BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 22 November 2012

Aaron

Sorry... tidak seperti yang korang sangka. Aku tak maksudkan erenajis. Memang lah aku suka sangat adam&hawa, tapi takde lah sampai aku terminat kat erenajis jugak. Tak. Atau belum. Aku tidak menilai seseorang itu melalui paras rupa dan fizikal semata2. Memang lah ramai wanita2 di luar sana tu tergila2 (atau istilah yang digunakan, 'merembes') kan erenajis. Tapi aku macam zedzaidi jugak hahaha, takleh terima orang singapore lagi popular dari orang mesia. Tiba2 patriotik, kan. Eh, tapi kan, masa abpbh tahun lepas kan, aku macam takde perasaan je erenajis menang. Padahal aku layan noraelena jugak. Aku layan ombakrindu jugak. Kenapa erenajis tak menarik perhatian aku eh? Musykil. Tak hensem ke heols eh? Apa2 pong, anak pak seman tu jugak yang aku minat (dalam kategori artis). I lap u bet0! Tiba2.

Okeh, berkenaan aaron yang aku nak ceritakan ni sebenarnya aku maksudkan aaron kwok. Kenal? Sekarang ni kan kat wayang tengah tayang citer coldwar. Masa pi tengok istanbul aku datang tu ari aku ternampak la poster coldwar tu. Sekali tengok senarai pelakonnya, wow! Ada aaron kwok. Aik? Sejak bila minat aaron kwok pulak ni? Selama ni minat tony leung chiu wai (infernal affair) jek.

Errr ada iras2 bet0 sikit ek?

Ini lah posternya. Kalau sempat weekend ni nak tengok lah. Ada tony leung gak, tapi tony leung ka fai la. Lain.

Okeh, sebenarnya aku ada cerita pasal aaron kwok ni. Dulu, masa kecik2, lebih kurang masa sekolah rendah. Masa tu, kedai2 yang jual frame gambar, mesti kat frame tu ada gambar pelakon2 ciner nih. Antara yang popular masa tu ialah andy lau. Tak ketinggalan juga aaron kwok ni. Jadi, kami yang tak de duit nak beli frame ni, sesuka ati gi ambik gambar2 pelakon2 tu. Ramai yang minat andy lau. Tapi, aku suka ambik gambar aaron kwok. Tak tau kenapa. Ada beberapa gambar berbeza yang aku ambik. Tapi yang penting, kalau nak kenal aaron ni senang jek. Gigi dia comel.

Agaknya dulu aku ada rembat gambar ni tak?

Eh, ada iras2 erenajis la pulak ek?

Sekarang, dah tua sikit. Aku rasa 40-an kot umur dia sekarang.

Dulu dia ni kira cute ar...

Alahai, jambu nyer. Comel kan, gigi dia?

Ok, itu je. Nak citer pasal gambar kat frame tu je hehe.


2 komen:

Irfa said...

aku masa skolah minat Leon Lai Meng
kalau x silap nama dia..hidup lagi ke dia ye?

aku pun igt gambar kat frame tu.hihi

AyunasiA said...

idup lagi kot. rasanya seangkatan je derang tu.