Ikutkan rasa memang malas dah nak update pasal raya haji tu ari. Tapi bila mengenangkan besok2 aku jugak yang suka nostalgia bila baca entry2 lama, maka ku teruskan lah jua. Setiap hari adalah berbeza, begitu juga hari raya haji. Tahun lepas kami berkorban lembu, tahun ni takde buat apa2.
Seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas, balik dari yutp tu aku terus cuti. Hari isnin tu tak masuk kerja, kira cuti perjalanan la. Hari selasa aku terpaksa pergi ke opis (bukan pergi kerja) sebab nak isi borang cuti untuk selasa depan nya pulak. Kang tak sesuai pulak isi borang hari isnin, selasa terus cuti. Maka aku pun pergi lah ke opis. Sambil2 tu sempat jugak aku ambik assignment budak. Kengkonon cuti seminggu nak menanda lah kan. Konon.
Lepas isi borang cuti, aku pun pergi ke klinik. Ingat yang aku kena wat screening tu? Haaa tak jadik ok. Sebabnya aku dah tak batuk lah pulak. Tapi, sakit tekak la pulak melanda. So, doktor bagi sakit tekak jek. Tu yag tak best tu. Sebabnya aku dah faham sangat dengan badan aku ni. Lepas sakit tekak, komfem aku akan selsema dan kemungkinan akan batuk semula. Betul pun. Sepanjang raya haji aku selsema, tapi takde ubat. Mencik! Pastu sekarang ni diselang seli pula dengan batuk lite2. Patut kah aku ke klinik lagi? Antibiotik dah 2 cycle dah. Aritu aku baca paper, dia kata antibiotik boleh menjadi racun kalau diambil berlebihan. Apa lah masalah sistem pernafasan aku ni eh? Kompius betul. Nak kata aku minum ais, takde lah pulak. Dah 2 bulan ok aku aku bebas dari ais. Macam dah boleh membiasakan diri pulak.
Berbalik kepada cerita kita. Lepas ke klinik, aku terus balik rumah. Dan selama 2 hari itu, aku adalah melepak je depan tv dan pc. Sempat lah aku download semula noraelena dan ulang balik adamhawa serta ombakrindu. Tu yang sampai terlarut tuh.
Hari rabu malam, baru lah kami berkemas2 untuk balik kampung. Pukul 11 malam baru kami bergerak. Sampai semencu lebih kurang pukul 1.30am.
Hari khamis, seperti biasa lah, acara masak2 raya. Kali ni aku tak banyak membantu sebab siang tu derang siang2 bahan jek. Petang lepas asar, kami pun balik eto5. Raya haji biasanya mak tak masak ketupat rendang. Kali ni mak masak kambing apa tah, macam kari tapi ada serai. Pastu mak buat laksa johor dan asam pedas ayam tua. Sedapnyerrr... Tu pun masak pagi raya (mak yang masak, bangun kul 5 pagi).
Dan raya haji pun habis sebelum tengahari. Takde aktiviti nak buat. Makan jek lah. Petang lepas asar kot, baru lah kami balik semula ke semencu. Pung pang pung pang, malamnya balik semula eto5. Eh, dah macam cerita ulang alik lah pulak. Dah tak macam raya. Tapi memang macam tu lah kekdahnya aku kalau balik kampung.
Besok petangnya (sabtu) kami pergi ke batu layar. Femli in law. Berkelah2 di sana. Sebelum maghrib kami dah balik. Malam tu ada sup tulang merah gear box dari rumah kakada-abangyus. Pergh! Sorga sungguh. Malamnya aku menemankan sil sambung tengok adamhawa. Aritu masa dia datang rumah aku, dia dah layan separuh. Ni sambung lagi separuh. Tapi aku tak tengok sampai abis lah. Pukul 12 aku dah tido. Dia layan sampai habis, rasanya sampai pukul 3 pagi kot huhuhu.
Hari ahad, sebelum tengahari kami dah balik. Seperti biasa, singgah kota dulu. Best nya... sekarang ni tengah musim tudung t-shirt bermanik. Santek!!! Macam nak beli semua warna. Pastu pusing2 kipmart, plazakota dan kedai kemboja, terbeli 4 helai blouse t-shirt. Suker sangat! Ada satu baju tu aku rasa macam artis lah pulak hahaha.
Dah habis soping, pukul 4 petang baru lah kami bergerak balik. Punya lah lama. Keluar rumah pukul 12 tu tau. Ni pun aku tak pandang kain2 ela. Kalau kain pun nak beli, harus malam baru aku balik kot. Sejak lepas raya ni aku banyak mengumpul tudung dan baju untuk jalan2. Belum angin membeli kain ela lagi.
Dan kami sampai rumah sebelum pukul 7 malam. Punya lah kat kampung panas terik sejak sebelum raya, sampai pr, hujan selebat2nya. Minggu ni je tiap2 hari hujan petang. Dah tiba musim tak perlu siram pokok bunga. Jimat bil air aku.
Minggu ni aku kerja celup2. Isnin kerja, selasa cuti. Rabu kerja, khamis mc. Jumaat kerja, besok lusa dah cuti. Minggu depan je lah kot kerja penuh. Minggu depannya pun kerja celup2. Isnin kerja, selasa cuti (deepavali). Rabu kerja, khamis cuti (awal muharam). Pastu minggu depan depannya pulak, ada cuti hari khamis sempena hol sultan. Kerja cuti jek lah. Akibatnya, kelas banyak hangus. Exam start lagi 2 minggu. Kelas tak abis lagi. Caner tu?
Abis tiba2.
H
Friday, 2 November 2012
Raya Haji 1433H
Hasil karya AyunasiA pada 4:15 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
kdg2 malu nak tulis sbb tah hapa2 tp sbb setiap hari adalah berbeza maka tulis jugak..baca akan dtg boleh buat senyum sendiri ;)
kami nak buat korban tahun ni utk anak kecik tp lembu terlepas...so pospone tahun depan
Post a Comment