Kenangan berpuasa pada zaman dulu ala2 cam aku dah lupa gitu. Nape ek? Yang aku ingat pon takde la apa sangat. Sebabnya masa kecik, aku dah takde mak. Kalo bab hantar makanan kat umah orang tu seingat aku cam ada, cam takde. Kalo aku yang dapat dari jiran tu memang selalu. Terutama sekali cikgu jamidah. Tiap2 ari dia anto makanan kat kitorang. Sampai kadang tu kami tertunggu2 dia datang hantar makanan. Uh! Sebak pulak kala mengingati saat itu. Terasa cam daif sesangat hidup ku. Ye lah. Nak kata masak, sape yang masak? Semestinya lah abah. Apa yang abah masak? Ah! Camne lah aku nak ingat. Aku kecik lagi. Sekolah rendah kira kecik la kan. Serius! Aku memang tak ingat. Yang confirm, aku puasa penuh masa darjah 5. Lambat kan? Masa tu aku ingat ada orang cakap, bagus puasa masa kecik2 belum baligh, nanti pahalanya arwah mak yang dapat. Apalah yang aku faham agaknya masa tuh.
Haaa tapi bab belah malam tu aku ingat. Abah adalah pelanggan tetap beritaharian. Makanya, memang banyak sangat sotkabo kat umah aku. Nak beli bunga api, duit tadak. So, aku main ’ufo’ je lah. Lagipon rasanya umah aku aje yang ada sotkabo nih. Rasanya sumer orang sezaman ngan aku pandai buat benda alah nih. Saat manis semasa main benda ni ialah bila ufo tu pecah dan serpihan nya jatuh ke tanah. Hahaha habis bersepah laman. Pelik kan? Time tu tak terpikir pon nak buat ufo tu bebanyak time siang. Malam tinggal lancarkan aje. Memang kami buat dan lancarkan dan2 tu jugak.
Bunga api ada gak main, tapi sangat sikit dan jarang2. Lebih banyak tengok orang main je. Derang suka main mercun bunga api kat umah aku. Nape ek? Kalo aku, nak dapat mercun bawang tu pon susah. Ada takde tunggu ehsan orang kasik barang sebutir dua. Sedihnya. Time bulan pose memang tak dapat duit belanja sekolah. So, memang takde ’income’.
Kad raya? Uh! Tu takyah mimpi la. Aku rasa tiap2 ari aku pegi kedai sebelah bank tu teman kawan beli kad raya. Tapi aku ? Nan ado membelinya. Suka2 je baca isi kad raya tu. Argh !!!!!!! Sedey nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!!!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment