Seperti biasa dan seperti orang lain gak, naik cuti raya, mestilah nak cite pengalaman raya kan. Kiranya cuti kali ni separuh cuti puasa, separuh cuti raya sebab jumlah cuti nyer memang 5 hari time pose, 5 hari time raya. Bestnya kalo ngajo kat poli, student cuti 2 minggu, pengajar pon mesti leh cuti 2 minggu gak. Best best. Aku ni pa’kal je ada kelas ari isnin. Kalo tak, mesti aku sambung cuti barang sehari dua. Penat wooo raya nih. Tapi satu perkara pasal raya kali ni ialah aku kurang tengok tv. Channel biasa memang lah banyak. Mesia je ada 6 channel. Singapore ada 4 kot. Indon 3. Tambah lagi channel estero, dah berpuluh2 jadinya. Ada pulak channel syawal 188. Pendek kata, bukak je tv, macam2 ada. Eh, nape aku tak tau pun pasal channel 188 tuh? Balik kampung baru perasan. Rupanya ada channel khas raya cam channel sukan olimpik, werlkap dan euro jugak. Kena bayo 7 hengget kalo tak silap. Rupanya sepanjang bulan pose aku tak tengok tv. Tengok sipi2 jek. Berita langsung tak tengok. Rugi tul bayo 60 hengget. Biler2 nanti nak gi carik aerial tv lah. Derang cite kalo ada booster leh dapat tv indon ngan singapore. Tak pakai booster pon leh dapat tapi tak terang lah. Kalo dapat pasang cam kat muo tu, silap2 tv sri lanka pon leh dapat hehehe. Exxagerate la pulak.
Seperti yang telah aku war2 kan, aku mula cuti pada hari Jumaat. Oleh sebab sejak malam jumaat lagi aku dah mula operasi menjahit, tengahari jumaat tu, baju raya aku pon dah siap 6 pasang. Banyak masa lagi. So, lepas jumaat aku suh abang beli kekabu 2 bungkus. Dapat lah aku membuat 4 bijik bantal baru. Yeay! Tu pon sampai ke malam aku menyumbat kekabu tuh. Kalo sumbat jek tak pe lagi. Ni nak kena carik2 dulu, takut dia tergumpal, pendek plak hayat bantal tu nanti. Carik2 pon sambil pakai ray ban tau. Pedih mata aku masuk habuk kekabu tuh. Siap semua tu, dah tengah malam. Baju tak kemas lagi.
Sabtu pagi, kemas rumah. Sambil2 tu kemas baju sekali. Huhahuha, tengahari baru siap. Akhirnya, kemas jugak rumah tuh. Kira kesan2 berpindah kira dah tak nampak lah. Lepas Zuhur, kami pon bertolak balik kampung. Kali ni nyanyi lagu raya sendiri dalam kete. Terlupa la pulak yang henfon ada radio. Apa daaa. Singgah kota, beli blind yang dah di usha kan arituh. Tak sempat buka kat rumah. Minum air kosong jek. Tu pon kami imagine je air dalam tumbler pink tu sirap bandung dan tumbler itam tu air cincau. Sampai semenchu terus makan mee goreng. Malam tu terawih kat rumah jek.
Esok pagi, kami keluar ke kota. Carik baju melayu sapit. Ewah2... bebudak ni sesedap rasa je mengepow abang dia. Songkok nak jenis tinggi, takmo yang biasa2 nih. Kesian laki aku, pakai songkok hantaran 4 tahun lalu jek. Tak tinggi lak tuh. Butang baju melayu pon takmo yang 5 hengget dapat 2. Sungguh la pemurah suami ku itu di hari raya ini. Hulur 50 hengget macam hulur 5 posen jek. Kalo lah sifat pemurah tu terbawak2 ke ari ni, bleh gak aku singgah beli ayam ikan balik keje nanti. Tak ingat ke minyak kete nak kena isi? Dah nama budak sekolah, sendiri mau ingat lah. ‘Ada’ butang tu pon dah kira ok aper. Tak perlu lah nak yang berkilat2. Ngalah kan tudung aku lak kilatnyer. Kalo jenis cermat tak pe. Silap2, nak sembahyang jumaat minggu depan, dah lesap butang tuh. Kiter ni nak membeli barang, pikir punyer lah panjang. Kalo boleh postpone, postpone kan dulu. Untung2 berubah fikiran, terus tak jadik beli. Moral of the story, lenkali kalo bagi duit kat bebudak, bagi cukup2 jek. Kalo benda rege 5 hengget, kasik seploh hengget, kira ok lagi. Tapi kalo benda rege 2 hengget, tapi kasik 50 hengget? Errr aku kan matematik lemah. Aku rasa, orang yang tak kedekut pon boleh pikir 88x, inikan pulak aku yang kedekut nih. Nasib aku lah... pakai kerongsang sepasang 5 hengget jek. Hukhukhuk... Sibbaik raya setahun sekali jek. :P
Cuaca punya lah panas arituh. Haus dan penat toksah cakap lah. Sampai aku rasa cam nak minum air jek. Balik tu baru kul 1pm. Lama nya lagi nak bukerrr. Petang tuh buka apa ek? Lupa la pulak.
Ari Isnin buka kat at5 pulak. Petang tu kami menganyam ketupat. Tahun nih takde pulak sup tulang. Daging pon abah beli ari selasa. Selasa tengahari baru balik semenchu semula. Derang dah sibuk2 masak raya. Kali ni masak petang. Time buka dah makan ketupat rendang dah. Raya awal. Malam masak kek jek.
Pagi raya dah tak sibuk2 kat dapo. Tinggal panaskan jek. Lepas solat raya, makan2, baru lah diadakan khatam Quran, tahlil dan sesi bermaaf-maafan. Selesai sumer tu, dah pukul 1pm. Lepas Zuhur, kami pon balik at5. Sunyi jek kat sana. Lepas mak kuar beraya, kami pon mengganti tido. Hihihi macam tak raya pon. Lepas maghrib, balik semenchu sebab nak gi beraya. Sempat beraya 2 rumah jek, kat at1 ngan pasak. Balik tu, terus tido.
Raya kedua, lagi tak best. Tengahari balik at5, pon takde orang. Petang baru yayu, ita ngan abang epet sampai. Lepas maghrib pegi sg mas ngan semenchu.
Raya ketiga, raya umah wakru. Kendian balik semenchu. Huhahuha, kami pon bertolak balik kampung. Lalu kulai (eh, dah tukar nama kulaijaya ek?), jammed dekat2 simpang tol. Sibbaik ada jalan alternatif. Kat hiway, sekejap hujan, sekejap teduh. Kuar tol machap, carik masjid. Akhirnya sampai ayer hitam. Pegi masjid atas bukit, tutup pulak. Sibbaik ada sorang mamat ni bagitau masjid alternatif 1km dari situ. Sampai masjid, betul2 nak mula solat. Parking kat laman rumah orang. Nampak pulak pokok bendi ngan buah yang beso2. Memula mak cakap2 jek, nak mintak benih bendi tuh. Tapi segan lah nak mintak. Abang pulak dengan selamba jek bagi salam, mintak ngan orang tuh. Orang beraya mintak duit raya, ni mintak benih bendi la pulak. Pastu balik rumah kami. Lepas solat, makan2, teruskan perjalanan ke kampung.
Memula gi umah mak abang man (birasku). Makan nasik ngan ayam jago masak lemak. Kendian gi umah nenek. Makan laksa. Lepas maghrib gi umah maklong ngan kak long idah. Ekspress je beraya. Kul 9pm dah balik. Sampai rumah, sumer tak jadik balik. Tido dulu. Esok pepagi semua balik. Abah lak keje pagi tuh. Dari rumah kami kul 7am, kul 9am dah sampai semenchu. Sungguh la laju bapa mertua ku itu memandu. Tengahari memasak pulak. Makan pon dah pukul 3pm. Kendian terus tertido.
Apis dah besar ek... birthdate dia samer ngan mawi hukhuk
Ahad pepagi lagi aku dah menyingsing lengan. Rebus ketupat nona, masak rendang, lodeh dan ayam masak merah. Pukul 12pm, semua settle. Kul 1pm, mak, adik ngan along sekeluarga pon sampai. Ina sampai 30 minit kemudian. Mala yang yo yo o nak datang, takde la pulak. Adik ipo dia xsiden pulak, terpaksa balik perak malam semalam. Tak lama derang kat umah. Kul 2.30pm dah balik. Kendian, aku pon kebabooom tido. Eh, asik tido jek keje nyer. Pukul 5pm, in pulak sampai. Makan2 lagi sampai kul 6pm. Eh, sedap pulak makan second round nih. Malam baru iron baju. Semangat pulak. Tido kul 11pm lepas tengok cinta. Asik tersedar je malam tadik. Tapi ok lah, bukan takleh tido balik. Aku suka tido cenggitu sebab bila tersedar tu, tengok jam, masih boleh tido lama lagi. Sekian saje cite raya ku yang tak berapa nak sakan. Antara sebabnya ialah aku demam selesema sehari sebelum raya. Sampai arini tak baik2 lagi. Adik ipar pon ada yang demam. Abang ipo pon demam. Masing2 gi klinik takut kena chikungunya. Kaya la doktor2 kat kota tu, sumer orang demam gi klinik. Dah, sorang demam kena RM50, kira la sendiri kalo dah penuh sesak klinik tuh.
Raya2 pon berkubang?
Ari isnin, kelas aku kul 8am. Masuk kelas, separuh je yang ada. Ramai tak balik lagi. Geram betul la. Orang ye ye lah tak ambik cuti sebab ada kelas, bebudak nyer plak takmo balik lagi. Dah tak cukup orang, aku pon tak ajar la. Aku memang tak suka ngajar tak cukup orang takut nanti ada yang ketinggalan. Kelas kul 10am lagi best. Ada 8 ketul je. Aku kasik kuiz jek.
Balik keje singgah farmasi beli ubat selesema. Kendian terus masak. Sambal udang+sotong. Eh, sedap rupanya biler campo cenggini. Agaknya air udang bercampur ngan air sotong, tu yang jadik sedap tuh. Malam tak makan pon ubat selesema tu sebab rasa cam dah nak baik. Elok lah kurangkan dadah dalam badan ni.
Pagi semalam dah tak selesema. Best nyer! Balik keje masak ayam masak kicap pulak. Aku memang fail bab masak kicap nih. Tapi, biler makan, sedap pulak. Hahaha asik puji masakan sendiri jek la keje aku. Dah, abang takmo puji lagi dah. Takut aku masak benda yang sama je hari2. Kata sedap... Malam tadik tido sambil tengok citer cuci. Raya pertama aritu aku tengok sekerat je sebab tertido. Semalam pon tertido jugak. Sibbaik dah pernah tengok kat wayang. Malam ni ada cite best. Apa ek? Entah, yang aku ingat 8hb ada cite yang aku nak tengok.
Pagi ni kawan2 cite ada student ie kat sini meninggal eksiden malam tadi. Baca kat metro, dia nak terkucil, suh bas berenti. Kendian dia duduk kat tangga mentara tunggu bas tu berenti. Pastu ada lori dari depan, bas tu nak elak bas, terlanggar penghadang jambatan, tersepit la budak tuh. Ninggal di tempat kejadian. Innalillahiwainnailaihiraji’un...
Next, gambo rumah! Setelah digodeh serba sedikit, aku telah berjaya menyiapkan gambo untuk didedahkan kat sini. Tapi gambo dapo jek sebab dapo jek yang dah complete. Tunggu...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment