat situ. Kuar tol Ayer Keroh, terus ke Nilai. Singgah pulak Mydin Nilai, beli toiletteries. Sampai rumah Ngah dah Maghrib. Lepas mandi2, keluar ke alamanda. Jalan2 je. Kendian konon nak makan kat Malee Kajang. Sekali tutup. Makan je lah sate samuri. Makan sate ayam jek. Basuh tangan di bawah pohon bambu. Ada pulak bazaar kat luar tuh. Terbeli lah brooch serupa ngan yang aku beli raya aritu. Balik, iron baju dan tido.
Ari Sabtu, kami bergerak dari rumah kul 8.15am. Beli nasi lemak 2 bungkus. Satu, aku suap abang dalam kete. Satu lagi aku makan kat surau cia*t. Lepas abang pegi je, aku terus sambung tido. Kekekek tak senonos. Bangun tido tu baru aku makan nasik lemak tuh. Abis je kelas, kononnya nak pegi jusco baru kat klang. Sekalinya tak jumpa. Ingat jusco bukit raja tu di upgrade, rupanya dia bukak yang baru kat bukit tinggi. Kat mana buki tinggi tu ek? So, tak jadik ke situ, kami terus ke one utama. Susah tul nak parking. Sampai2 je, terus lapar. Ke memang dah lapar baru sampai ek? Oleh sebab aku sebut lapar tu depan restoran laksa shack, so, kami terus duduk situ. Aku makan laksa Johor, abang laksa asam/penang.
Johor laksa yang memang rasa laksa johor lah.
Asam laksa pon sedap.
Pas makan, gi carik benda nak di beli kat jusco. Punya lah lama kat situ, last2 beli satu set comforter. Dah penat kat situ, pegi pulak petaling street. Kontra kan? Pusing2 lebih kurang, terus solat Maghrib kat CM. Sambil2 nostaigia. Dah lain la CM sekarang. Tapi kebanyakan kedai yang dulu ada, masih ada. Cuma dah cantik sikit la. Kedai ikan je dah takde hehehe. Jalan kaki ke bus stand klang, lagi lah rasa nostalgik gitu. Bau kat situ masih sama.
Kemudian kami pun menuju balik. Penat habis dah nih. Tak serik, pegi malee lagi sekali. Memang takde rezeki la. 2 kali pegi pon tak bukak. Masaklahnya ada orang tengah tengok tv, tapi tak tau nape dia tak bukak pulak. So, terpaksa lah makan tempat biasa, samira. Memang tak de rezeki jugak. Kedai tu dah tukar lain. Pit stop nama nya. Makan je lah sambil2 tengok sehati berdansa. Suka V menang. Balik rumah terus tido.
Ari Ahad aktiviti bebas. Dekat2 tengahari, kami kuar ke Nilai 3. Lunch dulu, kendian jalan2 tengok lampu. Pusing punya pusing, dah jumpa la benda yang berkenan. Lampu dan shelf untuk stor. Tapi takyah beli dulu lah. Lambat lagi nak pindah. Kalo beli e’awal, nanti dah hilang pulak excitement nya. Habis menjamu mata, balik umah ngah semula untuk solat. Lepas solat baru lah kami balik.
Tak boleh tahan, tak boleh tahan. On the way tu, boleh pulak singgah jusco Melaka sekali lagi. Actually ada benda yang nak dibeli kat situ, tapi tak jadi. Konon boleh jumpa kat tempat lain. Rupanya memang takde kat tempat lain. Hehehe. Tah pape tah. Lepas dari tu, kami lalu jalan dalam je. Sampai Muar dah kul 6.30pm. Singgah makan mee bandung abang sayang pulak. Maghrib kat masjid lama. Pastu konon terus balik. Wakakak suka ati aku je. Singgah pulak kat BPM*ll. Hehehe. Dan terbeli la pulak hand bag CR. Dah lama usha henbeg tuh. Baru ni dapat beli dengan diskaun 20%. Suka!
Macam pernah jumpa gambar ni dulu?
Pasaraya besar di tepi sungai Muo.
Masjid kedua dari sudut pandangan tempat makan mee bandung.
Ini ke muara yang dikatakan asal usul nama Muo?
Dah. Pastu dah takde berenti2 lagi. Terus je balik. Sampai rumah, tengok2, keychain kat henbeg tu takde pulak. Tadik masa kat display ada keychain bunga. Yang lepas beli ada keychain kupu2. Tak best la kalau takde kan. So, esok kena pegi lagi. Huhuhu.
Semalam, pagi kemas rumah. Tengahari abang balik bawak lauk. Aku masak nasi ngan telor dadar jek. Ngan goreng ikan terubuk masin. Hihihi pemalas tul. Murah je lauk tu. Ikan keli 2 ekor, kupang, sayur, baru RM4.20. Lepas makan, abang gi panggil mekanik. Kancil lak takleh idup. Sekejap je mamat tu usik2 contact tuh, dah ok. Kul 3pm, aku ke bandar, abang gi keje semula. Memula gi bank islam, nak bayo cc, takleh pulak. Activate kan internet banking abang and tengok balance hehehe. Dah clear dah cek arituh. Pastu aku pusing satu BP carik serbuk dadih. Kan betul. Dia ada kat kedai local2 je. Jumpa kat farson. Beli 2, perisa mango dan coklat. Sebelum balik, singgah BPM*ll, tanyakan keychain henbeg. Dia kasik bunga color coklat. Comel. Asalnya kat display tu color pink, tapi dia kasik color coklat, lagi sesuai sebenarnya. Pastu terus balik. Huh! Penat. Tak siap kemas baju nak balik esok lagi nih. Lepas Maghrib, masak dadih. Tak muat gak la periuk 3.25 liter tuh. Air je 3 liter. Susu 400 mililiter. Mana nak muat. Huru-hara jugak la menyukat nak asingkan dalam periuk lain. Berguna gak pelajaran matematik zaman sekolah2 dulu.
Siap semua, lepas Isyak, kemas baju pulak. Ikutkan baju nak balik ni sikit je sebab aku dah bawak balik kebanyakan baju. Yang banyak nya baju nak pegi cia*t. Jumaat ni, aku balik BP, malamnya terus gi Nilai. Isnin dah kena check in ke cia*t. Kul 11pm baru tido. Sekarang, ngantuk lahhh...
Tuesday, 1 January 2008
Panjang Nya Cuti
Hasil karya AyunasiA pada 2:08 pm
Label: Cuti Kampung, Cuti-cuti Mesia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment