Ada pun pada Khamis dan Jumaat lepas, aku telah pon bercuti untuk menyelesaikan kerja2 mengepack barang yang akan diangkut ke rumah baru. Selain tu, rumah baru pulak kena lah dicuci, walau pon air belum masuk lagi. Syarikat Ayer Johore ni agaknya nak kena ambil alih by kerejaan balik macam kat selangor tuh. Agaknya dia lebih rela air kena curik daripada bekerja dengan pantas.
Hari Rabu malam, lepas tarawikh, aku menyambung keje mencuci lantai. Kali ni cuci dengan asid pulak. Punya lah penakut nak bukak botol asid. Kot la kuar asap berkepul2 dengan asid menggelegak ke kan. Siap pakai glove getah ngan kain plus glove angkat periuk tu pon aku pakai. Hihihi tapi bila dah tuang tuh, takde mende pon? Selamba je kaki bogel, tak melecur pon? Ingat asid getah ker? Aku bayangkan asid tu macam yang orang simbah kat laki dia yang nak kawin lain tuh. Dah gitu, aku pon selamba je lah bukak glove. So, malam tu siap cuci bilik master. Sebab apa aku begitu beria2 mencuci di malam yang hening? Sebabnya esok tu set katil nak sampai. Biler lagi nak cuci kan. Dah lepas bilas, kasi kering, kendian mop ngan ajax plak. Kendian baru balik.
Esok pepagi lagi aku dah pegi rumah. Mop bilik lagi sekali. Eh, aku lupa la bila aku basuh ruang tengah ngan bilik 2. Sebabnya, masa pasang katil tu, rasanya dah basuh. Lupa la pulak. Samada aku basuh malam atau pagi tuh. Lebih kurang pukul 11am katil pun sampai. Huhahuha selepas hampir 4 jam mereka berhempas pulas, akhirnya, siaplah katil ku itu beserta set meja makan kecik. Sempat lah aku tertido sekejap mentara tunggu dia siap pasang tuh. Kul 3pm, lepas derang balik, aku pon balik umah sewa. Mandi, solat dan pegi umah semula. Dengan tak sabo nya, aku pon mengemas baju masuk ke dalam lemari baru. Secara keseluruhannya, aku puas ati dengan set tu. Berbaloi ngan regenya. Kayunya pon walau bukan kayu solid (susah nak jumpa almari beso sliding solid), tapi bukan juga kayu serbuk atau papan lapis berlamina. Kira sesuai la dengan kabinet dapo nanti. Sebenarnya kami memang tak pernah beli set katil sebelum nih. Time kawin dulu, aku cuma beli katil ngan tilam jek. Bilik sempit, kalo beli lemari segala, dah nyusahkan kawan2 nak duduk. Umah abang pulak, guna set katil kak zela. Kiranya memang teruja la memilih katil tuh. Pengantin baru pon cakap macam bilik pengantin. Sape nak jawab?
Esoknya, hari Jumaat, aku basuh dapo pulak. Pastu, dah takde wat pape. Jahit baju sikit, kendian tido. Tido atas lantai je sebab tilam lum angkut lagi. Konon nak try ekon, tapi sejuk la pulak. Musim sejuk sekarang nih. Tengahari, balik umah tunggu abang balik. Kononnya nak buat operasi mencuci dengan air 'free'. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai ke petang, non ado munculnya. Last2, takde pon operasi tersebut. Petang plak, kuar gi bayo katil. Tapi meja tak bayo lagi sebab ada kusi goyang, nak suh dia betulkan dulu. Balik tu beli makanan buka kat bazaar panjang. Tak best.
Sabtu pagi, cuci bilik air pulak. Petang, gi bandar pulak. Terbeli la pulak cat. sikit je. Untuk feature wall living ngan dining hall dan bilik master. Tak sabo nak tengok. Biler tah nak cat nyer. Balik tu beli nasi hayam kat taman apa tah sebelah BPMall tuh. Nasi hayam tahap nasi nak kasi ayam makan la aku rasa. Nasi takde rasa langsung, ayam tawar hebeh, sambal tak sehsuai. Eeeeeee geram betul lah. Elok2 dapat pahala berniaga di bulan puasa nih, masak la bebetul. Kalo tau tak geti masak nasik ayam, takyah la jual. Kalo nak jual, bio masakan tu tahap orang kampung sumer cakap, "nasik ayam ko sedap la jah, bleh jual nih..." baru lah jual. Tak pun kalo time kenduri tu, dia disuruh masak sebab orang dah tau kesedapan masakan dia. Ni baru anak cakap sedap dah nak meniaga. Memang la sumer anak cakap mak masak sedap. Huh! Nyampah betul aku biler orang jual makanan tak sedap langsung nih. Heh, over lak aku nih.
Sampai rumah, buka sensorang. Abang gi berbuka ngan team robocon. Lepas makan, In pon sampai. Lepas tarawikh, lori pulak sampai. Sibbaik lori beso. Maka pindah lah segala barang2 besar itu. Yang tinggal cuma mesin basuh ngan tilam rm3 jek. Kami lum boleh tido rumah baru sebab air takde. Kang nak kerkucil memalam, susah la pulak. Lagi pulak, abang cakap, kalo nak tido situ kena baca Yaasin 3 kali dulu. Boleh je. Tapi, takpe lah. Hari keje susah plak nak mandi pagi. Tunggu weekend je lah. Selesai mengangkat, mereka borak2 sampai ke tengah malam, satu keje pon tak selesai. Aku ada lah jugak kemas2 bilik ngan dapo sesikit. Lebih kurang kul 1am baru kami balik.
Esok pagi, takde lah awal sangat, kami mula mengemas. Diberitakan, Ngah ngan mak nak datang seberataan. Ooopsss I did it again... Bukan aku yang buat lagi. Mereka yang buat lagi. Datang time orang tengah kecah2. Tak suka tau! Abang ni lah. Orang cakap jangan ajak2 ayam datang time tengah pindah. Nak datang bio lepas siap kemas. Degil tul lah. Eeeeee.
Derang sampai tengahari. Ni satu perkara yang agak sensitif. Harap takde yang terasa ati. Aku tak tau la orang lain, tapi aku pernah dengar orang cakap, kalo lepas kawin, kalo nak duk ngan parent, baik duk belah pempuan. Sebabnya, katakan lah husband kite belikan sesuatuh. Let say, barang kemas lah, kat kiter dan mak kiter nampak. Kalo belah pempuan, mak akan cakap,”untung anak aku, laki dia belikan barang kemas bla la bla.” Tapi kalo belah lelaki pulak, sepatutnya kena belikan mak dulu, baru bini dan, mak dia akan cakap,”anak aku ni lebih sayang bini dari mak sendiri.” Tak pepasal jatuh derhaka pulak kalo mak kecik ati. Ni baru bab belikan barang kemas. Dalam banyak perkara lain juga, suami kena mendulukan mak nyer. Pendek cite, yang lebih elok, duduk lah sendiri. Ni kes orang kebanyakan la. Kalo orang kayes, mak bapak yang bagi kat anak kan. Aku insan biasa.
Apa kes aku cite pasal ni pulak? Ni lah dilema yang aku alami bila derang datang beramai2 tuh. Dah rezeki aku, duit aku banyak dilabur kat rumah baru nih. Yelah, mana aku ada bayo pengasuh, pampers, susu dan segala benda yang naik rege tu sumer. Makanya, ada lebih sikit tuh, aku beli la barang2 rumah tu yang pada tahap kemampuan aku. Maksudnya, bukan lah cokia sangat. Tapi takde lah sampai tahap mewah. Yang aku tak sedap ati tu, biler mil tengok benda2 tu sumer. Memang lah dia tak cakap direct. Tapi kalo ayat gini, “haaa macam ni lah yang mak nak letak kat bilik belakang tu...” atau “berapa rege ko beli ni…” atau “ko beli kat mana nih…” dan sebagainya, lu piker la sendiri!
Apa perasaan korang biler beli sesuatu tu, dan orang lain pun beli jugak tapi dengan harga yang lebih murah? Kalo aku senang je jawab, “aku memang tak beli benda2 murah nih”. Hehehe sedaaap ati.
Okeh, sambung lagi pasal ari Ahad. Aku dah teka dah, mesti derang datang tu dengan niat nak main masak2. Aku dah tau dah. Apa salahnya masak siap2, pastu datang tinggal makan jek? Kenapa mesti nak tambah kecah rumah yang memang macam tongkang karam? Oleh kerana pernah ada pengalaman sebegini time pindah tahun lepas, aku dengan tegasnya membangkang niat mereka yang nak memasak asam pedas di atas dapur yang belum aku rasmikan lagi itu. Siap bawak ikan, bawang, cili blended segala tuh. Dah terang2an air paip takde. Masak asam pedas pulak, confirm percik2 lada. Huhuhuhu nahi nahi nahi. At least bagi aku rasmi kan masak telo goreng pon takpe lah. Hood pun aku lum pasang lagi. Nak pasang sekali ngan kabinet nanti. Memang aku kedekut. Ada masalah?
Akhirnya, mereka meneruskan niat Ngah untuk belanja kami buka. Susah nak buka ramai2 kat luar nih. Kena cari tempat yang ada surau atau masjid berhampiran. Finally, kami decided to buka puasa di crystal inn. Tahun lepas kami dah try. Ok la jugak. Sorang RM25++. So, kul 6.30pm, kami pon bergerak ke sana. Sampai betul2 elok time orang tengah nak ambik makanan. Makan sampai ke tekak. Lepas solat, sambung lagik. Kalo camni, 5 hari tak makan pon leh hidup lagi rasanya. Hahaha.
Balik, Ngah terus balik Kuantan. Kami balik rumah. Lepak2 sekejap, mak pon balik. Tengah malam baru In balik. Tu pon aku dah tido. Penat lorrr. Tamat lah weekend ku yang sangat panjang.
Eh, tajuk aku tak cover lagi pulak. Pernah tak dengar berita kaji cuaca cakap cenggini,
“... di negeri-negeri utara dijangkakan hujan lebat, sementara di negeri johor, melaka dan negeri sembilan diramal cuaca baik.“
Hujan tu tak baik ke? Cerah tu baik sangat ker? Hujan best aperrr. Sejukkk...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment