Pepagi lagi aku dah ngadap tuan pengarah untuk say good bye. Mintak2 tak kena balik ke sini semula waktu internship. Bukan malu ke apa, cuma tak larat arrr nak ulang alik lagi. Sebelum tu aku pegi pusat sumber untuk pulangkan access card. Ermmm derang cakap kompleks kerajaan akan berpindah ke Nusajaya tengah tahun ni, ek? Elok lah tu. Kalau ofis aku nanti tak ikut pindah ke sana, kurang lah sikit kesesakan kan pusat bandar tu kan. Tapi kalau kena pindah ke sana gak, bermakna kena lalu Pontian la kalo dari Batu Pahat. Kalo ikut hiway plak, kuar kat Benut ker. Hiiiiii bertambah pulak benda nak aku pikir kan pas nih. Baik aku ignore buat masa nih. 6 bulan lagi kan, lambat lagi.
Malam tadi aku chatting ngan Amir. Dah pandai ngeja dah budak kenit tu. Penat aku gelak baca mesej dia. Antara perbualan kami,
amir : cik nga busuk
aku : amir la busuk
amir : cik nga dah mandi memang tak busuk
aku : tau takpe
amir : mama busuk
Wakakakak kelako je. Tak pepasal mama dia pulak yang busuk. Tapi aku terlupa, sepatutnya aku eja dengan perkataan penuh, bukan bahasa pasar, kan? Hihihi. Tak pe, lain kali ek.
Aku dah ada DVD 24 season 3! Hehehe malam tadi abang gi ambik. Actually masa balik dari KL aritu kami singgah kedai DVD biasa tu. Drama bersiri kena tempah dulu. Harga, still under budget. Pasnih nak beli kat JB la pulak. Katanya harga kat JB sama je ngan Penang. Tapi, kat mana aku nak marathon DVD tu ek? Alahai... kena bawak DVD player tu jugak la he bang? Boleh tak? Sebenarnya aku dah plan nak bawak tv kecik, buat nonton spa-Q ekekekek. Tu pun kalau dibenarkan bawak la. Kalo tak, terpaksa lah cari public tv, eh ada ke public tv? Macam public toilet plak. Susah2 sangat, aku lepak la mana2 kedai makan. Tak semua, 1 kedai mesti ada bukak kan.
Aku ni, nak kata takde perasaan, ada. Tapi tak tau lah. Sebab tadi ada sorang budak ni cakap kat aku, "makin jauh la akak, kena gi Shah Alam pulak." Tapi jawapan aku, "ala... 3 bulan je." Pastu dia cakap, "3 bulan pun, jauh tu." Pastu aku pun pikir balik, aku macam tak kisah pun kena berjauhan ngan abang. Ermmm aku rasa mungkin sebab aku dah tau benda ni lama. Jadi otak dah setting e'awal lagi. Jadi, sekarang aku kiranya redha je lah. Rasanya aku dah terbiasa kot. Sebab zaman bercinta aku aje dah makan 10 tahun sebelum kawin. Masa tu dah terbiasa berjauhan. Masa baru kawin dulu pun memang kitorang dah PJJ, pastu aku duk rumah pun setahun lebih je. Alah, dah tanggngjawab kepada negara kan. Nak buat camne. Lagi pun bukan abang tak izinkan. Cuma dia komplen je, sampai bila? Sampai bila nak idup camni? Aku percaya, setiap sesuatu, ada hikmah di sebaliknya. Erkkk... Berakit rakit ke hulu...
Dah, duduk sama2 pun asik bertekak je. Aku ni dah lah jenis degil. Kepal bat, kata Yayu dulu. Asik nak menang je. Kalau marah tu, suka nak baling barang. Aritu, satu dulang kesayangan aku dah pecah. Bukan nya aku baling, tapi terjatuh time aku basuh sambil melepaskan geram. Yang pelik nya, aku tak rasa apa2 pun benda tu pecah. rasa lega lagi ada lah. Macam pecah berderai sekali rasa geram aku time tu.
Matematik lemah! Tu lah perkataan fevret abang pada aku. Aku pun kekadang tak puas ati ngan tahap kira2 aku. Padahal masa sekolah dulu, Matematik tak pernah dapat selain A. Masa kat U pun paling teruk sekali je dapat A- subjek maths. Kata abang, aku lemah part application. Mana tak nyer, time buat dadih ari tu pun dah huru hara dapur tu aku buat sukatan nak asing kan 1/3 daripada air tu ke periuk lain. Tu tak masuk lagi kira2 haribulan. Memang slow giler. Tapi, kerana matematik juga lah aku mula rapat ngan abang. Hihihi abang memang terror maths.
Adeh, dah kul 10am. Kul 12pm nanti aku nak gi umah abang Epet. Dah hujung2 baru nak pegi. Teruk betul aku nih. Okeh, itu je. Chow cin cau bandung!
Friday, 4 January 2008
Say Good Bye, Again
Hasil karya AyunasiA pada 8:54 am
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
jangan gaduh2 :) cool bebeh coollllllllll!!!
congrates bcoz dah abis attchment..but life must go on with other part..stay cool, relax n steady w yr life..ada hikmah d sebalik nikmatNya..as Alinlai said, b cool bebeh!!! (even i know u r so hot!!!)
alinlai : gaduh2 manja. tak gaduh, sunyi plak umah hehehe
kullager : no comment. nak gaduh?
bila dok berjauhan ni yang syoknya sure excited je bila nak jumpa...mcm org baru bercinta...:)
Post a Comment