Thursday, 16 October 2008

I Wish...

Wah! Perbankan internet bank harimau sudah berwajah baru! Ingat? Duit bukan segala-galanya. Hehehe nasihat dari si mata duitan. Memula bukak, takut gak nak login. Kot la tipu2 nyer site kan. Tapi tengok address memang betul. Masuk je lah. Kenapa bukak website tu pepagi di tengah bulan? Saje. Aku memang suka tengok belen2 duit dalam akaun. Hihihi gaji bulan lepas pon cam tak terusik. Rekod dunia tuuu. Pas nih aku akan pastikan setiap bulan, aku merasa kaya barang seminggu dua, baru bayo bil. Best apa. Kalo tak, arini gaji, petang dah tinggal serdak2 buat belanja harian jek.

Wishlist semakin panjang. Lebih2 lagi selepas perbualan seperti previous entry tuh. Sebelum ni dah tau dah. Cuma cam tak confirm jek. Sampai aku pun dah tawar hati nak mengharap. So, apa ke benda nyer yang menjadi idaman ku ituh?

1. Laptop - DELL or Sony pink/gold color( dua2 nih ada kaler kali )
2. Sewing machine - Juki
3. Oven - Rinnai / Fagor
4. Sofa - 1+2+3 half leather beige color
5. Dining table - 6/8 + 1
6. Tint kancil - haiyooo dah 8 tahun baru ingat nak tint ker...

Banyak la pulak. Cukup ker duit? Huhuhu sebelum tahun baru insya Allah dah dapat semua, kot. Tahun 2009 nak cari hartanah pulak. Satu, tanah kebun nak tanam buah-buahan. Nak tanam durian, rambutan, duku, langsat, manggis, kelapa dan limau madu. Buah yang ada kepentingan ler tuh. Dua, tanah lot untuk rumah impian. Sebelum ni jumpa tanah 60x80 jek. Muat2 rumah jek. At least nak seluas rumah felda, suku to setengah ekar. Yang penting, ada kan dulu. Biler nak buat nyer tuuu tak tau lah kan. Seploh tahun lagi ker. Time agak2 dah jemu duk umah sekarang, kiter wat umah baru. Berangan je dulu. Bukan kena bayo pon berangan nih kan.

Oh, luper nak citer. AH ku sekarang dah jadi rojak. Aku suka AH ku dulu sebab interior dia kaler krim. Cerah pandangan. Kemudian abang beli carpet mat gulung2 tuh kaler grey. Ok lagi sebab benda tu duk kat kaki, tak perasan sangat. Kendian, raya arituh, ngah tukar kete 'impian' dan kasik leather seat AB dia kaler dark grey pulak. So, rojak lah sudah interior AH tuh. Fenin aku melihatnya. Selasa, abang hantar AH gi cat skirt dia yang sopak. Tak paham aku cemana cat tu leh tanggal akibat air. Tengok AH orang lain elok jek. Dulu aku ingat sebab terkena batu2 kecil time aku ulang alik mersing. Sekali lepas balik sg petani, makin teruk sopaknya. Sah lah sebab kena air hujan. Sibbaik derang nak wat jugak for free. Kalo tak, aku jual AH tu esok jugak. Hehehe yo yo o aje.

0 komen: