Semalam abang bawak balik bubur lambuk 2 bungkus. Fuh! Tak yah masak. Baru ingat nak goreng mee. Sepanjang bulan puasa ni aku rasa cam takde rehat jek balik keje. Sampai rumah, kalo tak masak aku mengadap mesin jahit. Lepas buka gi sembahyang 'rehat2'. Hihihi ada orang cakap, tak de jumpa lagi tarawikh lebih express dari surau parit jambul ni huhuhu. Kul 9pm dah abis 8 rakaat. Balik tarawikh terus ngadap mesin lagik. Paling cepat tido kul 10pm. Kalo mesin ok (baca:mood ok), drag ke pukul 11pm. Pastu pepagi nyesal tido lambat sebab ngantukkk lor... Biler siang2, azam malam ni nak tido cecepat, tapi tak jugak. Abis, baju raya aku tak siap lagi!!! Huaaa tensi nyer. Takat baju je dah siap la 4 lai. Tapi kain nyer lum pasang getah lagik. Ada 2 kain lagi lum jahit. Sembat tangan ngan bawah baju ada lagi 2 lai. Kesimpulannya baju raya aku 6 pasang. Hehehe macam bebudak lak baju raya bebanyak nih. Yang lebih2 tak sempat siap tuh aku bawak ke raya aji je lah. Kalau ikut pengalaman tahun lepas, baju raya 4 pasang dah ok. Tu pon ada yang berulang pakai. Oleh sebab aku cuti sampai raya ke 5, confirm cukup lah tuh. Sakan!
Oh, lupa nak cite, semalam malam hujan sangat lah lebat beserta ribut (menurut cite abang la, aku langsung tak sedar). Sepanjang jalan gi keje banyak pokok patah dahan. Sampai opis, 2 bijik pasu besar pemeluk berisi tanah dan pokok setinggi aku, tumbang dan salah satu daripadanya pecah lagi. Maknanya memang kuat lah ribut tu kan. Nape aku leh tak sedar ek? Alasan di perenggan pertama boleh dipakai kot.
Satu lagi yang lupa nak cite is pasal kerepek raya. Kat opis aku ni ada rombongan gi kilang kerepek tau. Jumaat lepas. Tapi aku tak ikut. Sebaliknya aku gi jugak kilang kerepek, tapi ngan opismate. Jumaat tu ex-kb aku ajak gi ngan kj. Haiyaaa ini orang batu pahat pun tak tau katne kilang yang glemer tuh. Memula kj ajak gi azharfud, takmo gi noorayikin sebab jalannyer kecik. Pastu teringat pulak azharfud tu tepi jalan besar dan susah nak parking. So kami gi noorasyikin la pulak. Nak gi noorasyikin tu lalu salleh gak, tapi aku pernah pegi situ dulu, bersepah2. Tak best. Kami gi tu naik vios. Bila nak motong kancil, ex-kb aku tu teragak2, muat ker muat ker? Hehehe jalan tu laluan aku setiap hari la. AH pun leh motong lori hantu, takkan vios tak muat potong kancil plak kan...
Kat situ aku beli kerepek yayu je sebab aku dah janji nak dating ngan abang petang tuh. At least aku leh survey2 dulu kan. Kalau dulu rasanya kedai ni banyak kerepek berbanding kuih biskut. Tapi sekarang dah terbalik kut. Biskut raya punya lah banyak. Eee memang banyak giler lah. Macam2 pesen. Dan yang penting, semuanya nampak menyelerakan. Sebagai jalan selamat, aku memilih untuk tidak membeli biskut2 ituh. Nak makan kalu, gi je beraya umah orang. Hehehe. Aku suka kuih apa? Paling suka sekali kuih goyang aka kuih ros. Kedua kuih sarang semut. Ketiga kuih semprit. Keempat dodol. Kelima maruku mak. Keempat errr dah.
Balik dari situ, kami singgah rumah kak ita. Saje je lah nak tengok dan bayangkan apa yang dia cite2 kan tu. Umah dia kat taman jasa yang aku kunun tak jadik beli dulu tu. Kat senggarang. Tapi yang kak ita beli tu 2 tingkat. Memang besar betul umah dia. Puas ati lah. Sesuai lah dengan anak 7 orang kan...
Belah petang, jumpa abang kat noorasyikin. Beli kerepeks ngan kuih sarang semut yang aku suka tuh. Dah makan pun malam tadik. Nyum nyum.
Jumaat lepas jugak, abang gi pulang kunci rumah sewa. Time abang datang tu makcik gedik takde. Tapi, time nak balik, dia balik pulak. Cis cis cis. Siap kasik pisang salai plak tuh. Apa aku nak buat ngan pisang tuh ek? Kalo ikut kan memang lah suka makan pisang salai nih. Tapi... Kalo kasik kat bakal penyewa baru dia aci tak? Kasik dia impress ngan kebestan bakal landlord dia. Abang nak bawak balik kampung jek. Ermmm sedekah kat surau pon ok. Hiii aku ni memang teruk tau. Aritu dia kasik keropok lekor la durian la, macam2, sumer aku tong sampah kan jek. Huhuhu sungguh kejam. Tolak rezeki ke nama nyer? Ah, pedulik apa aku. Dah, dia still sms n calling lagi, mana aku tak hot. Malam tadik, bagi sms, rindu lah sayang. Uwekkkkkkkkkkkkkkkk tak pepasal batal pose kang. Kalo cite pasal makcik gedik tu lebih2 kang kurus lak pose aku. Ignore je lah. Dah takde kena mengena. Oh, lagi satu, dia tak pulangkan deposit setengah bulan ngan deposit api air tau. Rugi lah bil api air kami tak sampai 100 pon walau 3 bulan tak bayo. Tapi deposit setengah bulan tu RM180 tau, leh wat duit raya. Kalo aku tak halal kan (saje tanya, tapi memang tak halalkan pon) camne ek? Tak pe ke?
Semalam, bangun pagi, abang cakap sakit dada. Alamak! Ingat biasa2 jek. Kendian abang gi klinik. Dr check2, cakap normal je. Cuma, maybe otot2 tu terkejut. Aritu kan pindah2 keje berat, tetiba berehat. Kena lak tido sejuk2. Kalo mak tau ni, mampos kena marah. Sedang kan angkat barang kecik2 pon mak tak kasik. Dah setahun eksiden tu, tapi mak still tak kasik wat keje berat2. Tapi aku? Sian dier... Pagi ni dah ok. Alhamdulillah.
Petang semalam tilam dah sampai. Masa order tu dia cakap yang kami nak tu murah sikit, takde jahit (apa ke nama jahitan tu, time buat beg form 3 dulu ada buat. alaaa yang ada span, pastu jahit atas dia tu). Pastu kena order dulu kat kilang. Sekali biler sampai, dia kasik yang ada jahit 7 inci. Rege kalo kat sunli tu 400, tapi kami bayar harga yang lebih murah. Yeay! Marketing bagus lah kedai 497 tuh. Rasanya dia malas nak order kot, tu yang dia kasik je tilam yang sedia ada dalam stok. Plus dia janji nak bagi sebelum raya. Agaknya kilang tak sempat hantar sebelum raya kot. Lantak lah. Yang penting tilam tu nampak mahal dan best. Aku saje beli tilam foam sebab tilam spring ni kalo cikai2 nyer mesti lama2 rasa spring dia. Kalo vono memang la sedap tido (hehehe camne lah aku tak kuat tido, tilam best...), tapi rege plak 2 kali ganda. Takpe lah. Bukan selalu pon orang pakai tilam tu. Sesekali je orang datang.
Oh, hari ni last aku keje sebelum raya. Esok aku dah cuti. Cuti menjahit namanya. Nak kemas rumah lagi. Kelmarin dapur aku dah siap. Dah ambik gambo, tapi kemre tak bawak. Boleh? Lagi pun, tingkap masih lopong, tak best ar nak letak gambo kat sini. Nampak janggal jek. Balik kampung ari Sabtu, singgah beli blind kat kota kedai arituh.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa yang pernah, sedang dan akan singgah blog ni. Maafkan juga seandai kiranya ada kata2 aku yang menyinggung perasaan atau membuatkan rasa meluat dan menyampah. Kalo tak suka jangan singgah. Kenapa singgah kalo tak masuk? Eh macam lagu pulak. Nak masuk ke mana plak dalam blog ni kan? Okies, itu jek. Hati2 di jalan raya!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 komen:
Ayu.. rajinnya menjahit baju. Kak sya nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin
noorasyikin kat mana? kilang kerepek yg mana eik. Yg dekat parit lapis dalam tuh MdShah dan apa tah? Yg itu ker?
Selamat Hari Raya
Maaf zahir n Batin
kak sya : dah rutin tahunan...
kak ajzie : alerrr... dah raya, leh jawab lagi ker? noorasyikin tu kat jalan parit kemang, dekat2 senggarang dah.
Post a Comment