Jumaat lepas aku malas masak. Makan kat trafik lite je lah. Kedai makan tu dah pindah tak jauh dari trafik lite, senang sket nak parking. Aku makan nasi goreng kampung, abang makan mee bandung. Balik tu, iron baju sket. Tak tahan ngantuk.
Ari sabtu pagi, kami bernostalgia pulak. Naik kancil, park kat ito, kendian tunggu bas. Datang bas johore motor yang agak uzur. No plat JCJ, zaman aku darjah 6. Ingat dapat naik causeway. Harga tiket RM2.30. Biler naik bas camni, barulah nampak benda2 tepi jalan yang salu tak nampak, samada terlepas pandang, atau pun kete tak cukup tinggi. Sampai BP, turun kat tepi pasarayaku, depan singamas tuh. Kendian jalan kaki gi toyolta. Mentara tunggu tangesh, kami lepak2 kat lobi. Order milo, dapat biskot sepeket. Tak lama, dapat la kete ku yang berwajah baru kembali. Best best dah cantik. Bekas kena sagat pon hilang sekali. Hihihi.
Tiket bas johore motor. Aku suka sebut johore motore. Time sekolah kat kluang lagi ada bas nih. Rasanya zaman sebelum tu pon dah ada.
Dari situ, terus lah balik parit raja. Singgah solat kat ito, kendian terus pegi open house umah jali. Budak papan timur nih. Makan laksa penang ngan mihun sup. Balik tuh terus gi carik sofa. Huhahuha, kami pon order. Siap dalam 6 hari gitu. Takpe, lambat2 pon takpe. Takyah siap sebelum open house pon takpe. Memang takmo kasi sempit umah. Balik rumah, teruslah aku memasak. Semangat. Sedap jugak aku masak.
Ahad pagi, keje mengemas la macam biasa. Tengahari, gi open house umah najib pulak. Kat taman nih jugak. Makan nasik ayam. Kul 3pm, mintak diri, gi umah kak maisarah pulak, kat simpang 5. Dia jemput kul 4pm, tapi kami sampai tu dalam 3.45pm gitu. Makan laksa penang yang pedas tapi sedap. Ada ubi rebus cicah sambal tumis juga. Dan ada kek coklat ‘danau toba’ yang juga sangat sedap. Banyak betul aku makan kat situ. Balik tu singgah BPmall tapi tak masuk dalam. Hantar borang peraduan jek. Balik dan terus mengiron baju. Sampai ke malam aku mengiron. Banyak betul.
Hari Isnin, kelas pack dari kul 8am sampai 5pm. Ct nurhalija pon takleh nyanyi selama nih. Sakit rahang asik bercakap jek. Tengahari kami gi open house kb aku. Kat taman sri wangsa. Memang kena pegi sebab nak tengok rumah baru dia hihihi. Renovate saje, RM60k oulsss. Umah semi-d double storey. Saiz umah macam rumah teres 2 tingkat biasa. Depan umah dia ada umah banglo besooo ngan laman yang agak2 beso padang bola lah. Rege, takyah tanya lah. 700k. Sape nak? Takleh lawan rumah taman jasa yang sangat besar tapi murah itu. Aku ni masih nak cite kebestan taman jasa tu. Apa taknya, rumah semi-d 44x90 hanya RM211k sahaja. Memang sangat berbaloi lah. Ada satu umah nak dijual kat situ. Sape nak?
Tak ramai orang arituh. Driver dia, setiap kali ambil orang, mesti jemput naik naik naik
Opsss kat open house makan nasi himpit dengan lauk raya biasa. Plus satay. Sedap. Catering katanya. Balik tu, dah start ngantuk. Tapi demi mendidik anak bangsa, aku sendal gak la kelopak mata ni.
CD player yang dah dibetulkan. CD asik jump jek. Pastu bila dah jump tu, takleh nak kuarkan pulak.
Balik umah, buat cucur udang sket. Abang pose la pulak. Lepas isyak, kami pon pegi baraan. Ni first time aku masuk umah depan tuh. Sebijik design umah bukit perdana kami dulu. Baru la terfikir, selebet je umah aku dulu. Alhamdulillah, sekarang dah tak selebet sangat. Bermarhaban la aku sambil tahan ngantuk. Makan dah kul 10.30pm. Biasa2 jek. Ada nasi goreng, mi goreng dan 4 jenis air. Takyah expect lelebih la kan. Tu area low-cost. Balik tu, terus aku print borang cuti. Nak cuti ari jumaat nih. Siang je cuti, tapi malam pegi gak jamuan raya staf kat pelican. Sebelum tido tu lahhh time nak pulun study. Esoknya kelas kul 8 pagi! Sambil2 tu tengok tv. Ulang lagi cite Quran Buruk tuh. Memang hampeh la wan maimunah dalam citer tuh. Aritu aku tengok kat kota, along siap suh tukar channel time derang dah kantoi tuh. Geram sangat. Lakonan mu mantap makcik…
Wednesday, 22 October 2008
Aktiviti Hujung Minggu
Hasil karya AyunasiA pada 12:15 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment