Wat hepen tu mi en ma blog? Tersangat lah susah nak online kat sini. Masa banyak, tapi ada je constraint lain seperti malas nak tukar baju. Haaa memang tu je lah alasan aku. Kekadang aku online gak tengah kat dalam kelas, waktu take 5, waktu minum pagi kol seploh. Tapi tak sempat lah nak update blog. Ikutkan, boleh je aku karang dulu kat dalam bilik, pastu publish waktu tu. Tapi, feel nya tak sama lah. Wattudu? Tambah pulak, tadik baru lepas test pertama. Susah jugak soalannya. Puas dah malam tadik hafal jawapan dari past batch question, sekali kuar nyer tak sama pon? Tipu ah. Kenapa derang reka soalan baru untuk kami ek? Tak suka tak suka!
Lepas test tadik, minum kul seploh, kendian aku mulakan study untuk exam bulan 3 nanti pulak. Next week pon ada test gak ari Jumaat, tapi lum diterangkan lagi, malas ar nak study dulu. Baik aku mulakan study tuk exam yang lagi sebulan lebih lagi tu. Sempat gak aku hapal sesikit.
Minggu lepas ari Sabtu lepas kelas abang, kami pergi bukit tinggi. Saje nak tengok jasko baru tu yang kononnya dah kalahkan kehebatan jasko tebrau tu. Ooo gitu rupanya. Tak ramai orang pon. Sampai2 je, terus cari makan. Abang je lah makan. Aku dah makan siap2 kan dewan makan. Selagi boleh jimat, kita jimat la kan. Lepas abis tawaf satu jasko bukit tinggi, kami plan nak balik nilai je terus. Ada 2 jalan nak ke sana. Satu patah balik Shah Alam dan lalu jalan biasa tu lah, hiway elit. Tapi kan hiway tu dah naik tol dia kan. Biasa RM5 je dari haikom ke klia. Sekarang RM5.50. Daripada aku kayakan kroni2 uncle samy, baik aku menikmati pemandangan desa. Jalan kedua ialah lalu Banting terus ke klia. Pernah sekali lalu situ, pergi morib. Tapi boleh je redah. Apa susah, peta kan ada. Takkan sesat sampai singapore punye lah kan? Paling sesat pon sampai pulau keri je kot.
So, kami pon terus hala ke jalan kedua tu. Best2, jalan 4 lorong. Dulu pergi jalan tu tengah buat kalau tak salah. Ooo kat situ lah kampong olak lempit. Selalu dengar nama kampong tu, tapi tak tau sebab apa. Sebelum sampai rumah, singgah asar kat masjjid nilai. Mmm macam tak siap je masjid tu. Lampu chandelier pun takde sape nak sponsor ke? Pastu, kosong je dinding kubah dia. Salu kan masjid ada ukir2 ayat al Quran ke, doa masuk masjid ke kan? Ni, kosong je. Lampu pun dia pakai spot light ngadap ke atas je. Kipas pulak, kipas dinding cap mistral je. Isy isy isy sape la kontraktor tu ek?
Selain tu, sebelum sampai rumah jugak, kami singgah kedai, bungkus nasik goreng. Takyah susah2 nak kuar lagi. Sampai rumah tu, tengok mesin basuh dah takde. Pagi tu ngah dah angkut segala barang penting. Tapi masih banyak yang tinggal seperti tv, estro, esbok, katil dan lemari. Kitchen cabinet memang la lekat kat situ, takkan nak angkut jugak kan. Cuma nyer, satu alat memasak pon takde. Tak dapat lah aku buat dadih. Takpe, petang nanti abang bawak kuali periuk segala dari BP. Tiap minggu ada je benda yang aku suruh abang bawak. Tau2 nanti balik, rupanya semua benda dah aku bawak kuar. Kuangkuangkuang. Lawak budus.
Dan oleh kerana mesin basuh takde, terpaksa lah aku buli abang bawak balik baju aku yang agak banyak itu untuk di basuh di rumah. Hehehe terima kasih abang. Abang ni memang baik lah. Rajin, tall (errr tak kot) dark and hensem. Tak kena betul ayat nih. Takpe lah. Yang penting, mesej yang disampaikan mesti jelas dan padat. Semoga abang diberi kesihatan yang excellent untuk terus membantu ayang minggu ni pulak. Hihihi. Kali ni tak banyak sangat tau sebab ayang dah siap2 basuh tangan selai dua. Satu lagi, semoga abang dipanjangkan umur dimurahkan rezeki selalu. Amin...
Ari Ahad, kononnya takmo gi memana. Sekalinya, terjalan2 lah jugak kat nilai 3 tu lepas lunch. Dan terbeli lah juga beberapa helai baju tido dan sehelai baju jalan2. Tengkiu lagi abang! Satu lagi masaklah ialah takde iron. Aku pun lupa nak bawak. Ingat derang tinggal lah iron lama tu, rupanya sumer dihangkut nyer. Terpaksalah pakai tudung semalam. Petang lepas Asar, kami plan nak gi umah abang TP. Sebelum tu, pegi jumpa ila kat medan tunku, kendian anto dia balik rumah kat bukit angkasa. Ooo ala, tak pernah aku jumpa tempat cenggitu. Rumah flat rapat2, kete penuh kiri kanan sampai ke tengah jalan. Punya lah sesak tempat tuh. Orang pun ramai macam ulat. Tempat tinggal yang sangat tidak condusive! Sibbaik lah, aku belajo dulu pun tak de lah duk kat rumah flat buruk2 cenggitu. Syukur Alhamdulillah.
Pas anto ila, kami pegi tesko mutiara damansara. Saje teringin makan ayam goreng keyefsi. Pas makan, maghrib, terus gi umah abang TP. Oh, parking kat situ kena bayar lah. Nak free kalo, beli la e’apa kat tesko tu. Erm... daripada buta2 bayo RM2 kat tiang ttu, baik lah beli makanan, bleh gak masuk mulut. So, kami pun beli la buah limau. Erk... lupa lak nak kasik kat derang, tak senonos. Datang umah orang tak bawak buah tangan. Hihihi. Sampai tu pon dah kul 9pm. So, lepas iron baju segala, mandi aku pon tido. Esok pepagi, abang anto aku ke cia*t. Alamak, tol ebor tu takde exit dari arah utara la. Terpaksa kuar kat seafield. Kena patah balik ke shah alam. Lenkali kuar kat exit shah alam je la ek. Ingat tau!
Minggu ni, aku terlah melakukan satu aktiviti yang sihat iaitu bermain pukul2 bulu badminton. Main ngan shu petang2 sebelum spa q. Ari pertama main, kami turun kul 5.30pm. Patutnya main kat dewan, takde angin. Tapi kami memilih untuk main di gelanggang takraw, dekat je ngan hostel. Tengah main2, datang beberapa mamat nak main takraw. Memula kami selamba je teruskan main sebab kira2, tak cukup lagi team derang. Bila dah makin ramai, kami diarahkan begini;
”... yang main pukul2 tu boleh main kat rumput tak?”
Grrr... geram je. Tapi kami mintak tukar padang je sebab tempat derang main sepak raga tu kuranga rata simen nyer, ada lubang2. Tak lama tu, makin ramai yang datang. Kira2 lagi, dah cukup 4 team tu. Tapi kami selamba je dulu. Peluh pun tak kuar lagi. Tapi tak lama pon, dah kena sound balik;
”... bila la badminton tu nak abis...”
Aku pun dengan perasaan bengkek nyer, ajak la shu balik;
” jom lah shu, spa q pun dah nak start nih. Sempat kita mandi2 dulu...”
Dan begitu lah berakhirnya aktiviti kami hari tu. Esok nya, kami decided to main kat padang bola jaring plak. Tapi, angin pulak kuat kat situ. Main sekejap je, dah give up. Jenguk2 kat padang takraw, takde orang pon? Dah dekat kul 6pm time tu. Kami pun pegi lah main kat sana. Tak lama tu, derang datang pulak. Adusss mencik! Bukan kami tak mo main kat dewan, tapi kat situ lagilah ramai. Kalau takraw, at least tunggu cukup 6 orang baru bleh main. Kalo badminton, 2 orang je. Ermmm apa pun, next week, kami cuba jengah kat dewan pulak. Karang tengok pempuan gemok, perli2, kami nak menguruskan badan, sindir2 plak. Eee sabo je lah.
Friday, 18 January 2008
Update pon...
Hasil karya AyunasiA pada 1:28 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment