Ari ni aku sebenonya nak sambung cite weekend lepas yang tergantung semalam. Tapi oleh sebab pagi tadi aku dah emo, maka, aku sambung sekarang lah ek.
Okeh, ari ahad, seperti biasa, aku bangun awal sikit. Tambah pulak malam tadik tu tido kul 2am, lagi awal lah aku bangun kan. Bangun2 je, terus basuh toilet. Ada pulak? Dah, kali terakhir aku cuci is sebelum balik kampung beraya. Kendian time raya pulak berduyun orang (tak ler ramai mana pon) masuk toilet tuh, lagi lah geli aku nak pijak. Dah lah aku selesa beri kat toilet luar tu jek. Nak tak nak, kena cuci gak. Kalo dulu kat umah mak, tiap2 ari basuh toilet. Aku pemalas sikit. Ke banyak?
Siap cuci2, abang balik dari bp, anto sapit gi bus stand. Bawak balik kad jemputan kawin reza. Hihihi nama bakal isteri dia ala2 fasha sandha pulak. Lepas mandi, siap2, kami pon kuar. Mula2 gi kluang dulu. Taman saujana. Dah lama teringin nak masuk taman ni sebab pemaju dia sama ngan bukit perdana. Umah kawan abang ni semi-d. Tak ramai sangat orang kat taman tuh. Macam tak berapa nak naik. Kat sana makan nasi beriani. Ke nasi minyak? Entah, aku rasa sama je rupa nasi2 nih. Abis makan terus ke parit raja pulak. Dekat je ngan umah kami. Kat situ pulak, makan mee rebus. Abis kat situ, kami gi bp. Tak sah dalam seminggu tu kalo tak gi bp, padahal baru ari jumaat gi. Tapi kali ni tujuannya nak carik sofa. Alerrr kedai jalan tupai terbang tuh tutup pulak. Terpaksa la pegi bpmall hehehe. Alasan. Jumaat tu dah survey dish drainer tu, tapi nak tengok dulu kat jusco. Dah, kat jusco tak jumpa pon benda alah tu, terus beli je kat pasifik. Kendian beli water dispenser ngan bekas apa ke benda tah yang salu orang isi nasik tuh. Balik umah sebelum maghrib. Malam iron baju jek.
Semalam abang cakap ada kawan nak datang raya. Aku pon bagi syarat, datang lepas maghrib sebab aku dah plan nak tido awal. Apa tak nyer. Dalam kelas asik menguap jek. Aku yang kenkonon rajin ni pon mula la gedik2 nak masak mee goreng la, konon tak best pulak orang datang makan kuih je kan. So, balik keje tu kami pon berjemaah la memasak. Senang jek kan. Tapi kalo berjemaah tu, cepat sket siapnya. Lepas maghrib, dah siap. Tunggu punya tunggu, dah masuk waktu isyak. Kawan tu cakap, kalo jiran sebelah tu takde, cam takyah lah dia datang. Sebab tujuan asalnya nak gi umah jiran tu, nak tanya pasal babysit. Aku dah ala2 merajuk dah. Abis, sape nak makan mee nih? Kendian, sorang lagi kawan call cakap tak jadik datang. Lepas solat isyak, kawan yang baru call tu datang ngan anak dia jek. Wife tak ikut. Tak lama kawan yang memula tu pon datang. Kendian kawan selang 3 umah pon datang. Kawan ni ala2 mr mama tau. Dia jaga anak dia yang baru 3 bulan, wife kat ganu. Huh! Cekal no? Derang balik kul 10pm lebih. Ngantuk laaaaaaaa...........
Tuesday, 14 October 2008
Sambung Cerita Balik
Hasil karya AyunasiA pada 4:28 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment