Disclaimer : Tak perlu menilai diri ini melalui penulisan ini.
Tertunggu-tunggu jugak apa berlaku hari nih. Kalo ada apa2 pon, bukan aku leh rasa pon. Ada takde, tengok berita je lah malam nanti. Tu pon kalo berita tu hangat, bleh dengar sebelum gi Tarawikh. Kalo berita suam-suam kuku harus lah hujung2 dekat nak abis baru kuar kan. Takpe, kiter tengok tv bernama kul 6pm nanti ek...
Ngantuk sangat arini. Umpamanya ngantuk yang weekend lepas tu ter carry forward ke hari ni lah agaknya. Nak gi keje tadi, punya la berat mata. Kalo la bukan aku yang drive, harus sempat lelap siap mimpi kot on the way ke tempat keje tuh. Dah sampai tu pulak, terus ada kelas kul 8am. Huaaa cam nak sorok bawah meja je rasanya. Bawah meja aku ni ada kusyen, leh tido sepicing dua. Masuk kelas pulak, muka masing2 punya la temek. Adoiyai... terpaksa melawan nafsu tido demi mendidik anak bangsa. Tapi bila dah mula membebel, tak sedar pon dah 9.30am. Lepas rehat 30 minit, sambung kelas yang sama. Fuh! Abis jugak kelas 4.5 jam ku itu dengan jayanya. Ni, tengah sendal kelopak mata nak menyiapkan soklan test 1 untuk pengesahan kj. Boleh ke aku menyiapkannya sebelum esok? Argh!!!
Di rumah sekarang, agaknya kabinet dapo ku sedang di install. Tak sabo nak balik!!! Esok dah boleh masak untuk berbuka. Ye ker aku rajin? Hehehe Alamak, bila aku nak beli kerepek nih? Tiap2 ari lalu je kilang kerepek tuh, tengok bertimbun2 kerepek dia. Jangan jadi cam tahun lepas, esok nak raya, semalam baru cari kerepek. Akibatnya, dapat serdak2 je lah. Balik la kampung dengan tangan kosong dan muka 'kerepek'.
Takde idea la pulak. Time2 nak raya ni orang suka tul nostalgia2 ni ek. Aku nak cite pasal lagu raya lah. Lagu raya pertama aku dengar kat era semalam ialah lagu anuar-elina. Tahun lepas2 ada tengok rancangan raya AF3, suara elyza tu memang iras2 suara akak dia jugak kan? Dah, satu cetak.
Lagu raya yang paling aku suka ialah lagu Allahyarham Sudirman.
Dalam dingin subuh hatiku terusik...
Mula sekali sedar ke best an lagu ni ialah time tahun pertama duk hostel tahun 1995. Huaaa sedih betul. Padahal bukannya tokleh balik raya kat kampung pon. Bak kata pengarah aku, generasi dia, dengar lagu balik kampung tu takde lah feeling apa sebab lagu zaman dia. Nak feeling kalu, lagu p ramlee ke, s jibeng ke. Kiranya lagu zaman sebelum tu lah. Sama gak cam zaman aku ni, mana ada feel lagu ct nurhalija. Yang feel nya lagu sudirman ke sanisah huri ke. Baru la membangkitkan nostalgia.
Dulu, kalo carta lagu mingguan, harus, nombor satu mesti lagi m nasir 1 hari di hari raya. Mana2 channel radio sama je. Sekarang, lagu raya leh masuk carta gak tak? Entah ek? Pastu, (eh, cam nak lari tajuk je ni?) malam raya, rancangan tv wajib dan ditunggu2 ialah rancangan raya tv singapore. Tah, apa yang best sangat tah. Pastu, pagi raya mesti ada rancangan kanak2 raya kat tv singapore. Alahai... dulu mesia takde ada hiburan tak berpekdah cenggini kot. Ke, sebab tv kat umah tu tak dapat tv mesia? Eh, sampai zaman globalisasi sekarang pon kan, mersing still tak dapat tv3 tau. Pelik tul aku.
Malam tadi aku terpikir, zaman sekarang nih kan, mak bapak (generasi aku la) sibuk merungut2 nak buat persiapan raya, tak cukup duit. Nak beli baju anak, beli kuih, beli langsir, beli sofa segala benda la nak beli. Sibbaik takde jual mak bapak kat bazaar raya tu. Kalo ada, pon nak beli gak. Pastu aku pikir lak zaman aku kecik2 dulu. Takde pon demand ngan mak bapak nak baju raya 10 pasang, kuih raya 10 macam, langsir 3 layer segala tu. Tapi, bila raya tu, ada je baju raya baru, ngan kasut sedondon. Kuih berbalang2 macam2 kaler macam2 rasa (tak macam kuih sekarang yang sama je rasa). Ada je ketupat rendang pepagi raya. Ada gak duit raya seringgit dua. Mak bapak kiter dulu merungut cam kiter gak ke? Mak bapak kiter banyak duit cam kiter sekarang jugak ker? Pastu, kiter sibuk2 nak balik kampung beraya ngan mak bapak kiter. Siap merajuk2 ngan suami kalo tak dapat balik kampung kiter. Tapi, ada ke mak bapak kiter ada sibuk2 nak balik beraya umah nenek kiter? Bukan ker mereka sendiri menyambut raya ngan kiter2 nih? Nak bagi anak2 mereka iaitu kiter2 ni seronok bergumbira di hari raya. Ada la jugak balik kampung, tapi lepas raya la, raya ke dua, ketiga gitu. Sekarang nih, kiter cuba nak buat2 meriah cam dulu, tapi dengan rungutan2 bermusim sedemikian la. Tak de bonus la, minyak mahal la. Meriahnya raya sebenarnya dalam hati. Tak perlu kuih penuh semeja kalo meja tu pon tak perlu bayar selama 3 bulan pertama (?). Tak perlu juga spotrim baru kalo rim yang asal punyer interest pon lum abis bayo lagi (?). Tak perlu juga baju raya raya sedondon laki bini kalo tak pohon maaf dan memaafkan di pagi raya. Errr apa yang aku mengeradau nih ha???????
Walau kite berhabis2an pon raya2 ni kan, konon nak kekalkan kemeriahan cam masa kecik2 dulu kat anak2 sekarang, tapiii, kiter rasa lagi seronok raya zaman dulu daripada zaman sekarang punyer kan?
p/s masa kecik2, tak sabo nak beso, nak keje, nak pakai mekap, nak ada pakwe cam kakak yang dah beso, hihihi. bila dah beso, nak pulak jadik budak kecik, gi sekolah, nak main tengteng, takyah pikir masalah negara... huhuhu
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment